" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, August 22, 2010

Tazkirah Ust Ibrahim - Pangkor

Pangkor - 22 Ogos 2010 Ust Ibrahim memberi tazkirah di Markas PAS Cawangan Pangkor. Intipati ucapan beliau boleh lah di bahagikan seperti di bawah :

1. Kita selalu bergantung pada Allah dalam apa jua keadaan.
2. Jangan sekali-kali tinggal Al-Quran - baca
3. Jangan tinggal solat malam - qiamulail
4. Jangan pandangan mudah dalam urusan tarbiyah dalam berjemaah



Malam tu semua jemaah yang hadir berasa puas hati dengan tazkirah yang di sampaikan oleh beliau..

Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk

Oleh Afrar Yunus

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara.

Tidak kira di mana-mana negarapun, apabila mahkamahnya sudah menjadi seperti kedai tuak dan hakim-hakimnya berperangai dan bertindak seperti orang mabuk, maka masa hadapan warganya, negaranya dan kedaulatan mereka akan hancur.

Hari ini keputusan lain, besok mendengarkan keputusan lain biarpun fakta kesnya hampir sama.

Terlepas di dunia bukan bermakna bebas untuk selama-lamanya.

Jika di negara Cina penjawat awamnya termasuk hakim-hakim yang didapati menyeleweng atau mengkhianati, kerajaan akan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Banyak negara mengaku Islam dan demokrasi, tetapi amalan pentadbiran awam mereka jauh tersangat buruk berbanding beberapa negara di dunia dalam hal seperti ini yang mendaulatkan undang-undang sebagai pengawal aktiviti negara dan masyarakatnya.

Apa yang boleh diharapkan dari mereka yang mabuk pada hari ini lalu mendengarkan tentang keadilan dan esok memberitahu tentang keindahan melacur prinsip keadilan itu sebagai matlamat utama tidak kira di atas faktor tidak waras, kurang ilmu, tekanan atau desakan.

Pemabuk-pemabuk yang diamanahkan untuk mengadili sesama manusia lalu bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa dan kedudukan yang ada pada mereka mengabaikan amanah dan tanggungjawab dikira sama taraf atau lebih hina dari binatang.

http://alkerohi.blogspot.com/

Berbuka puasa bersama Guan Eng

Oleh Ahmad Tajdid

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

BUKAN sesuatu yang biasa bagi DAP menganjurkan majlis berbuka puasa untuk penggiat media alternatif. Sepanjang bertugas di Harakah, inilah pertama kali majlis seumpama itu diadakan DAP apatah lagi atas jemputan Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Suasana di Khatijah's Kitchen, Jalan Bukit, Petaling Jaya, restoran milik Dato' Khatijah Ibrahim itu agak meriah petang 19 Ogos lalu apabila seorang demi seorang pemimpin utama DAP muncul untuk turut sama berbuka puasa.

Selain Guan Eng, turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tengku Abdul Aziz Abdul Rahman (yang sajak bersongkok hitam), Ketua Pemuda Anthony Loke, Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok dan Ean Yong Hian Wah, Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Walaupun tidak berpuasa, tiada seorang pun para pemimpin DAP yang hadir menjamah makanan sehingga azan Maghrib dilaungkan. Guan Eng sendiri mengakui tidak menjamah makanan sejak pukul 11.00 malam sebelumnya kerana ingin merasai nikmat berbuka puasa.

"Saya tak bersahur," katanya berseloroh.

Dia juga bercerita bagaimana pada awal menghadiri majlis berbuka di masjid, beliau hanya menjamah makanan kerana sudah kenyang. Oleh kerana merasakan tindakan itu tidak wajar, beliau memastikan untuk 'berpuasa' setiap kali ada jemputan berbuka. Dengan berpuasa, beliau dapat makan dengan berselera apatah lagi jika menu yang disajikan itu kari kambing!

Masa yang ada sementara menunggu masa berbuka puasa digunakan oleh Guan Eng untuk menjelaskan isu-isu berbangkit berhubung pentadbiran kerajaan negeri pimpinannya.

Beliau mengakui kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerap menerima serangan daripada media massa pro-BN sejak mengambil alih pemerintahan negeri.

BN ujarnya, terpaksa meniupkan isu-isu perkauman kerana tidak dapat mencari kelemahan DAP dan Pakatan Rakyat dalam isu-isu 'real' menyentuh pentadbiran negeri.

Beliau memberi contoh isu bazar Ramadan di Komtar apabila kerajaan negeri didakwa mahu menghalang para peniaga Melayu berniaga di bazar tersebut sedangkan isu sebenar adalah kegagalan syarikat penganjur menjelaskan sewa kepada pentadbiran Komtar.

Walaupun tidak menerima satu sen pun bayaran sewa daripada syarikat tersebut, pihak pengurusan Komtar membenarkan para peniaga meneruskan perniagaan kerana dimaklumkan sewa telah dibayar oleh para peniaga kepada syarikat penganjur bazar Ramadan itu.

Isu perkauman ini sengaja dimainkan untuk menutup kelemahan syarikat terbabit.

Satu lagi isu perkauman yang dijaja Umno adalah dakwaan kononnya kerajaan negeri pimpinan DAP bertindak merobohkan perkampungan Melayu di Pulau Pinang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan.

"Ini tidak benar. Sepanjang menjadi Ketua Menteri saya tidak pernah mengarahkan walaupun satu rumah Melayu pun dirobohkan," kata Guan Eng.

Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan tanah-tanah milik persendirian yang diduduki penduduk yang kemudiannya hendak dimajukan syarikat swasta. Ini, katanya membabitkan perintah mahkamah dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan.

Bagaimanapun kerajaan negeri, katanya berusaha berunding dengan syarikat pemaju. Dalam satu kes di Kampung Pokok Asam, kerajaan negeri telah meminta pemaju menangguhkan operasi merobohkan rumah penduduk selama tiga bulan bagi membolehkan langkah penyelesaian terbaik dicapai.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri juga, tegasnya berusaha sedaya mungkin untuk membantu penduduk yang terlibat dan ini tidak pernah dilakukan kerajaan BN negeri sebelum ini.

Perbualan terhenti ketika azan Maghrib kedengaran.

"Silalah dahulu, kamu berpuasa," kata seorang aktivis DAP kepada saya ketika melangkah ke meja buffet.

Ketika pengunjung beragama Islam mengambil hidangan untuk berbuka, para pemimpin dan aktivis DAP yang hadir tidak sama-sama menyesakkan meja buffet. Jelas mereka menghormati rakan-rakan media beragama Islam untuk berbuka puasa.

Ini jauh berbeza di beberapa hotel yang pernah saya hadiri untuk buffet Ramadan apabila para pengunjung bukan Islam turut sama berebut-rebut mendapatkan makanan. Sesetengahnya pula makan dan minum sebelum waktu berbuka.

Hairan juga bila mendengar khabar dari seorang tokoh agama pro-Umno kononnya pemimpin DAP tidak menghormati Islam.

Khatijah Kitchens tidaklah seluas restoran-restoran hotel-hotel besar di Kuala Lumpur, tetapi ia tetap diuruskan dengan baik. Makanan yang pelbagai bukan sahaja mencukupi untuk pelanggan yang melimpah ruah hingga ke luar, malah layanan para pekerjanya juga mesra.

Bagi mereka yang ingin menunaikan solat Maghrib, dua khemah sementara di pasang di belakang restoran.

Di akhir majlis berbuka puasa itu, Guan Eng selaku tuan rumah dijemput berucap. Tanpa menggunakan pembesar suara, pemimpin DAP itu berucap ringkas.

Dalam ucapannya, Guan Eng melahirkan rasa kesal dengan tindak-tanduk pemimpin Umno yang terus berbohong dan meniupkan isu agama dan perkauman bagi menyerang kerajaan negeri pimpinannya. Semua ini berlaku di bulan Ramadan yang mulia.

"Pemimpin Umno negeri juga menjadikan kehadiran saya dalam acara-acara agama sebagai isu," katanya.

Guan Eng mengakui tidak wajar hadir di majlis-majlis agama yang diadakan di masjid-masjid. Tetapi apa yang dikesali, kehadiran beliau dalam majlis penyampaian sumbangan Ihya Ramadan di luar kawasan masjid juga cuba dipolitikkan pemimpin Umno.

"Sumbangan diserahkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), saya hanya mengiringi. Adakah itu juga salah?" soal beliau.

Menurutnya, sumbangan Ihya Ramadan itu pertama kali disalurkan kerajaan negeri dan tidak pernah diberikan oleh kerajaan BN negeri sebelumnya.

Pembohongan terbaru yang disebarkan Umno terhadap kerajaan Pakatan Rakyat negeri amat menyentuh sensitiviti agama.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kononnya kerajaan negeri mengarahkan nama Ketua Menteri dimasukkan dalam doa khutbah kedua Jumaat bagi menggantikan Yang Dipertuan Agung.

"Ini tidak masuk akal. Saya bertanya Abdul Malik (Abul Hassan, Exco Agama negeri) adakah perkara itu benar-benar berlaku. Beliau menjawab ia sesuatu yang mustahil," ujarnya.

Berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebuah masjid pun di Pulau Pinang berbuat demikian, katanya.

"Saya juga cuba menghubungi Dato' Ahmad Zahid untuk mendapat penjelasan tapi gagal," katanya.

Beliau berharap pemimpin Pusat itu lebih bertanggung jawab dalam mengeluarkan tuduhan apatah lagi di bulan Ramadan.

Kerajaan negeri pimpinannya sedia bertindak jika dakwaan itu benar.

Akhirnya Guan Eng mengingatkan tentang peri pentingnya media yang bebas dalam sebuah negara demokrasi. Sistem demokrasi yang diamalkan negara, jelasnya mempunyai tiga tunggak utama iaitu eksekutif, parlimen dan kehakiman. Tetapi ada kuasa keempat yang juga penting iaitu media.

Media ujarnya bertanggung jawab mewarnakan demokrasi dan media yang bebas dari kongkongan sesungguhnya penting bagi menghidupkan demokrasi yang sihat.

Sebaik sahaja Guan Eng tamat berucap, majlis dikejutkan pula dengan sapaan Dato' Khatijah Ibrahim yang tiba-tiba muncul memberikan ucapan ringkas. Beliau berterima kasih kepada hadirin kerana memilih Khatijah's Kitchen untuk berbuka puasa.

"Datanglah lagi di lain masa," katanya ceria.

Beliau turut memohon izin untuk bergambar dengan Guan Eng sebagai kenang-kenangan. Dan permintaan itu ditunaikan Guan Eng selepas doa dibacakan wartawan Harakahdaily, Dzulfikar Masyhur.

Bukan Kerana Agung, Tetapi Kerana Lim

Oleh Zolkharnain Abidin

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq!

Berdasarkan beberapa sumber, nama Lim Guan Eng memang disebut dalam khutbah Jumaat di masjid tertentu di Pulau Pinang. Walau pun ada pihak yang menafikannya, tetapi penafian itu tidak berfakta berbanding pihak yang mengiakannya.

Nama Lim disebut kerana mendoakannya supaya mendapat petunjuk. Tentulah Khatib itu orang PAS.

Mengapa Umno terkejut dengan doa ini? Kerana, pemimpin Umno termasuk Zahid tidak pernah mendengar khatib Umno mendoakan Koh Tsu Koon semasa beliau menjadi KM dulu.

Sama macam orang DAP baca ayat al-Quran dalam ceramah. Pemimpin Umno bising macam nak meletup dunia. Puncanya kerana pemimpin Umno tidak pernah mendengar pemimpin MCA dan MIC melakukannya.

Bagi sebahagian pemimpin Umno, apa yang mereka tidak lakukan sebelum ini, apabila dilakukan oleh orang lain, itu adalah salah.

Zahid gunakan hujah khatib tidak menyebut nama SPB YDP Agung. Rasanya, ini cuma ‘alasan’ untuk menyalahkan sebutan nama Lim sahaja.

Berlambak khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tidak pula dibisingkan sebagai salah oleh pemimpin Umno. Khatib Umno juga turut melakukan begitu, tidak bising pun.

Maknanya tidak menyebut SBP YDP Agong tidak penting sangat bagi pemimpin Umno, tetapi menyebut nama Lim itu yang salah.

Betul, secara etikanya, tidak menyebut nama SBP YDP Agung dalam khutbah adalah salah. Tetapi itu tidak menjadi salah jika tidak disebut nama Lim. Masalahnya ialah menyebut nama Lim, bukan tidak menyebut nama SBP YDP Agong.

Bagaimana kalau ada khatib yang tidak menyebut nama SBP YDP Agong, tetapi disebut nama Najib pula, adakah itu dikira salah juga?

Secara tidak langsung, doa untuk SBP YDP Agong memang wujud dalam doa untuk semua orang Islam. Tidak dikhususkan sebutan namanya bukan bermakna tidak ada doa untuknya.

Sementara mendoakan orang orang bukan Islam supaya menerima hidayah memang dibenarkan. Nabi pernah mendoakan salah seorang daripada dua Umar agar mendapat hidayah untuk mengukuhkan kedudukan Islam.

Apa kata ulama muda Umno mengenai perkara ini?

Harakah perlu buat program kebajikan

Oleh Polis Pencen

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Semalam saya bercakap dengan seorang kawan lama. Percakapan saya banyak berkisar mengenai perjuangan PAS dan fokus kami kepada Harakah sebagai satu daripada elemen yang penting terutamanya soal-soal kewangan.

Kami bincang perlukan Harakah menubuhkan tabung, sedangkan setakat ini mungkin sudah ada 5 tabung yang dikendalikan oleh harakah. Kami juga bincang sejauh mana keberkesanan tabung-tabung yang sedia ada.

Baik buruk perjalanannya dan kami menjadi penjelasan kepada sesetengah tabung tak nampak "kewibaawaannya" sebagaimana "Kijang Care"

Saya tahu pihak pengurusan harakah juga ada bincang soal tabung yang berbilang-bilang ini dalam mesyuaratnya yang terdekat. Penulisan ini tidak sedikit bermaksud untuk campur tangan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan.

Antara lain yang kami putuskan dalam perbincangan yang tak sepatut ini (dalam ertika lain mengada-gada ini) Harakah perlu menonjolkan diri menjadi jaguh dalam membantu "mangsa" dikalngan masyarakat marhain. Mangsa ini lebih menjurus golongan yang daif yang menimpa kesusahan.

Bila harakah nampak berperanan dalam masyarakat, akan nampak kepentingannya barulah harak boleh diterima oleh masyarakat. Kerajaan pun sukar untuk meperkotak katikkan harakah, nak haramkannya. Tentu sekali golongan "mangsa" ini akan membantu menjadi penghalang.

Duit harakah banyak, daripada dihabiskan di Harakahdaily adalah lebih baik di manafaat di sini. Ya semua orang tahu harakahdaily iklannya hampir puluhan ribu sebulan, tapi kerana diberikan kepada kroni dan kroni yang menguruskannya.

Duit yang banyak tak ada audit yang jelas, akhirnya harakah terpaksa suntik untuk mengerakkannya bagi memberikan gaji yang melibat angka besar kepada "senoir" pengarang yang dibekukan di situ.

Saya malas nak dedahkan lebih, tapi kalau "senior-senior" pengarang main kasar kita akan bongkarkan satu persatu.

Cikgu Pa, Datuk KJ orang yang sepatutnya ditanya. Jangan sampai angka sampai setengah juta baru nak bertindak. Dulu harakah cetak macam tu, hutang tak boleh dipungut lebih daripada 10 juta.

Siapa nak disalahkan kalau hutang yang besar tak boleh dipungut melibat YDP Kawasan pula kerana biasanya pengedaran harakah diberikan kepada YDP Kawasan.

Anda boleh berfkir dengan tulisan kerdil ini apatah lagi tulisan dibulan yang mulia. Jangan sampai parti yang didokongan ini masih menyimpan 'onar'.

http://polispencen.blogspot.com/

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam, Boleh ? Ini Buktinya !

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka.

Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini.

UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?.

Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?.

Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?


Bukti, kain rentang solat hajat dan yassin yang dihalalkan oleh UMNO itu

Inilah dia bukti, betapa kucar-kacirnya Islam Hadhari ciptaaan UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, kini sedarlah kita sikap sebenar pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka hanya Islam ketika waktu-waktu tertentu sahaja, sebaliknya menjadi munafik di waktu lain pula. Apakah pemimpin sebegini boleh diterima oleh umat Islam di negara kita agaknya?. Marilah sama-sama kita buat perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang, agar mereka tahu bahawa politik tidak seharusnya dipolitikkan setiap masa.

Biar mereka tahu kuasa rakyat itu penentunya.[Oleh itu, rakyat perlu bijak melihat segala yang disajikan depan mata kita sekarang ini. Usahlah terpedaya dengan hasutan "Utusan Malaysia Penyebar Fikiran Rakyat" itu. Malah Umat Islam itu sendiri perlu lebih tenang dalam menilai setiap provokasi agama yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini.

Mereka sebenarnya sudah mula terdesak untuk menarik balik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu. Lantaran itulah, apa saja kaedah terpaksa digunakan bagi tujuan tersebut. Malahan, mereka sanggup memalukan diri sendiri dek kerana mahu membuktikan merekalah pejuang Islam sebenarnya.

Walhal kakikatnya Islam UMNO hanya ada pada nama sahaja, pengisiannya jauh panggang dari api. Umat Islam terutamanya generasi muda terus dirosakkan akhlak dan akidah mereka. Itu semua bagi memudahkan agenda supaya mereka melihat Islam itu zalim dan sebagainya.

Akhirnya golongan muda inilah yang akan dijadikan aset untuk mempercayai bahawa UMNO itu membela Islam dan Melayu itu sendiri. Inilah agenda sulit mereka sejak dulu, kini dan selamanya].

Sumber: Pahang Daily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111