" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, August 1, 2010

Kejamnya Polis Thailand basmi pendatang

"Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini"

Inilah kenyataan seorang pegawai tentera laut Thailand sewaktu terdedahnya gambar-gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja.

Gambar yang diambil secara rahsia oleh salah seorang yang terlibat dengan operasi ini.

Gambar menunjukan bagaimana boat ini ditunda ke tengah-tengah lautan sebelum dilepaskan begitu saja. Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan.


Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul tanpa sebab. Setakat ini saja, dilaporkan sebanyak 550 orang daripada 992 orang telah mati di tengah lautan.

Cuba bayangkan jika kita dilepaskan di tengah-tengah lautan, tanpa enjin dan dengan makanan yang kurang dan tanpa halatuju.

Kematian (baca : Pembunuhan) umat Islam seperti ini berlaku di depan mata kita tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Mujurlah kerajaan India dan Indonesia bersimpati dan berperikemanusian ke atas mereka ini dengan menahan serta memberi makanan dan perubatan kepada mereka.

(*) Negara Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam, suatu hari nanti Thailand pasti akan menerima padahnya dari Tuhan. Ingat bagaimana tsunami menghentam pusat peranginan maksiatnya 6 tahun dahulu? Dan seterusnya, petakanya akan lebih besar lagi...tunggulah !!

Lagi foto yang berkaitan dibawah. Fikirkanlah..!!


Sumber : albanjari online

Sekat Ceramah PR ,Bukti Umno Sangat Terdesak

Oleh Angkasanauri

Umno semakin cemas dan lemas dengan pelbagai pendedahan skandal, rasuah dan penyelewengan yang berlaku melibatkan pemimpin mereka serta yang sewaktu dengannya. Maka pelbagai taktik keji dan kotor dilakukan untuk menyekat segala maklumat sampai kepada rakyat.

Sekatan dan amaran kepada media milik Pakatan Rakyat seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket membuktikan Umno cukup gelabah dengan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka selama berkuasa dengan menipu dan membodohkan rakyat.

Maka bagi menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun dengan membelakangkan prinsip demokrasi dengan cuba menyekat sebarang bentuk penyampaian maklumat kepada rakyat maka pihak berkuasa dan agensi kerajaan diperalatkan .

Malah pemimpin Umno sendiri juga menjadi juara dalam melakukan provokasi terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.Paling ketara seperti gangguan ceramah yang didalangi dan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka yang bergelumang dengan rasuah sebelum ini.

Jika sebelum ini beliau cukup terkenal apabila berkokok seperti ayam jantan hendak kena sembelih dalam satu majlis ceramah untuk mempersendakan presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Kebelakangan ini beliau membodohkan diri sendiri apabila beberapa kali menjadi penceramah bidan terjun berhampiran tempat ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat terutama di Dun Bukit Baru yang diwakilinya sekarang.

Apa yang berlaku di Rengit Batu Pahat malam tadi menjadi satu lagi bukti bahawa Umno cukup fobia dan gerun dengan kebangkitan serta sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Jika mereka kuat mengapa perlu ada gangguan terhadap segala bentuk aktiviti dan program pakatan Rakyat.

Bagi saya apa yang dilakukan hanya mukadimah dan memberi gambaran bahawa banyak lagi provokasi dan sekatan bakal dilakukan. Maka sekali lagi rakyat di negara ini bakal dihidangkan bahawa kononnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bertindak bertentangan dengan undang-undang Umno!

http://angkasanuri.blogspot.com/

Citra Sekolah Hamil Ali Rostam

Oleh BayangDiAir

Ketua Menteri Melaka telah menegaskan akan tetap mendirikan sekolah untuk pelajar hamil. Nama sekolah itu mungkin Sekolah Hamil Ali Rostam (SHAR). Niat beliau baik kerana prihatin terhadap bilangan pelajar hamil yang semakin meningkat bilangannya. Dalam baik ada bodohnya sebodoh golongan anti-hudud yang pernah mencadangkan pemakaian cawat besi bagi membasmi kes rogol sedikit masa dulu. Untuk melihat kebodohan itu, mari kita ikuti dialog antara pelajar SHAR (X) dengan kawannya dari sekolah lain (Y) berikut:


Y: Camane sekolah baru?

X: Best.

Y: Kau kata best. Tak malu ke?

X: Bestlah sebab Pengetuanya Datuk Seri R. Ada penasihat pulak

tu…

Y: Siape?

X: Datuk Seri A. Orang-orang glamer belaka kan tuu..?

Y: Cikgu-cikgunya siapa pula?

X: Terpilih tau! Semua grad…Guru-guru UMNO gred 41 ke atas.

Mereka semua yg dah dapat lesen aktif politik.

Y:Oh begitu….untungnya kau. Belajar same ke macam sekolah biasa?

X: Ada pendidikan seks tau. Boleh buat amali lagi?

Y: Amali macam mana ni?

X: Kau masuklah dulu, baru tahu.

(Diam seketika sambil menggosok perutnya yang sudah membesar betul).

X: Kau tahu aku mudah-mudah dapat RM1000.00

Y: Camne lak tu?

X: Aku boleh serahkan anak ini untuk dijaga oleh mak ayahku. Aku

juga boleh jual anak ini sebagai anak angkat melalui koperasi

sekolah. Datuk R kata dapat imbuhan RM1000 untuk seorang.

Kalau anak aku kembar, aku dapat RM2000 tau. Wah

seronoknya aku.

(Senyap seketika)

X: Habis kau yg nampak sedih ni nape lak? Hamil ke?

Y: Ni yg aku sedih ni…..

X: Dah brape bulan dah?

Y: Belum lagi ni. Kau boleh tolong aku tak?

Y: Carilah pak we sorang untuk aku…..Aku pun nak hamil macam

kaulah. Aku nampak kau glamer aje.

X: Pulak dah.

(Sepuluh tahun kemudian, Tahun 2020)

Kini sekolah hamil telah tertubuh di setiap daerah di Malaysia. Penasihatnya bercadang untuk adakan peringkat rendah dan menengah serta universiti kerana bilangannya tumbuh macam cendawan. Apabila dibuka kapsul Wawasan 2020, rupanya memang ada tercatat agenda kejayaan sekolah hamil semasa Tun M mencatatnya dulu. Apalagi 41 hari 41 malam rakyat Malaysia-UMNO menyambut kejayaan Wawasan 2020.

Apa Pemimpin Pas Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri?

Oleh Mohd Sayuti Omar

SAYA hendak melihat dari sisi lain sedikit mengenai reaksi daripada sdr Roslan SMS terhadap pandangannya yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membayangkan sekiranya rakyat memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang, Pas (pemimpin) boleh jadi Perdana Menteri.

Roslan agak pismis dan menjadi lemah diri mengenai kata-kata Soi Lek itu. Roslan meminta ahli Pas supaya tidak syok atau termakan dengan kata-kata itu kerana ia berunsur dakyah. Dalam perhatian Roslan, Soi Lek sengaja melemparkan kata-kata itu sebagai dakyah berelemen untuk memecah belahkan Pas dan Pakatan Rakyat.

Roslan berandaian Soi Lek bertujuan untuk menimbulkan huruhara dalam Pakatan Rakyat. Dengan melontarkan pandangan begitu menyebab kaum bukan Islam dalam Pakatan Rakyat akan resah ataupun tidak berpuas hati yang akhirnya meniatijahkan Pakatan akan pecah. Itulah apa yang ternampak oleh Roslan dari kata-kata Soi Lek itu. Roslan juga merasakan kata-kata jahat dengan mengungkitkan soal akhlak orang yang menuturkan kata-kata itu.

Sebenarnya Sok Lek ada alasan kenapa beliau berkata begitu. Salah satunya kerana organisasi Pas lebih tersusun dan keahliannya lebih ramai berbanding dengan dua parti komponen Pakatan lain, PKR dan DAP. Apa yang diperkatakan Soi Lek itu adalah hakikat muasir ini.

Tetapi kenapa Roslan bersikap negatif terhadap pandangan Soi Lek itu? Sekiranya perasaan Roslan itu benar, tampak Roslan tidak yakin dengan masa depan dan kekuatan partinya sendiri. Atau Roslan faham kekuatan partinya dan sengaja membuat penjelasan itu? Dan kalau dia mengakui kata-kata Soi Lek itu menujukkan Roslan tidak pandai berniaga menggunakan modal orang lain.

Bagaimana pun saya tidak melihat begitu berhubung kata-kata Soi Lek itu. Pada saya Soi Lek berkata sesuatu yang benar pada mata politiknya. Dia memberi gambaran yang ditafsirkan kepada realiti semasa. Dan selalunya pandangan pemimpin China rasional dan berpijak di bumi nyata. Kalau pun orang Cina bermain politik tetapi ia tidak separah orang Melayu.

Kenapa tidak kalau dibandingkan dari segi organisasi, Pas ternyata lebih ke depan dengan PKR dan DAP. Pas lebih tua dan parti terbesar dalam pakatan berkenaan. Pengaruh Pas kini bukan saja menyubur di bumi ada padi dan surau saja, – pantai timur dan sebahagian utara, tetapi sudah merebak ke barat dan selatan. Perkembangan ini perlu disedari dan diakui oleh semua pihak.

Mungkin Soi Lek sendiri dapat melihat pengaruh Pas yang membuak-buak di Johor. Kesungguhan Umno untuk berkerjasama dengan Pas kini adalah kerana Pas itu kuat dan berpengaruh. Umno sebagai parti berlandaskan kepada materialistik tidak akan mahu berkawan dengan orang miskin dan lemah. Sebab itulah Umno tidak tergila-gila kepada PKR.

Tetapi malangnya Pas tidak tahu akan kekuatan dirinya. Pas masih lagi suka bertenggeng atau ditenggengkan oleh mana-mana individu untuk kepentingan dirinya. Jenis orang Pas jenis mereka yang suka menjadi hamba dan dihimpir perasaan infrioriti kompleks yang menebal.

Sebelum ini saya sudah tulis dan jelaskan yang Pas sebuah parti yang tidak yakin kepada kekuatan diri sendiri. Pas tidak bijak bagaimana untuk meletakkan kekuatan dan pengaruhnya untuk menjadi parti memimpin. Malangnya Pas suka menjadi hamba dan suka juga membenarkan dirinya ditenggek oleh orang lain.

Dalam masa sama Pas suka mendokong orang lain. Sikap negatif dan rendah diri begini sepatutnya tidak ada kepada Pas. Konsesnus untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai PM bukan mengunci segala langkah Pas. Konsensus itu mungkin baik pada waktu ini tetapi bukan selama-lamanya. Satu segi kalau diperhatikan mereka yang menyokong penuh Anwar sebagai PM dari dalam Pas adalah mereka yanf serahim dengan Anwar.

Mungkin buat masa ini Anwar adalah relevan menjadi PM dari Pakatan Rakyat. Namun formula atau pilihan itu bukan selama-lamanya. Di masa depan ia harus melihat kepada kekuatan parti dan kepercayaan rakyat kepada sesebuah parti dan bukannya kepada kemahiran dan ketokohan seseorang pemimpin saja. Di masa depan Pas tidak boleh lagi memilih calon dari mana-mana parti melainkan perlu memilih dari kalangan mereka.

Mungkin buat masa ini Pas sedang menghadapi masalah mencari calon PM. Pertembungan dalam Pas masa kini juga saya lihat sebagai persiapan untuk mencari calon PM. Presiden dan Mursyidul Am kini sudah pun terlucut dari musimnya. Abdul Hadi Awang dilihat tidak dapat untuk menongkah arus politik semasa pada masa ini yang semakin kronik dan sofistikated. Manakala Nik Abdul Aziz Nik Mat pula sedang dikejar oleh usianya. Tetapi perubahan atau islah politik yang dibawa oleh mereka berdua adalah benih yang akan membuka ruang kepada masa depan Pas untuk menjadi perdana menteri.

Baik Abdul Hadi dan Nik Aziz berjaya menepiskan kekeliruan atau persepsi buruk orang bukan Islam terhadap Pas. Pada saya inilah kemuncak kejayaan mereka secara peribadi yang kemudian membawa kepada perubahan besar Pas yang perlu ditantang sebaik mungkin pemimpin pelapis.

Mengenai calon PM dari Pas di masa depan Pas tidak 'kasik'. Pas memiliki tokoh-tokohnya sendiri yang kini dalam proses pembinaan diri (syaksiah), membina idealisme untuk menjadi pemimpin besar di masa depan. Mereka inilah nanti yang akan memimpin Pas. Waktu itu kalau Pas sudah berkembang merekalah calon perdana menterinya.

Sesiapa pun jangan perkecilkan nama-nama seperti, Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa, Dr Hassan Mohd Ali atau Nasharuddin Mat Isa, Nizar Jamaluddin, Mohammed Sabu dan beberapa lagi. Mereka kini sedar atau tidak, adalah pemimpin masa depan Pas. Baik dari segi latar belakang pendidikan dan bakat semuanya memiliki kelebihan tersendiri. Masa yang mereka lalu kini adalah masa untuk berlatih dan menimba sebanyak pengalaman sebagai persediaan itu. Antara mereka ini akan ditentukan kepada sejauh mana istiqamah mereka dengan Pas serta mampu meneruskan 'tahlul' dan idealisme Pas.

Justeru saya yakin untuk masa selewat-lewatnya tiga atau tujuh tahun lagi salah seorang dari mereka akan mengambil kepimpinan utama Pas. Mereka akan menjadi presiden. Sekiranya Pas dapat mengekalkan keadaan dan momentum hari ini, kepercayaan dan harapan rakyat Malaysia sebagai sebuah parti Islam yang adil, praktikal dan universal dalam konteks Malaysia mereka akan jadi tokoh utama. Sekiranya Pakatan masih ada dan menang waktu itu, maka dari kalangan merekalah yang terpilih jadi Perdana Menteri.

Saya tidak fikir dalam tempoh lima tahun akan datang Anwar masih kekal dengan kehebatan yang ada hari ini dan terus diharap untuk menjadi perdana menteri. Anwar pun sekira beliau jujur beliau sudah harusn menurunkan wasiat jawatan perdana menteri itu bukan saja dari kalangan pemimpin PKR, tetapi pemimpin-pemimpin Pas itu juga.

Justeru kepada saya apa yang diucapkan Chua Soi Lek itu adalah yang disuluh dari realiti politik masa kini yang kalau-kalau terbawa ke masa depan. Kalau itu berlaku maka apa yang diungkapkan Soi Lek itu bukan mustahil. [wm.kl.2:00 pm 01/08/10]

Sumber Asal MSO

Badan Dunia Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwar

HRW Desak Kerajaan Malaysia Serah Dokumen, Bahan Bukti Kepada Anwar Segera

Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) berkata pihak pendakwa raya dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya menyerahkan dokumen dan bahan bukti berkaitan kes tersebut kepada pasukan pembelaan sebelum prosiding bersambung Isnin depan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lepas HRW menegaskan tindakan daripada pihak pendakwa raya adalah perlu bagi menjamin perbicaraan tersebut berjalan secara adil dan telus.

Sambil membidas undang-undang warisan era kolonial yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar yang membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan jika sabit kesalahan, badan antarabangsa yang dihormati itu berkata tokoh politik yang disegani itu juga berhadapan disekat daripada bertanding di dalam pilihan raya walaupun dihukum penjara sehari atau didenda RM2,000.

"Sifat asas perbicaraan yang adil memerlukan pihak pendakwa raya menyerahkan dokumen dan bukti supaya Anwar mampu mempertahankan diri beliau.

"Malangnya pihak pendakwa raya di Malaysia telah tidak berlaku adil kepada Anwar dengan menafikannya dokumen penting yang diperlukan oleh pasukan pembelaan beliau," kata Phil Robertson, timbalan pengarah HRW Asia.

Ujar HWR lagi, kerajaan Malaysia masih belum menunaikan janji yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata, 'hak pengadu dan yang tertuduh akan dihormati dalam perbicaraan Anwar'.

Kenyataan itu menambah sejak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahn pada 16 Julai 2008, kes tersebut telah mempamerkan beberapa keputusan pihak mahkamah yang menafikan Anwar untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti setiap kali permohonan dibuat.

"Mahkamah telah menafikan skses kepada senarai saksi pihak pendakwa raya dan kenyataan mereka yang dicatat termasuk kenyataan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Mahkamah juga telah menyekat akses kepada rakaman video keselamatan daripada kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

"Anwar juga terus dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan dan catatan lain, laporan, material dan juga spesimen berkaitan pemerikasaan perubatan ke atas Saiful oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang dilakukan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas dakwaan liwat berlaku," tegas HRW lagi.

Badan itu berkata Anwar terus dinafikan untuk mendapatkan laporan penuh perubatan Saiful, dokumen berkenaan kelayakan doktor dan pengalaman mereka, dan peralatan yang digunakan dalam pemeriksaan serangan seksual.

"Pakar forensik yang dipanggil oleh pihak pembelaan mengadu beliau tidak mampu membantu dalam sesi soal balas terhadap tiga doktor HKL sekiranya tidak dibekalkan dengan bahan-bahan bukti tersebut," kata HRW.

Dalam perkembangan mutakhir, Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Ogos untuk mendengar rayuan terhadap permohonan untuk mendapatkan akses kepada laporan perubatan, beberapa hari selepas tiga doktor HKL dijadual disoalbalas oleh pihak pembelaan.

HRW berkata amalan biasa di Malaysia ialah pihak pendakwa raya akan membekalkan semua bahan bukti dan dokumen kepada pihak pembelaan semasa tempoh pra perbicaraan.

Dalam kes yang melibatkan Anwar, mahkamah memutuskan pihak pembelaan dibenarkan membuat permohonan tersebut semasa prosiding sedang berjalan.

Walau bagaimanapun ketika perbicaraan bermula pada 2 Februari lalu, pihak pembelaan telah membuat permohonan berkaitan namum mahkamah memutuskan ia terhalang oleh keputusan sebelumnya ketika pra perbicaraan.

Akibatnya satu-satu sumber maklumat yang mampu diperolehi pihak pembelaan ialah keterangan yang diberikan oleh saksi pihak pendakwa raya dalam mahkamah.

"Pasukan peguam Anwar terpaksa membela anak guam mereka dengan satu tangan diikat dibelakang.

"Dengan menafikan bahan bukti yang kritikal dalam kes ini, tindakan mahkamah dan pendakwa raya ini akan hanya menimbulkan keraguan terhadap keadilan dalam perbicaraan ini dan seterusnya membuktikan dakwaan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik," kata Robertson.

HRW berkata prosiding dilihat bercanggah dengan Seksyen 51A, satu pindaan yang dibuat pada Mac 2006 untuk membuka ruang yang lebih luas bagi pihak pembelaan untuk mendapatkan bahan bukti dalam sesuatu perbicaraan.

Seksyen ini mempunyai peruntukan bahawa pihak pendakwa raya seharusnya membekalkan "apa-apa" dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti dan juga kenyataan fakta yang menyebelahi pihak pembelaan kecuali yang bertentangan dengan kepentingan awam.

"Kerajaan Malaysia meminta masyarakat antarabangsa menghormati sistem demokrasi dan komitmennya terhadap prinsip negara hukum tetapi terdapat perbezaan besar antara retorik semata-mata dan realiti.

"Sekiranya kerajaan ikhlas untuk menjamin perbicaraan yang adil maka amat perlu pihak pendakwa raya menyerahkan semua dokumen dan bahan bukti kepada pasukan pembelaan dengan segera," tegas Robertson lagi. -SK

Ulasan GB

Pertama kita jadi hairan mengapa pihak pendakwa dan mahkamah enggan untuk menyerahkan dokumen dan bahan bukti kepada defendan (DSAI). Alasan mahkamah mudah, tidak ada peruntukan untuk mewajibkan pendakwa menyerahkan bahan bukti. Sementara pendakwa pula menyatakan penyerahan dokumen dan bahan bukti mendedahkan saksi diganggu oleh pihak defendan.

Setelah sekalian ribu kes berjalan di mahkamah di negara ini, telah menjadi satu teladan untuk pihak pendakwa menyediakan dokumen dan bahan bukti kepada defendan demi untuk keadilan dan ketelusan penghakiman, tetapi kekecualian ini berlaku di dalam kes liwat2.

Keadaan tersebut menjadikan persepsi masyarakat bahawa kes liwat 2 itu adalah KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI kerajaan UMNO BN di bawah Najib terhadap bekas Tim Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menjadi semakin benar.

Malah dengan prosiding kes sejak pertama menunjukkan bahawa hakim telah bertindak secara berat sebelah dimana tuntutan-tuntutan defendan tertolak, manakala tuntutan plaintiff sentiasa diberikan laluan. Ia perulangan kepada kes liwat 1 dimana demikianlah cara hakim Augustine Paul menghakimi kes berkenaan.

Terdapat seperti "tangan ghaib" di belakang skrip. Siapa lagi jika bukan Peguam Negera bernama Gani Patail, pengarah keseluruhan skrip bersama Ketua Polis Negara, Musa Hassan, untuk menempatkan masing-masing di hati Najib.

KEBENARAN DAN KEADILAN SUDAH MATI DI BAWAH UMNO BN!

Islam Adil Untuk Semua .

1. Kebelakangan ini negara kita dan sebahagian rakyatnya sedang memerhati isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Yb. Tony Pua berkait dengan diskaun bumiputera dalam pembelian rumah bagi hartanah yang bernilai RM 500,000 ke atas .

2. Ada beberapa perkara yang perlu terlebih dahulu saya tegaskan di sini berkait isu yang timbul sebelum saya mengulas lanjut .

Pertama : Yb. Tony Pua sewajarnya tidak mendahului Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat dalam membuat kenyataan yang boleh mencetus kontraversi seperti ini sementelah menyentuh kepentingan bumiputera . Sedang Majlis Mesyuarat PAKATAN Rakyat adalah mekanisme terbaik untuk membincang dan membuat keputusan berkait isu seperti ini .

Kedua : Kenyataan Yb. Tony Pua adalah kenyataan peribadi beliau bukanlah mewakili suara atau kenyataan PAKATAN Rakyat . Sama juga seperti kenyataan Yb. Karpal Singh sebelum ini berkait dengan isu negara Islam .

Ketiga : Perkara ini tidak perlu tergesa - gesa melainkan ianya perlu kepada kajian yang mendalam dengan mengambil kira soal hak , keadilan dan kepentingan termasuk mengambil kira soal untung rugi sesuatu tindakan itu dari aspek politik dan masyarakat [ rakyat ] .

3. Sekali lagi saya melihat betapa Islam adalah agama yang indah malah menjadi penyelesai kepada masaalah yang sedang dihadapi oleh ummat manusia termasuk isu tanah dan pemilikan rumah kediaman. Tepat sekali tema ucapan dasar Yb. Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS baru - baru ini ialah Islam Adil Untuk Semua .

4. Selama mana sistem negara masih menerima pakai sistem kapitalis dan menolak sistem Islam, maka selama itulah sebenarnya negara akan terperangkap dalam satu kaedah yang sukar dan dilihat tidak adil kepada semua .

5. Islam mempunyai hukum dan pendekatan tersendiri dalam menyelesaikan masaalah pemilikan hartanah dan ianya tidak menzalimi bangsa , agama dan keturunan seperti

hukum Ihya' al mawat [ memberi hak kepada mereka yang menghidupkan tanah terbiar ] , Iqta' [ memberi hak milik kepada yang tiada kediaman ] dan
garis panduan Hima [ pemiliki tanah secara kuasa ] .

6. Penyelesaian secara cantas atau mengambil perkara cabang sahaja tanpa melihat kepada perubahan secara pokok [ iaitu perubahan dasar dan sistem ] , ianya dilihat tidak akan menyelesaikan masaalah . Sebaliknya mungkin masaalah lain pula akan timbul ekoran masih berpaut pada sistem dan dasar yang salah . Justeru itu , PAS konsisten menyeru masyarakat dalam negara ini khususnya pemimpin agar kembali kepada Islam dan melaksanakan syariatnya.

DAP pecat Tee Boon Hock

Ekoran dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco untuk sokongan mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK), DAP semalam memecat ahli MPK Tee Boon Hock dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin DAP bermesyuarat hari ini.Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai berkata tindakan itu dibuat selaras dengan perinsip parti yang menekankan integriti dan kebolehpercayaan

"Ini merupakan kali pertama Jawatankuasa Disiplin DAP memulakan penyiasatan berdasarkan laporan media kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat awam dan sebagai satu tindakan yang mencerminkan prinsip asas parti DAP yang mementingkan integriti dan kebolehpercayaan," tegas Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

Boon Hock sebelum ini didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya bagi mendapatkan kontrak MPK.

Menurut Kok Wai lagi, walaupun tiada aduan bertulis dibuat oleh mana-mana ahli mahupun pemimpin DAP, namun dakwaan yang dilemparkan berkait dengan kepentingan awam dan memerlukan siasatan terperinci.

Ronnie Liu dan Tee akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa disiplin yang akan memanggil mesyuarat tergempar dalam masa tiga hari.

Menteri Besar, Tan sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengumumkan Boon Hock direhatkan sementara jabatan audit dalaman membuat siasatan.

Sekat Ceramah PR ,Bukti Umno Sangat Terdesak

Oleh Angkasanauri

Umno semakin cemas dan lemas dengan pelbagai pendedahan skandal, rasuah dan penyelewengan yang berlaku melibatkan pemimpin mereka serta yang sewaktu dengannya. Maka pelbagai taktik keji dan kotor dilakukan untuk menyekat segala maklumat sampai kepada rakyat.

Sekatan dan amaran kepada media milik Pakatan Rakyat seperti Harakah, Suara Keadilan dan Rocket membuktikan Umno cukup gelabah dengan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka selama berkuasa dengan menipu dan membodohkan rakyat.

Maka bagi menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun dengan membelakangkan prinsip demokrasi dengan cuba menyekat sebarang bentuk penyampaian maklumat kepada rakyat maka pihak berkuasa dan agensi kerajaan diperalatkan .

Malah pemimpin Umno sendiri juga menjadi juara dalam melakukan provokasi terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.Paling ketara seperti gangguan ceramah yang didalangi dan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka yang bergelumang dengan rasuah sebelum ini.

Jika sebelum ini beliau cukup terkenal apabila berkokok seperti ayam jantan hendak kena sembelih dalam satu majlis ceramah untuk mempersendakan presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Kebelakangan ini beliau membodohkan diri sendiri apabila beberapa kali menjadi penceramah bidan terjun berhampiran tempat ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat terutama di Dun Bukit Baru yang diwakilinya sekarang.

Apa yang berlaku di Rengit Batu Pahat malam tadi menjadi satu lagi bukti bahawa Umno cukup fobia dan gerun dengan kebangkitan serta sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Jika mereka kuat mengapa perlu ada gangguan terhadap segala bentuk aktiviti dan program pakatan Rakyat.

Bagi saya apa yang dilakukan hanya mukadimah dan memberi gambaran bahawa banyak lagi provokasi dan sekatan bakal dilakukan. Maka sekali lagi rakyat di negara ini bakal dihidangkan bahawa kononnya pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bertindak bertentangan dengan undang-undang Umno!

http://angkasanuri.blogspot.com/

Perpaduan Polis Dan Pencuri Melayu

Oleh Zolkharnain Abidin

Umno cuba mempromosikan bahawa tindakan PAS tidak mahu berpadu dengannya sebagai bercanggah dengan agama. Perpaduan adalah tuntutan agama. Mereka pun mengalunkan ayat-ayat al-Quran yang mengajak kepada perpaduan.

Kalau ada orang berlatar belakang agama menolak perpaduan dengan Umno maka ditohmahlah orang itu, kononnya orang agama pun tidak mahu kepada ajaran al-Quran.



Inilah kegunaan agama dan al-Quran kepada Umno. Hujah semasa terdesak dan tersepit. Semasa senang dan berkuasa, agama dianggap sampah.

Dalam isu perpaduan PAS – Umno, agama dijadikan sandaran. Dalam isu-isu lain, kes liwat misalnya, mengapa mahkamah syariah yang berlandaskan agama tidak pula digunakan?

Kini, Umno beria-ia memperalatkan ulama tua dan muda untuk mempromosikan perpaduan ini.

Suatu pagi, di sebuah bank di Kangar, saya bertemu dengan bapa kepada salah seorang ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini.

Sebaik sahaja bertemu dan bersalam, idea perpaduan PAS – Umnolah yang dibangkitkan. Beliau bersedia menjadi orang tengah dalam perkara ini. Saya tegaskan kepadanya, tidak.

Betulkah orang Melayu berpecah, atau Umno yang semakin parah?

Dalam polis ada Melayu, di kalangan pencuri juga ada Melayu. Mengapa polis Melayu tidak mengajak pencuri Melayu berpadu? Atau sebaliknya?

Ada along Melayu dan ada peminjam Melayu. Mengapa along Melayu tidak mengajak peminjam Melayu yang tidak bayar hutang berpadu? Atau sebaliknya?

Bukankah perpaduan tuntutan agama?

Mengapa polis Melayu tidak boleh berpadu dengan pencuri Melayu? Mengapa peminjam Melayu yang tidak bayar hutang tidak berpadu dengan along Melayu?

Mereka semua ada jawapannya.

Polis Melayu tidak sudi berpadu dengan pencuri Melayu kerana polis Melayu tidak boleh menerima kejahatan pencuri Melayu.

Ada sesiapa yang waras, rasional, berotak wawasan, bergeliga, ada PhD… boleh menerima kejahatan Umno?

http://sauhdibongkar.blogspot.com/

Propaganda media huru-harakan isu pasir

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa melakukan penyelewengan hasil perlombongan pasir. Sedangkan masalah kecurian pasir itu telah lama wujud sejak era pentadbiran Umno-BN. Sejauh manakah kebenarannya. Ikuti wawancara Wartawan, SAIDAH HAIRAN dan MUHAMAD ARIF ISMAIL bersama Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, YAAKOB SAPARI di pejabatnya, tingkat 12, Shah Alam.

Kerajaan Pakatan Rakyat diserang lagi dengan isu penyelewengan dan kecurian pasir. Boleh jelaskan supaya rakyat tahu perkara sebenar?

YAAKOB SAPARI: Kita dapati isu kecurian dan pelombongan pasir secara haram telah pun berlaku secara berleluasa sebelum pakatan rakyat memerintah Selangor. Bahkan banyak media lalu mendedahkan isu mengenai penahanan jentera berat kerana melakukan aktiviti mencuri pasir. Selepas kita mengambil alih, kita selesaikan dengan cara lain. Kita tidak mahu guna cara dahulu (Umno perintah) sebab cara dahulu lebih mahal. Umpamanya kelemahan ketara yang kita dapati ialah penipuan docket oleh pengeluaran pasir yang tidak diluluskan. Juga berlaku kebocoran maklumat mengenai operasi yang bakal dijalankan, tidak ada penilaian kesan akan sekitar (EIA). Kemudian untuk pasir sungai, hanya sebuah syarikat yang dapat melalui mesyuarat exco.

Bagaimana hasil pasir di bawah pentadbiran Umno-BN?

Hasil rendah. Apabila pemerintahan negeri bertukar kita tubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk membuat kawalan. Kita tahu sistem pengurusan dalam hal ini sangat lemah. Jika kita membuat perkara yang sama, kita hanya melakukan perkara yang sama. Masalah yang sama akan berulang. Sebab itu kita ubah dengan menubuhkan KSSB. Perlu ada syarikat KSSB. Sebab saya semak dulu hanya ada jabatan teknikal untuk melancarkan perjalanan jabatan daerah dan PTG. Jadi kita kena betulkan. Di KSSB ini kita ada jurutera khas yang buat kerja supaya semua peraturan perlombongan yang ada perlu diikut dan kita boleh mengawal.

Di mana kes-kes kecurian ini berlaku?

Kecurian pasir berlaku di tiga tempat iaitu tanah yang dimiliki oleh kerajaan atau milik anak syarikat kerajaan seperti PKPS, KDEB. Kecurian juga berlaku di sungai di tanah-tanah persendirian yang tidak mahu mohon permit. Apa yang kita lakukan pada pusingan pertama, semua tanah-tanah kerajaan diambilalih oleh KKSB. Tempat yang kita ambil alih ialah tempat-tempat yang dahulunya telah dicuri oleh pencuri-pencuri pasir. Pertama, ia bukan kawasan baru tetapi kawasan kecurian kecurian pasir yang tidak terkawal. Jadi KSSB ambil alih tanah tersebut untuk diuruskan. Semua tapak tanah kerajaan telah dikawal oleh KSSB. Kedua, dahulu satu Selangor, satu syarikat sahaja yang dimiliki oleh kroni Umno dan memperolehi kelulusan ini bukan melalui JPS, tender dan sebagainya. Kelulusan diperolehi kerana mereka rapat dengan Menteri Besar lalu melalui mesyuarat kerajaan negeri.

Peranan JPS dan pihak berkuasa tempatan masa itu macam mana?

JPS tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kawalan dengan mengenakan tindakan kepada syarikat yang terbabit. Keluasan kawasan juga pihak berkuasa tidak boleh mengawal kerana tidak ada dokumen dan perjanjian langsung pada ketika pemerintahan Umno-BN. Apabila kita mengambilalih, kita batalkan perjanjian itu yang diputuskan dalam mesyuarat exco. Kita kenalpasti sungai-sungai di seluruh selangor. Kita tenderkan maknanya permohonan terbuka kepada semua orang. Zaman Umno-BN hanya ada satu syarikat, zaman kerajaan Pakatan Rakyat 28 buah syarikat. Bagi tanah-tanah persendirian yang mempunyai keluasan 20 ekar ke atas boleh membuat permohonan melalui KSSB. KSSB ada jurutera, teknikal dan sebagainya. Pengurusan ini berlaku dengan teratur. Buktinya, kecurian di tanah persendirian dan kerajaan tidak berlaku, sungai kita terkawal. Bagaimanapun, kita tidak nafikan masih berlaku sedikit kecurian di tanah-tanah persendirian.

Masalahannya sekarang, ini isu kecurian pasir meletup...

Saya melihat kerana Umno sudah tidak ada isu lain di Selangor ini. Hendak kata dalam soal ketelusan, dia tidak dapat buktikan kerana kita mengamalkan ketelusan. Hari ini media menyatakan Dato' Menteri Besar Selangor tiada kes dalam SPRM. Jadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Khir Toyo hendak mencari populariti telah menyerang pihak kerajaan dalan sidang dewan baru-baru ini.

Apa yang Khir sedang lakukan sebenarnya?

Nampak Khir keluar media pada hari Ahad hari Isnin lalu. Masuk media serentak di Parlimen. Sepanjang sesi sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) isu-isu lain Khir tidak boleh bawa. Khir menyerang Pakatan Rakyat dalam isu pasir. Khir sengaja besarkan isu pasir tetapi dia silap. Ini kerana kawasan yang dilawati Khir merupakan kawasan yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab itu saya cabar Khir dalam sidang Dun. Jika Khir kata berlubang-lubang, gambar ini menunjukkan penuh lubang. Jadi Khir
tidak ada isu lain dan dia sudah tidak besarkan isu pasir lagi.

Mengapa pula Khir kaitkan KSSB dengan rasuah?

Ya, Khir cuba kaitkan dengan rasuah dalam pengurusan KSSB. KSSB sudah diserbu oleh SPRM 10 kali. Hingga sekarang tiada bukti berlaku rasuah dalam KSSB. Begitu juga dengan pegawai saya, Hussein telah dibawa ke pejabat SPRM selama lima hari tetapi tiada kes. Pengurus KSSb juga dibebaskan kerana tiada bukti. Saya yakin ketelusan berlaku disitu. Satu lagi saya fikir mungkin ramai yang berminat hendak niaga pasir, jadi mereka rasa seperti di zaman Umno-BN perintah Selangor. Zaman Umno-BN perintah memang mudah hendak berniaga pasir sama ada secara halal atau haram. Hari ini kita ketatkan, yang tidap dapat tender itu yang buat kacau. Ada yang tidak dapat tender atau yang biasa mencuri. Orang seperti ini yang tidak dapat dan mereka berjumpa dengan Khir Toyo untuk dibesarkan isu ini.

Persoalannya, setelah kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir kenapa masih berlaku kecurian lagi?

Kecurian pasir sama seperti jenayah. Kita sudah mengawal kegiatan mencuri pasir sebanyak 80 peratus. Pertama tanah kerajaan kita kawal, KKSB mengambil alih tanah tersebut. Sungai telah kita kawal tetapi sungai di Selangor panjang. Ada berlaku kecurian di sana sini dan dilakukan secara kecil-kecilan tetapi yang besar-besar semua kita dapat kawal. Tanah-tanah persendirian dilakukan waktu malam dan secara kecil-kecilan. Semua kecurian ini tidak dapat dielakkan. Macam jenayah, ditambah polis sebanyak mana pun, membesarkan mahkamah syariah, kes perceraian makin ramai. Begitu juga dengan mencuri pasir tetapi kali ini kita kenakan tindakan tegas.

Ia berjaya dikawal...

Tanah kerajaan telah dapat dikawal, sungai telah kita kawal dan tanah persendirian kita lesenkan. Jika mencuri kita akan tahan jengkaut mereka. Kerajana negeri memberi ganjaran kepada sesiapa yang boleh menahan pencuri-pencuri tersebut. Sekarang berebut-rebut menahan lori yang mengangkut pasir. Dahulu perbuatan ini dilakukan sorok-sorok. Apabila kita dedahkan ada tentang ganjaran ramai yang berminat. Kerja pasir paling senang, pasaran tinggi. Contoh, di Hulu Langat, untuk sebanyak RM500 keluar jam 4.30 pagi balik 5.30 pagi, habis.

YB, sudah tentu kecurian pasir itu ada dalang. Pencuri pasir ini memang sudah pakar dia mencuri daripada zaman Umno-BN. Cuma dulu tidak ada tindakan dikenakan. Bagaimana mereka boleh lepas mencuri sedangkan ada pemantauan dan penguatkuasaan?

Kegiatan kecurian berlaku di belakang dan pihak pemantauan tidak nampak. Saya tidak nafikan perkara ini, saya tahu nama-nama pencuri itu tetapi oleh kerana kecil-kecilan ini dia pandai, jadi kata saya 80 peratus dalam kawalan kerajaan negeri dan 20 peratus lagi dijadikan habuan kepada kejayaan penangkapan pencuri pasir dan sekarang orang berlumba-lumba untuk menahan lori mengangkut pasir. Mungkin dahulu, dia mudah untuk melakukan rasuah pimpinan negeri tetapi sekarang ketat. Jika dulu mereka boleh bayar ketua kampung, pengerusi JKKK dan pimpinan Umno. Saya tidak nafikan dahulu pimpinan Umno juga terlibat dalam kegiatan ini. Isu ini tidak sebesar seperti yang digambarkan oleh pihak media. Ia hanya mainan politik untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor.

Rakyat sekarang terpedaya, jika kita lihat media sering siarkan gambar yang sama, masalahnya rakyat tidak tahu perkara sebenar.

Saya akan buat pamplet dan saya akan keluarkan gambar-gambar tersebut. Gambar ini bukan perkara baru. Jika kita kata berlubang, ini tidak berlubang. Pimpinan Umno sudah kenyang dengan hasil pasir dulu.

Bagaimana keuntungan pasir di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

Ada peningkatan yang ketara. Hasil pasir jauh lebih tinggi daripada pendapatan di zaman Umno-BN perintah. Saya yakin pendapatan pasir ini akan meningkat. Apa yang penting program pemulihan itu dibuat, zaman Umno-BN tidak ada program pemulihan dan pemuliharaan selepas pelombongan. Kita akan buat dan kemudian kawasan yang berlubang ini kita akan jadikan kawasan simpanan air untuk musim kemarau. Ada sebahagian kecil kawasan, kita akan jadi kawasan untuk dijadikan tempat untuk ternak air yang sesuai. Kita mentadbir dengan penuh amanah dan telus, itu kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat.

Betulkah pencuri-pencuri pasir dulu biasa merasuah orang?

Mereka ada menghantar wakil untuk merasuah saya, tetapi saya kata tidak boleh. Kekuatan kita adalah kerana kita telus, amanah dan tidak rasuah. Saya yakin dalam kisah syaitan jumpa dengan nabi, bila nabi tanya manusia mana yang kau tidak boleh goda? Syaitan kata manusia yang ikhlas. Jika kita ikhlas, insyAllah dan tidak ada kepentingan kita boleh buat, InsyAllah kita akan buktikan. Umno tidak boleh buat perkara ini sebab pimpinan mereka penuh dengan rasuah. Di bawah pentadbirannya, hasil pasir tidak ada. Kita akan buktikan dalam tempoh dua tahun kita telah berjaya menguruskan pasir.

Secara senyap, GST sudah terlaksana

Kerajaan Umno-BN telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara tidak sedar apabila menaikkan harga gula termasuk petrol walaupun Rang Undang-Undang GST ditangguhkan pindaannya. Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gabungan Membantah Kenaikan Harga Minyak (Protes), Aiman Athirah menegaskan secara tidak langsung, kerajaan telah mengenakan GST kepada rakyat dengan kenaikan yang dinamakan 'penyelarasan harga' oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tindakan kerajaan itu hanya membangkitkan kemarahan rakyat, selain memberi peluang kepada rakyat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Athirah yang juga Exco Muslimat PAS Pusat turut mengingatkan rakyat agar tidak tertipu dengan alasan yang dimainkan Najib kononnya langkah ini dilakukan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 750 juta.

"Jika masih ingat, ketika kenaikan harga minyak 30 sen se liter pada 2006, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi berkata kenaikan itu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga kini, apa hasilnya? Kini, Najib pula guna alasan itu kononnya untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan. Ini semua tak logik. Jelas, Najib mempermain-mainkan rakyat," tegas beliau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111