" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, July 11, 2010

Kapal Selam :Bala dipanggil Polis Perancis

Oleh Chen Shaua Fui

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon.

Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.

Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.

Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.

Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.

Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika.

Siasatan bermula Mac 2009

Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009. Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.

Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.

Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar. Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.

Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.

Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).

Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.

Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.

Latar belakang: Bala dedah ditawar RM5 juta

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Utusan Serang Anwar Untuk Tutup Pekung Najib Dan UMNO

Najib, Malaysia 'Ayam Sabung' Amerika Syarikat

Lebih RM70 juta yang dibayar oleh kerajaan Umno kepada firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide semakin menampakkan hasil untuk membina imej Perdana Menteri Najib Razak di Amerika Syarikat.

Najib menerima pujian dari penulis-penulis rencana The New Ledger sebagai sekutu yang amat boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat.

Malah penulis Rachel Motte memuji Najib sebagai pemimpin yang bingkas membekukan eksport barangan minyak ke Iran atas permintaan washington.

Pemimpin Pakatan Rakyat Yusmadi Yusoff menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang cuba menjadikan malaysia 'ayam sabung' Amerika Syarikat.

Dua rencana terbitan newsledger.com, bertajuk 'CNN, bad journalism dan anwar's apology tour' tulisan Joshua Trevor dan 'the reversal of anwar ibrahim' tulisan Rachel Motte yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang 'kurang patuh' kepada Amerika seperti Najib.

"Kepimpinan Malaysia sekarang ini pro-perniagaan, pro-Amerika dan bersedia untuk bangkit dan berjuang sebagai sekutu strategik Amerika Syarikat di dunia Islam. Di Persidangan Puncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Perdana Menteri Najib Razak berikrar untuk membantu Washington di pelbagai medan, bahkan turut menghentikan pembekalan petroleum ke Iran sejurus kembali ke Kuala Lumpur," kata penulis Rachel Motte.

Artikel dari laman web konservatif berhaluan kanan itu juga menyatakan Najib telah berjanji membantu Amerika Syarikat dalam pelbagai perkara termasuk menutup penghantaran barangan petroleum kepada Iran setelah Persidangan Puncak Keselamatan Nuklear di Washington, awal tahun ini.

"Warga Malaysia perlu lebih peka kerana dalam keghairahan Najib menambat hati kelompok Amerika," kata Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.

Beliau menggadai banyak kepentingan Malaysia terutama imej negara dengan negara Islam dalam isu Iran, dimana Malaysia dilihat telah menjadi 'ayam sabung' Amerika Syarikat," tegas beliau.

"Malaysia dilihat lesu dan lembik dalam membahas isu Palestin malah membawa agenda anti-terrorisma acuan Washington, dan bukannya agenda serantau dan sejagat," tambah Yusmadi.

Laporan dalam Utusan dakwa Anwar 'alat' CIA

Utusan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam edisi Ahadnya hari ini - Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated (CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Elaine kecuali apa yang terdapat dalam blognya. -mk

Mahathir rupanya masih bermimpi !

Oleh Afrar Yunus

Apabila Tun Mahathir Mohamed memberikan pandangannya bahawa kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan bukannya secara sama rata kepada rakyatnya, maka saya teringat apa yang dikatakan oleh Profesor Jomo Kwame Sundram, mantan pensyarah ekonomi Institut Pengajian Tinggi Awam yang kini diberikan tugas di Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahathir bercakap soal kekayaan sesama kaum. Saya agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan biasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, sepatutnya isu seperti ini tidak lagi timbul dan sesudah beliau tidak lagi di tampok pemerintahan.

Beliau sepatutnya malu pada diri sendiri kerana gagal memperbetulkan bukan sahaja ketempangan ekonomi, malah jurang politik dan sosial masyarakatnya. Beliau diantara pemimpin yang digelar autokratik. Satu ketika dahulu, beliau digelar Hitler dan Mahafiraun oleh musuh-musuh politiknya.

Sepatutnya dengan cengkaman pengaruh selama menjadi Perdana Menteri, beliau sudah dapat merubah apa yang beliau cakapkan dan bukan bercakap dalam keadaan tanpa ada kuasa sekarang.

Saya menerima hakikat bahawa proton, perindustrian lain, Petronas, lapangan terbang antarabangsa KLIA, Putrajaya dan pelbagai projek besar dan hebat wujud dan menaikkan namanya dan juga nama Malaysia.

Kita tidak alpa, rasuah mula bertapak dan menjadi wabak di zamannya. Badan kehakiman diperkosa. Agensi-agensi kerajaan dimanipulasi sebegitu rupa. Perkhidmatan awam terpaksa berhati-hati dalam tuntutannya. Hak asasi seperti kebebasan bersuara dan berhimpun mahasiswa dan orang awam berada pada tahap yang cukup teruk di bawah kepimpinan ala-diktatornya.

Belum lagi tuduhan demi tuduhan Barry Wain dalam bukunya 'Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times'.

Biar beberapa Rancangan Malaysia digubal serta datang dan pergi.

Bak kata Profesor Jomo, ekuiti 30% kekayaan negara yang sepatutnya diberikan secara adil sesama orang Melayu pun telah disalahguna oleh Mahathir dengan memberikannya kepada beberapa individu atau kenalan yang dipercayainya sahaja.

Akhirnya Malaysia berada seperti ianya kelihatan pada hari ini. Dasar penswastaan negara Mahathir bukanlah membuka peluang persaingan ekonomi tetapi syarikat-syarikat gergasi tunggal diwujud dan dianugerahkan dalam penawaran perkhidmatan besar negara seperti TNB, Lebuhraya, MAS dan GLC seumpamanya.

Dasar-dasar itu merupakan faktor penyumbang pada ketidakstabilan rakyat dan negara pada hari ini. Mereka yang kaya, terus menambah-nambahkan kekayaan mereka. Golongan yang miskin semakin dihimpit kegelisahan.

Dasar penswastaan Mahathir akhirnya akan rebah satu demi satu kerana tanggungjawab sosial negara diperturunkan kepada syarikat-syarikat yang tidak berhati perut.

Kita bernasib baik kerana rakyat Malaysia bukan jenis mereka yang 'berbaju merah' di Thailand.

Jika tidak, sudah lama dipenjarakan mereka ini.


Mahathir berlegar-legar di arena politik Malaysia bukan sahaja kerana mahu mengaktifkan mindanya, tetapi juga berperanan sebagai pagar kepada mereka yang telah mendapat dan menikmati sebahagian dari ekuiti 30% Bumiputera, selagi masih boleh.

Hanya rakyat Malaysia sahaja akan menentukan samada Mahathir berwajah dua seperti dakwaan Barry Wain.

Adilkah apabila hanya beberapa kerat orang Melayu kroni sahaja yang melimpah-limpah mengaut kekayaan negara.

Belum lagi Melayu lain. Belum lagi Cina, Tamil, Kadazan dan sebagainya.

Mahathir rupanya masih bermimpi !

http://alkerohi.blogspot.com/

MISI ZIARAH DAKWAH DAN LAWATAN KERJA KE SANDAKAN-KOTA KINABALU

Selamat sampai ke bumi Sandakan, Ya!Allah kami memohon kepada Mu bukakanlah mata dan hati mereka untuk menerima dakwah kami, lancarkan segala urusan kami dan permudahkanlah segala urusan.. Aminn

Setiba di lokasi, kami sempat melepaskan dahaga di sebuah kedai 'mamak' yg infaq kepada Pasti setiap bulan..

Misi dakwah kepada masyarakat Sandakan di teruskan dengan diketuai oleh Ket Pemuda Tambun untuk menyebarkan risalah dakwah.

Ust Wan menyantuni golongan remaja dengan menyampaikan risalah dakwah..

Anak-anak Sadakan memang sporting dan understanding, apatah lagi ibu dan ayah mereka.


Ini ialah masjid yang diberi nama sempena unit amal yang mengadakan Jamboree Amal pada tahun 2007
Bergambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, menandakan lengkap misi kami di Sandakan

Melakar memori dengan Shaf kepimpinan PAS Kawasan Sepangar, Kota Kinabalu

Jangan Sebarkan Ramalan Bola Sepak Yang Tidak Berasaskan Kajian

Percaya ramalan boleh rosakkan akidah: Mufti

KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah.

“Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.

“Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Ia akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan ramalan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dilakukan seekor sotong kurita bernama Paul. Bagi pertemuan akhir antara Belanda dengan Sepanyol sotong berkenaan meramalkan kemenangan bakal memihak kepada Sepanyol.

Selain sotong kurita, seekor burung nuri yang dipelihara di Singapura, dikenali sebagai ‘Mani Si Nuri’ pula meramalkan Belanda akan menewaskanSepanyol bagi menjuarai Piala Dunia 2010.
Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, berkata umat Islam yang mempercayai sesuatu ramalan itu perlu sedar bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.

“Jika seseorang itu perca ya kepada sesuatu ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Umat Islam tidak boleh percaya kepada ramalan seperti itu dan ia salah di sisi Islam,” katanya.

Sementara itu, bagi pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata perkara yang akan berlaku pada masa depan terletak di tangan Allah dan manusia atau haiwan tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku.

“Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan dan tidak boleh meramalkan sesuatu bakal berlaku, hanya Allah berhak meletak jawapannya (apa yang akan berlaku) dan kita tidak boleh mendahuluiNya,” katanya.

Katanya, perbuatan mempercayai ramalan dan juga lebih mengutamakan sesuatu perlawanan bola sepak sehingga mengabaikan solat adalah perbuatan syirik dan dimurkai Allah. -BH

Ulasan GB

Sejak demam bola berlansung, tersebar ramalan dari apa yang disebut sotong kurita yang dikatakan telah dapat meramal dengan tepat termasuk keputusan penentuan tempat ke3 dan ke4 dimana Jerman berjaya mengalahkan Uruguay pagi tadi.

Ramalan yang berasaskan kajian dan sejarah, berasaskan prestasi dan pencapaian dibenarkan tetapi apabila ada unsur tilikan menggunakan binatang seperti burung, sotong, ikan dan seumpanya jelas terlarang.

Banyak portal berita menyiarkan mengenai kisah sotong kurita tersebut dan ditambahi pula dengan ramalan burung kakak tua dari Singapura yang juga membuat ramalan Piala Dunia.

Berita itu kemudian telah disalin tampal oleh para blogger.

Perlu diperingat bahawa bukan sahaja mempercayai tenungan dan ramalan haiwan berkenaan itu haram, menyalin-tampal dengan maksud menyebarkan berita mengenainya juga adalah haram di sisi agama. Penyebarannya seolah-oleh membenarkan ramalan berkenaan dan menyesatkan pembaca-pembaca blog.

Walaupun anda tidak mempercayainya tetapi anda telah menyebarkannya di blog anda. Ia tamsil seorang pekedai yang tidak minum arak tetapi menjual arak di kedainya.

Lebih ramai yang membacanya, ebih banyaklah dosa yang dipikul oleh penyalin berkenaan.

Justeru itu, elakkan diri kita dari mendapat dosa percuma di musim bola ini.

Projek Dana PAS Pangkor - Jom infaq !

Di siarkan buat kali 2

Pada retread di Pulau Pangkor bulan lalu, kami sempat bertemu dengan Tuan Syed Sharim bin Shayid Khalim yang juga Ketua Cawangan PAS@Penasihat Projek Pembinaan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor di Lumut. Pertemuan yang diluar jadual itu berlangsung di bandar Lumut.

Oleh kerana pertemuan ini lebih kepada pencerahan isu yang timbul berhubung pembinaan kompleks tersebut maka beberapa soalan panas turut dilontar dan dijawab dengan baik oleh beliau.

Beberapa kekeliruan, turut dijawab dengan lapang dada. Projek Pembangunan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor wajar dan perlu dilaksanakan. Ia penting untuk PAS dan Islam khususnya di Pulau Pangkor.

Berdasarkan kepada Kertas Kerja yang diberikan kepada kami, hasrat PAS Pangkor begitu mengunung tinggi. Perencanaan jangka panjang PAS Pangkor ini wajar disokong lebih-lebih lagi pusat itu kelak bakal menjadi pemangkin gerakan dakwah dan pusat komuniti masyarakat di pulau itu.

Namun rasionalnya, PAS Pangkor tidak mempunyai tanah milik sendiri. Untuk pengetahuan pembaca kini, PAS Pangkor membina markaznya diatas tanah milikan orang lain. Dan disitulah juga ditempatkan pejabat PAS Pangkor serta PASTI Al-Adawiyah.

Perjumpaan diluar jadual retread bersama Penasihat Projek dan SU PAS Pangkor, saudara Azmi di Lumut. Diantara yang hadir Ketua Pegawai Operasi eBEL, beberapa bloggers dari Sekretariat Blogger PAS Perak serta jurutera teknikel eBEL.

Inilah pandangan hadapan markaz PAS Pangkor. Dari sumber yang dimaklumkan kepada kami, tapak markaz ini kini berada di dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk pembangunan bandar akan datang.

Dari tinjauan tapak, kedudukan tapak markaz ini terletak hanya 500 meter dari pusat bandar Pangkor. Maka dengan itu, persediaan awal untuk menempatkan tapak markaz baru perlu diusahakan.

Sejajar dengan hasrat itu, pihak kami menyokong sepenuhnya cadangan PAS Pangkor yang telah pun memulakan langkahnya dengan melancarkan TABUNG DANA RM1 JUTA. Untuk pengetahuan di sini, pelancaran Tabung Dana itu telah sempurna dirasmikan oleh YB Saudara Khalid Samad pada 27hb. April lalu. Dibawah, Pusat PASTI Al-Adawiyah (pintu hijau) - pandangan hadapan markaz.

Ini pula pandangan di belakang markas yang menempatkan pejabat PAS Pangkor. Maka itu, PAS Pangkor sangat mengharapkan agar tuan-tuan dapat menyumbangkan wang ringgit kepada TABUNG DANA ini agar Kompleks Pusat Tarbiyyah PAS Pangkor itu dapat dibangunkan. Dan ia hanya mampu direalisasikan dengan sokongan kuat daripada ahli jamaah, korporat-korporat yang cintakan perjuangan Islam dan PAS serta tuan-tuan yang budiman.

Untuk itu, PAS Pangkor telah menyediakan kupon-kupon wakaf untuk dijual kepada umum. Kepada mereka yang ingin mendapatkan kupon-kupon wakaf boleh men menghubungi penama-penama dibawah untuk urusan selanjutnya. (rujuk banner dibahagian bawah artikel ini)

Mengapa RM1 JUTA ?
Terdapat 2 strategi cadangan perlaksanaan yang praktis diguna pakai untuk projek ini. Iaitu seperti dibawah : Rujuk Lampiran yang disertakan ini. Manakala foto bangunan kedai itu adalah unit rumah kedai 2 tingkat yang dalam cadangan untuk dibeli . Lihat tanda anak panah merah.


En. Azmi bin Abas. Tunjang disebalik projek pembinaan Kompleks Tarbiyyah PAS Pangkor. Semoga Allah memberi ganjaran baik buat saudara atas usaha keras untuk melihat projek besar ini menjadi kenyataan. Seterusnya menjadi momentum jihad dan perjuangan dakwah ahli-ahli PAS dan jamaahnya bagi masyarakat di Pulau Pangkor. InsyaAllah. Takbir ! (Double Click Banner dibawah)


Sumber: politikbanjar.blogspot.com

Jika Permit Akhbar Pro-Pakatan Tidak Diperbaharui, Boikot Media Pro-Bn

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bankrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

PI: Britain tak sama dengan Malaysia

Oleh Zaidi Ibrahim

Umno telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi apa-apa laporan tentang diri saya, apatah lagi nak masuk gambar. Bila mereka berbuat demikian ertinya; sudah sampai masa saya akan di pukul dan dibelasah. Kerja akhbar Gestapo.

Lagi besar gambar itu maknanya lagi teruk mereka akan belasah saya, secara besar-besaran. Hari ini ada gambar saya dengan Raja Petra dan mereka membuat kesimpulan bahawa kerana hubungan ini maka PKR-lah atau parti Keadilanlah yang sponsor atau bantu Raja Petra dari segi Kewangan.

Menteri Nazri kata dia ada bukti PKR beri wang kepada Raja Petra. Mengapa Utusan tak tunjuk bukti itu? Kita pun nak tahu kerana setahu saya parti saya ini tak ada duit, kais pagi makan pagi.

Tak usah nak guna andaian untuk membuktikan sesuatu yang memang sudah ada bukti jelas dan kukuh. Lainlah kalau mereka tak ada bukti, lalu perlulah mereka membuat tohmahan dan dakwaan palsu.

Saya baru bertemu dan makan ais kacang dengan Petra dan Bala. Saya tanya mereka mengapa tidak mahu balik ke Malaysia. Mengapa mereka berada di luar negara.

UMNO telah menuduh mereka buat kesalahan dan lari kerana takut kepada tindakan Mahkamah. Mereka menjawab serentak. Mereka akan balik ka Malaysia kalau mereka tidak akan kena ISA. Siapa boleh beri jaminan? Mereka takut mereka kena tahan dan diseksa sampai mati.

Mereka takut kena bom C4. Mereka adalah dua insan kerdil yang takut kepada kerajaan yang ada sekarang. Saya amat faham ketakutan mereka. Saya sendiri berasa takut, entah apa pula yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tetapi apa yang rakyat mesti ingat ialah: kedua-duanya, Petra dan Bala, tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Polis tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk membawa mereka pulang. Jadi, jelas bagi saya mereka tidak bersalah.

Jadi mengapa Utusan cuba mengelirukan Rakyat dan menimbulkan persoalan yang tidak relevan, mengenai hubungan saya dan mereka. Yang relevan dan perlu dipersoalkan ialah kenyataan mereka bahawa kes Altantuya itu ada kaitan dengan orang lain yang Maha Berkuasa dan perlu disiasat.

Jadi usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini?

Dan sanggupkah Kerajaan memberi jaminan keselamatan ke atas mereka supaya mereka dapat pulang? Inilah yang sepatutnya menjadi persoalan dan perbincangan. Bukan mengapa saya jumpa Petra dan mengapa saya makan ais kacang dengan beliau.

Lagipun PM Najib kena ingat, pilihan raya akan datang akan berkisar kepada soalan mengenai watak dan sifat pemimpin yang macam mana yang rakyat perlukan. Cara PM Najib cuba menutup Bala dan Petra tidak akan menguntungkan dia. Rakyat mahu pembangunan, itu betul.

Rakyat mahu kemudahan asas, betul. Tetapi Rakyat juga mahu pemimpin yang tidak terlibat dengan kekejaman, yang tidak memperlihatkan ciri menyalahgunakan kuasa, dan yang tidak mentadbir negara ala gestapo. Rakyat mahu Kerajaan dan pemimpin yang telus dan sederhana, dan yang tidak menakutkan mereka. Menteri Hishamuddin, cukuplah bermain wayang.

Janganlah pula hendak menyalahkan Kerajaan Britain mengatakan ia tidak mahu bekerjasama. Di England ni, tangkapan hanya boleh dibuat kalau orang itu buat salah, bukan macam Malaysia.

Kalau Britain tidak mahu extradite seperti yang Menteri kata, itu ertinya Raja Petra tidak melakukan apa-apa kesalahan. Janganlah pula kata Britain tidak memberi kerjasama.

Anak murid Jakim agen penyesat?

Oleh Wan Nik Wan Yussof

Seorang yang terkedu dengan kenyataan kawannya telah menelefon saya (Khamis lepas, 8 Julai). Katanya, tergamak kawannya itu membuat tohmahan "SESAT" bernada keras dan kebencian terhadap seorang berperwatakan ulama yang memang dikenali ramai di negeri, negara hatta peringkat dunia.

Kawannya itu, kononnya lulusan Universiti al-Azhar, pensyarah salah sebuah IPT di Johor, dipanggil ustaz dan dianggap orang agama, tetapi kelihatan tidaklah berakhlak ulama.

Dia berani mengeluarkan kenyataan SESAT selepas kembalinya berkursus di JAKIM. Ada individu tertentu telah mengasak pemikirannya dengan fakta-fakta kononnya dilakukan oleh ulama tersohor itu. Lalu dilabelkan ulama itu seorang yang SESAT. Ulama yang dimaksudkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, beliau telah berhujah dengan kawannya itu dengan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh kawannya itu. Setakat yang dia tahu tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA), beliau tegaskan, tak mungkin seorang berakhlak seperti TGNAA itu adalah SESAT!

Lalu saya menelusuri sikap terkedu saudara penelefon itu. Saya membutirkan lagi beberapa hujah agar terkedunya itu tidak sampai ke peringkat kegusaran yang berpanjangan.

Saya berhujah berdasarkan pengalaman selama lebih 30 tahun mengenali TGNAA. Antara hujah yang dapat saya paparkan (menerusi telefon yang mengambil masa sekitar 10 minit):

1. TGNAA memang seorang ulama kerana akhlaknya selalu berserban ketika tampil di khalayak, SESATkah kerana berserban?

2. TGNAA memang seorang guru agama kerana mengajar kitab (yang KDN lulus dijual di pasaran) setiap malam Khamis dan Jumaat di masjidnya sendiri, SESATkah kerana mengajar kitab?

3. TGNAA satu-satunya yang berserban, lulusan Deoband, India dan al-Azhar Mesir dalam bidang hadis dan qanun wal-syariah telah diangkat rakyat Kelantan menjadi Menteri Besar (MB) telah 20 tahun, SESATkah ilmu itu dan SESATkah rakyat Kelantan kerana mengangkatnya jadi MB?

4. TGNAA selalu bangun untuk beribadat malam (tahajud) mendekati Tuhan, SESATkah kerana beribadat malam?

5. TGNAA sering dijemput berkhutbah Jumaat tatkala hadir mengunjungi masjid-masjid di serata Kelantan, SESATkah kerana boleh berkhutbah (bukan baca khutbah)?

6. TGNAA bila berceramah, berucap dan merasmikan majlis akan memulakannya dengan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai mukadimah kepada intipati kepada apa yang akan diceramahkan, diucapankan dan dirasmikan, SESATkah kerana bermukadimah dengan ayat al-Quran?

7. TGNAA akan bersolat dhuha dulu sebelum duduk memulakan tugas di kerusi MBnya, SESATkah kerana solat dhuha di pejabat?

8. TGNAA sejak menjadi pemimpin PAS telah mengajar ilmu tafsir al-Quran setiap pagi Jumaat di Masjid Muhammadi, kemudian sejak jadi MB mengajar pula di Dataran Ilmu MPKB yang anak muridnya ribuan orang, SESATkah kerana mengajar tafsir yang kitab rujukannya adalah "Tafsir Pimpinan Rahman" yang duluskan Jakim dan KDN?

9. TGNAA apabila hadir untuk bersolat fardhu di mana-mana masjid di serata negari dan negara tidak mudah nak jadi imam, selagi mana pihak berkuasa masjid itu tidak memintanya menjadi imam, SESATkah sikap sedia jadi imam semata-mata kerana diminta untuk jadi imam?

10. TGNAA sejak jadi Mursyidul Am PAS, menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berkawan dengan parti KeADILan dan DAP akan selalu menyampaikan mesej Islam (menerangkan kelebihan Islam) bila dijemput berucap, meskipun di depan Anwar, Lim Kit Siang hatta di depan Karpal Singh, SESATkah seorang pemimpin Islam bila berucap di depan pemimpin bukan Islam ia tegas menyatakan ajaran Islam?

11. TGNAA sebaik jadi MB Kelantan, komited dengan dasar Membangun Bersama Islam, arah simpan wang kerajaan Negeri di Bank Islam, buka pajak gadai Islam, pakai prinsip pentadbiran berteraskan Ubudiah, Masuliah dan Itqan, laksana perbandaran Islam, beri takaful kifalah untuk wasi si-mati, guna dinar emas, beri cuti bersalin 60 hari, mulakan kerja 5 hari seminggu...sekadar beberapa contoh, SESATkah pendekatan pentadbiran Islam sebegitu yang jelas kerajaan Pusat pun terikut-ikut sama?

Lepas itu, saya merungut di dalam hati..."sampai lenguh aku memegang telefon ni, nak layannya."

Apa pun banyak lagi hujah yang saya nak sebutkan. Namun, saya ringkaskan dengan mempelawanya, "jemputlah kawan saudara tu baca blog TGNAA (http://www.blogtokguru.com/) dan cuba-cubalah masuk Facebook TGNAA (ttp://www.facebook.com/nikaziz)." Alamatnya mudah je....

Harap sampaikan salam saya kepada kawan saudara tu (dalam hati aku terkata, iaitu anak murid Jakim agen penyesat?)

Terima kasih.

Coretan ikhlas,

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Adakah Ini Bala Allah

Sumber

Ini sudah bahaya. Macam-macam berlaku zaman Najib. Mungkinkah bala ke atas rakyat negara ini yang diperintah oleh UMNO yang menolak islam.

Mangsa Lubuk Yu alami simptom sama

MARAN 10 Julai - Kesemua mangsa yang meninggal dunia selepas terlibat dalam operasi menyelamat di Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran, Pahang mengalami simptom yang sama iaitu demam, batuk, pening kepala, muntah, cirit-birit, sakit tulang sendi dan sesak nafas.

Ho Hok Kee, 60, bapa kepada Timothy Hoo Seng Heng, 29, salah seorang daripada mangsa, berkata, anaknya yang bekerja sebagai pekebun meninggal dunia kelmarin selepas mengalami simptom-simptom itu.

"Anak saya tidak selera makan dan kakinya lumpuh hingga dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka sebelum dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh kerana sesak nafas.

"Malangnya, dia meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di sana," ujarnya yang dalam keadaan sedih.

Sementara itu seorang lagi mangsa, Zainal Abidin Ismail, 56, turut mengalami situasi sama selepas mengunjungi pusat perkelahan berkenaan untuk menolong mencari mangsa yang lemas itu.

Menurut isterinya, Zaharah Mohamad, 52, arwah mengalami simptom sama seperti mangsa lain.

"Saya kemudian membawa arwah ke Hospital Jengka sebelum dia ditahan dengan menerima dua botol air ke dalam badan kerana mengadu sakit sendi serta pening.

"Dia kemudian meminta saya untuk menghantarnya berubat cara kampung. Bagaimanapun arwah meninggal dunia di Rawang selepas mengadu sesak nafas iaitu pada Selasa lalu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Zakaria Ayub, 52, turut mengalami simptom yang sama selepas membantu mangsa lemas terbabit.

Menurut anak mangsa, Mohd. Zaidi, 28, arwah bapanya berada di lokasi kejadian lemas itu pada tiga hari pertama operasi sebelum demam dengan mengadu rasa amat sejuk walaupun suhu badan panas.

"Arwah ada beritahu sakit badan selain sejuk dan kami menghantarnya ke klinik swasta di Bandar Tun Razak Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Jengka.

"Pada 3 Julai lalu kira-kira pukul 2 petang, arwah dihantar ke Hoshas dan difahamkan mengalami tekanan darah rendah," katanya.

Katanya, arwah kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menghembuskan nafas terakhir pukul 10.40 malam.

Pada hari yang sama, bapa kepada mangsa lemas, Azizam Abdullah, 58, turut menghembuskan nafas terakhir dipercayai terkena penyakit yang sama.

Menurut isteri mangsa, Fatimah Saad, 55, arwah mengalami demam sebelum ditahan di wad Hospital Jengka.

"Bagaimanapun arwah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hoshas untuk menerima rawatan lanjut di sana," katanya.

Sementara itu, Tan King Hua, 29, anak kepada Lim Sin Lai, 55, menyatakan dia tidak terkilan bapanya meninggal dunia kerana cuba mencari dan menyelamat mangsa lemas.

"Bapa selalu tolong orang dan apabila peristiwa ini berlaku saya tidak menyesal. Ada orang cakap ada hantu di situ dan mungkin dia diganggu, tetapi doktor memberitahu saya dia meninggal dunia kerana terkena jangkitan virus," ujarnya.

7 Perkara Yang PR Perlu Hati2 Dalam Pru Akan Datang

Kemungkinan : Perkara penting untuk PR ambil tahu dalam pilihanraya akan datang

Salam sejahtera kepada reformis laman web ini. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya yang ke 14 pasti akan tiba pada masanya. Kepada semua pejuang-pejuang PR perlu diingat bahawa Barisan Nasional akan mencari seribu satu helah atau penipuan untuk memenangi pilihan raya tersebut. Oleh yang demikian, semua pihak PR perlu bersedia dan mengambil berat tentang strategi yang akan dilakukan oleh mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang akan mungkin akan dilakukan oleh pihak UMNO dan rakan-rakan.

Perkara pertama:

Mereka akan mencari jalan untuk menyatakan bahawa Dato Seri Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari. Ini kerana, bagi mereka Anwar adalah master mind dalam perjuangan PR. Oleh yang demikian, kepala perlu dihapuskan dahulu sebelum yang lain tidak berfungsi. Memang tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar adalah simbol perpaduan diantara PAS, KeAdILan, dan DAP. Sekiranya Anwar tiada, maka perjuangan PR akan sedikit terjejas terutama hubungan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, bagi pihak PR, mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi melindungi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim.

Perkara Kedua:

Mereka akan melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP. Setaip hari mereka akan bermain provokasi untuk melaga-lagakan kedua-dua parti tersebut. Isu hudud adalah senjata utama mereka untuk melaga-lagakan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, janganlah mengambil serius sekiranya ada anasir anasir jahat untuk melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP.

Perkara Ketiga:

Mulai sekarang, gerak kerja pilihan raya perlulah berjalan sekarang. Ini kerana, kita bukan lah parti yang menyogok orang dengan rasuah untuk menyokong kita. Pada UMNO, isu ini tidak menjadi masalah kerana mereka boleh menyogok wang last minute agar menukarkan hati manusia bagi mengundi mereka.

Perkara Keempat:

SPRM akan membuat perubahan dari segi kawasan permilihan bagi.Ini kerana, ramai orang telah pengundi-pengundi akan berada di luar dari kawasan mereka. Sebagai contoh seperti di Hulu Selangor, berapa ramai pengundi-pengundi yang sebelum ini memamg mengundi di Hulu Selangor tiba-tiba dialihkan ke kawasan lain.Perkara ini amat merugikan pihak Pakatan Rakyat kerana kita kilangan undi yang berharga.

Perkara Kelima:

Peningkatan undi pos di setiap kawasan 50-50. Maknanya bagi kawasan yang peluang PR dengan BN seimbang, maka SPRM akan menambah bilangan pengundi pos di kawasan mereka. Semua orang sedia maklum undi pos adalah talian hayat BN. Sekiranya kita tidak bertegas dalam isu undi pos ini, maka kita boleh kehilangan kerusi-kerusi yang penting pada masa pilihanraya yang akan datang.

Perkara Keenam:

Penambahan kerusi parlimen untuk negeri Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak dinafikan akan berlaku. Sekiranya berlaku maka BN ada kelebihan dimana Sabah dgn Sarawak masih banyak kawasan yang kita masih tembusi. Kita hanya tembusi kawasan bandar sahaja.Tetapi bagi di luar bandar kita masih lagi belum dapat menembusinya.

Perkara Ketujuh:

Pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi semasa pilihanraya. PAS mempunyai unit amal yang amat hebat dalam memantau pergerakkan pengundi-pengundi hantu ini. Oleh yang demikian, KeADILan dan DAP harus mempelajari teknik unit amal untuk menambahkan kekuatan kita dalam pilihanraya yang akan datang. Kita tidak boleh mengharapkan unit amal dari PAS sahaja untuk membantu kerana banyak kawasan yang perlu dipantau oleh mereka. Sekiranya kita mempunyai banyak kakitangan, maka lebih mudah untuk kita memantau pengundi hantu ini (sumber)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111