" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, September 26, 2010

Ketuanan Melayu UMNO, Ibarat Segerombolan Serigala Menjaga Kambing

Oleh ramziredang

"Mahathir dan UMNO, yang memberi amaran tentang ketuanan melayu, lagaknya sama seperti Amerika. Amerika memberi amaran kepada dunia tentang bahaya nuklear Iran, padahal Amerikalah negara pertama dalam dunia ini yang telah melepaskan bom atom di Hiroshima. Hinggakan ianya mengorbankan apa sahaja yang bernyawa dan kesan kimianya ditanggung hingga berabad lamanya. Belum pernah ada negara lain sejahat Amerika.

Hari inipun Amerika masih membelanjakan USD80 bilion untuk nuklearnya. Tetapi dengan pengaruh dan kuasanya, kejahatannya dihiasi dengan berbagai alasan supaya kelihatan baik dan perlu. Begitulah ketuanan melayu versi UMNO yang kini cuba dimainkan semula oleh Mahathir. Mahathir yang dulu telah menghakis kuasa raja raja melayu, Mahathir yang sama inilah juga hari ini bercakap tentang ketuanan melayu.

Kuasa Raja raja Melayu.

Kuasa raja raja melayu adalah lambang ketuanan sebenar bagi melayu dan kemelayuan. Tetapi pada 30 desember 1992, mahathir dengan megahnya berkumpul dengan ahli UMNO di PWTC, memberi taklimat untuk menghapuskan kekebalan raja raja . Maka Dewan Tun Hussein Onn di PWTC itu adalah menjadi saksi, betapa Mahathir dan haprak haprak melayu (UMNO), memula titik sejarah raja raja melayu dilucut kekebalannya. Kenapa ianya dihapuskan oleh Mahathir? Apakah pernah ada raja raja masuk campur urusan kerajaan? Tentu tidak ada. Tetapi Mahathir ada agenda sulit yang ingin dicapainya. Cuma tampuk kuasanya tidak sepanjang yang dia jangka. Akhirnya dia sendiri didesak oleh ahli partinya supaya meletak jawatan. Maka dengan terpaksa dan muka meleleh mengalir airmata dia terpaksa letak jawatan.

Jadi apa maksud ketuanan melayu pada pandangan Mahathir dan UMNO? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kuasa yang menyeluruh untuk mengikis harta negara dan duit rakyat. Hilangnya ketuanan melayu pada pandangan mamak kutty pembelit ialah bermaksud hilangnya kuasa dan peluang untuk merompak harta negara. Itulah maksud bagi pandangan pemimpin UMNO.

Bertitik tolak dari perangai pemimpin UMNO seperti Mahathir inilah maka timbulnya berbagai peristiwa derhaka terhadap raja yang dilakukan oleh para pemimpin lain UMNO. Contohnya seperti ingin menabal raja di Ketereh oleh Anuar Musa di Kelantan, ingin melantik Tun Ali di terengganu dan juga elemen maki seperti "aku nak deris, NATANG". Ini semua lahir dari penipu besar UMNO yang kononnya mengaku membela ketuanan melayu.

Ketuanan Melayu Dan kemiskinan Melayu.

UMNO sebenarnya tidak pernah membantu melayu keluar dari kepompng kemiskinan. Bermula dari tahun dilancarnya DEB pertama pada tahun 1969-1970, UMNO melihat DEB adalah satu peluang untuk mengkayakan kroni. Maka selepas itulah munculnya semakin ramai ahli korporat dan keparat melayu. Mereka yang muncul ini adalah orang yang ada hubungan rapat dengan PM. Muncullah berita tentang kekayaan anak anak perdana menteri, anak menteri, kroni dan anak kroni. Kenapa anak anak PM boleh kaya? Apakah keluarga PM telah ada harta berjuta juta sebelum jadi PM?

Sungguhpun banyak muncul keparat keparat melayu, namun rakyat marhain masih di belenggu kemiskinan. Kian hari kadar kemiskinan makin tinggi. Malah hasil DEB pula tidak dapat mencapai sasaran 30%. Negeri negeri yang mempunyai majoriti orang melayu menjadi negeri negeri yang sangat miskin seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Malah walaupun Terengganu mempunyai hasil minyak tetapi tahap kemiskinan rakyat terengganu tetap berada di tahap tinggi. Duit hasil royalti dibaham rakus oleh para pemimpin UMNO. Malah pernah ada laporan dari juru audit, dalam perbelanjaan sebanyak 7 billion hasil royalti minyak terengganu selama empat tahun, hanya RM3 billion sahaja yang ada hitam putih perbelanjaannya sementara RM4 billion lagi entah ke mana.

Kini, Kelantan yang majoriti penduduk melayu, negeri melayu, majoriti pemimpin melayu dan sangat miskin, dinafikan pula royalti minyak. Jadi apakah maksud ketuanan melayu di mata UMNO? Jika ikhlas tentang ketuanan melayu, buktikanlah di Kelantan.

Benarkah UMNO Pentingkan Ketuanan Melayu?.

Tidakkah kita bertanya kenapa UMNO berpecah berpuak puak? DiTerengganu ada puak Deris Jusuh dan Matsaid. Di Perlis ada puak Isa Sabu dan puak Shahidan Kasim. Di kelantan ada puak Anuar Musa dan puak Awang Adek. Di selangor ada puak Khir Toyo dan puak Noh Omar. Kenapa mereka sentiasa berpuak puak? Adakah mereka berebut ketuanan melayu? Tidak. Mereka berebut harta rakyat. Sebab itulah mereka tidak dapat bersatu. Menjadi pemimpin adalah peluang mengikis harta rakyat. Maka timbullah saling jatuh menjatuhkan. Saling dengki mendengki.

Malah Perdana Menteri sendiri tidak mampu menyatukan puak puak sebelumnya. Puak mahathir, puak Paklah, puak najib, puak khairy puak mukhriz. Sehingga kiamatpun mereka tidak akan dapat bersatu kerana mereka saling berdendam untuk mengikis harta negara.

Jadi jelaslah mereka ini bukan pentingkan ketuanan melayu. Menyerah tampuk kuasa ke tangan mereka umpama kita menjemput segerombolan serigala menjaga kambing. Saban hari mereka akan berebut untuk membaham kambing seekor demi seekor.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan mereka akan sentiasa ketawa kerana merasakan dalam hati mereka, mudahnya rakyat ditipu oleh mereka.

Terpeliharakah takwa kita?

Oleh Maznah Daud

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat-Nya yang tidak terkira, lebih-lebih lagi nikmat selamat mengharungi dan menghayati Ramadan yang baru berlalu. Kita semua maklum bahawa Ramadan adalah sebuah madrasah yang didirikan untuk menjana sifat takwa dalam diri hamba-hamba yang beriman sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

(Al-Baqarah 2:183)

Orang yang bertakwa atau muttaqin adalah segolongan hamba yang paling istimewa dan paling mulia di sisi Allah ‘Azza wa Jalla. Hal ini ditegaskan di dalam firman-Nya yang bermaksud:

“...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,...”

(Al-Hujurat 49:13)

Orang yang bertakwa juga merupakan golongan yang diperakui berada di atas jalan yang benar dan termasuk dalam golongan mereka yang mendapat kemenangan. Di permulaan surah al-Baqarah, setelah menyebut beberapa ciri yang ada pada mereka yang bertakwa, Allah taala mengakhiri dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Al-Baqarah:5)

Kejayaan dan keberuntungan yang diperoleh oleh mereka yang bertakwa bukan sahaja berupa kejayaan di akhirat. Sebaliknya Allah taala telah menjamin berbagai-bagai nikmat, ‘inayah dan ma’unah semasa hidup di dunia lagi.

Antaranya:

1. Disediakan jalan keluar daripada segala kesempitan dan permasalahan yang melanda dan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak diduga. Firman-Nya bermaksud:

“...dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya...”

(At-Talaq 65: (2-3)

2. Tidak mudah terpedaya hasutan syaitan. Allah ‘Azza wa Jalla akan sentiasa melindungi mereka daripada terjebak ke dalam kesesatan yang cuba diperdaya oleh syaitan durjana. Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

(Al-A’raf 7: 201)

3. Allah akan menampakkan mereka perbezaan antara yang benar dan yang salah. Dengan yang demikian mereka akan terpelihara daripada tergelincir ke lembah dosa dan maksiat. Firman Allah (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”

(Al-Anfal 8: 29)

Selain mendapat anugerah yang begitu besar di dunia, mereka disediakan pula ganjaran yang tidak ternilai hebatnya di akhirat kelak. Ganjaran-ganjaran itu digambarkan dengan cukup indah dan mendamaikan dalam banyak ayat yang terkandung dalam al-Quran.

Antaranya:

1. Diampuni dosa dan diberikan cahaya menerangi perjalanan di akhirat kelak sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kamu dua bahagian daripada rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak) serta diampunkannya dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

(Al-Hadid 57: 28)

2. Disediakan syurga yang indah tidak terkata:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta sebagai balasan daripada Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya).”

(An-Naba’78: 31-36)

Bagaimana memperoleh dan memelihara takwa?

Allah ‘Azza wa Jalla telah menunjukkan jalan bagaimana mencapai takwa dan bagaimana memeliharanya. Sebelum itu, perlu difahami terlebih dahulu apa maksud takwa yang sebenarnya.

Ibn Kathir meriwayatkan bahawa menurut Ibn ‘Abbas radiallahuanhu., orang yang bertakwa itu ialah orang beriman yang memelihara diri daripada syirik dan mentaati Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya.

Al-Hasan al-Basri pula berkata, orang yang bertakwa ialah mereka yang memelihara diri daripada perkara yang diharamkan Allah dan melaksanakan apa yang difardhukannya.

Imam at-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Seseorang hamba itu tidak sampai ke darjat muttaqin sehingga dia meninggalkan perkara yang tidak berdosa kerana takut terjerumus melakukan perkara yang ada dosa”.

Ubai bin Ka’ab r.a. telah membuat satu perumpamaan yang mudah ketika beliau ditanya oleh Umar bin al-Khattab tentang takwa. Beliau bertanya Sayidina Umar, “Pernahkah anda berjalan di suatu jalan yang penuh duri?”, Umar menjawab, “Ya, pernah?” “Lalu, apa yang anda lakukan?” Umar menjawab, “Saya menyinsing kain dan melangkah berhati-hati.” “Maka, itulah dia takwa!”

Maka takwa adalah langkah menjauhkan diri daripada larangan Allah dan berusaha sedaya mampu melaksanakan suruhan-Nya.

Antara jalan untuk mencapai takwa adalah:

1. Berpuasa seperti yang termaktub dalam surah al-Baqarah ayat 183.

2. Menerima dan mengikuti ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Firman Allah bermaksud:

“Dan orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayat petunjuk serta memberi mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa.”

(Muhammad 47:17)

3. Menghayati ciri-ciri orang yang bertakwa. Ciri-ciri mereka dinyatakan dalam beberapa ayat. Antaranya terkandung dalam surah az-Zariat yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ditempatkan dalam beberapa taman syurga, dengan mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

(Az-Zariat 51:15-19)

Mudah-mudahan peringatan yang serba ringkas ini dapat membantu kita mencapai takwa dan sentiasa memeliharanya. http://www.malaysiaharmoni.com

Ijtima’ Tarbawi Peringkat Kebangsaan ‘10

Oleh Ust.Nik Abduh

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mengadakan program Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 bermula 1 hingga 3 Oktober 2010 bertempat di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Program tarbawi perdana yang julung kali diadakan sejak sekian lama ini dijangka akan dapat menghimpunkan ribuan jentera pemuda PAS dan pendukung gerakan Islam dari seluruh negara.

Program ijtima' perdana ini adalah bermatlamat menggerakkan pemuda untuk memahami tanggung jawab membina kekuatan PAS melalui tarbiyah dan sistemnya yang jitu. Ia juga bersempena dengan pindaan perlembagaan PAS terbaru yang telah memberi ruang dan melibatkan jentera pemuda di peringkat kawasan ke dalam program kemuncak parti iaitu muktamar tahunan. Program ijtima' akan membantu jentera kawasan di seluruh negara untuk memahami dan menilai peranan dan tanggung jawab masing - masing.

Melalui program 3 hari 2 malam ini, DPPP mensasarkan kehadiran sekurang - kurangnya 20 orang jentera pemuda setiap kawasan selain jenteranya di peringkat pusat dan negeri. Jangkaan kehadiran lebih 3000 orang jentera pemuda ini pula akan dihangatkan lagi dengan jemputan umum, terutamanya kepada seluruh pemuda PAS seluruh negara yang berminat untuk menyertainya.

Jemputan khas juga disasarkan kepada seluruh pelajar daripada universiti dalam dan luar negara. Tidak ketinggalan, kehadiran peserta daripada Dewan Muslimat, terutama daripada unit NISA'nya dijangka akan memperkasakan lagi program besar ini.

Justeru adalah dijangkakan, program yang akan melibatkan penyertaan hampir keseluruhan kepimpinan utama PAS ini mampu menghimpunkan lebih 5 ribu orang peserta dari seluruh negara.

Sehingga kini, hampir 20 orang pimpinan PAS telah menyatakan kesanggupan untuk bersama pemuda dalam program ijtima' tersebut. Di antara kehadiran utama yang akan turun menyampaikan amanat dan wasiat tarbawiyah tersebut adalah Al Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib - Naib Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama, Ketua Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS selain kepimpinan tarbiyah utama PAS seperti al fadhil Dato' Dr. Haron Din dan al fadhil Ustaz Dato' Haji Yahya Othman.

Lebih memeriahkan, ijtima tarbawi ini dijangka menerima kunjungan tetamu daripada gerakan Islam daripada timur tengah.

Di antara agenda menarik yang telah disusun untuk memeriahkan dan mengoptimumkan hasil tarbawi melalui program ijtima' ini adalah siri kuliah talaqqi kitab Tafsir al Tibyan syarah surah al Hujuraat oleh pengarangnya sendiri iaitu Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. Kitab tersebut yang kini dalam proses ulang cetak sempena program ijtima tersebut telah diberi kata pengantar oleh al fadhil Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat.

Selain itu, program forum, pembentangan, ceramah tarbawi perdana, solat dan bacaan al ma'thurat berjamaah dan lain - lain lagi dijangka akan memeriahkan lagi isi perhimpunan ala mukhayyam perdana tersebut.

Pengarah program ijtima', Ustaz Haji Azman Shapawi dan Akademi Tarbiyah DPPP yang diberi tugas utama menjayakan program ini ingin merakamkan harapan kepada seluruh jentera pemuda di seluruh negara untuk memastikan kejayaan program ini dengan kehadiran penuh dan komitmen yang tinggi terhadapnya. Semoga Allah memberkati.

Disediakan Oleh

Ust.Nik Abduh
Pengerusi Akademi Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Pusat

Dato Zaid, Jangan Bawa Biadap Umno Ke Dalam Parti

Oleh: WFAUZDIN NS

MUNASABAHKAH seseorang ahli parti apatah lagi baru `dua hari' memasuki parti menggelar bosnya berjawatan Timbalan Presiden sebagai `nyanyuk'? Jika ada berlaku sekali pun, mungkin dari kalangan ahli yang tidak berpelajaran atau sememangnya berniat jahat untuk menghancurkan parti. Itulah yang dilakukan oleh calon Timbalan Presiden PKR iaitu Dato Zaid Ibrahim. Betul atau tidak, anda boleh baca kenyataan yang dikeluarkan di Malaysiakini semalam.

Adakah kerana Dr Syed Husin Ali menegur atau mengkritik beliau tanpa serangan peribadi yang kotor maka Dato Zaid perlu melawannya secara jijik dan kotor tanpa sedikit pun rasa hormat kepada Timbalan Presiden nya sendiri? Belum pun Dato Zaid dipilih sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau telah menunjukkan ego, sombong dan berperangai biadab. Nampaknya Dato Zaid belum pulih sepenuhnya dari `najis' yang dibawa ketika beliau berada di dalam Umno. Saya percaya Dato Zaid di dalam keadaan tertekan sekarang kerana beliau ditinggal jauh oleh YB Azmin di dalam pencalonan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi mengapa beliau melepaskan geram penuh emosi tanpa menggunakan akalnya terhadap Dr Syed Husin?

Sebelum ini Dato Zaid menyebut juga bahawa Presiden PKR sekarang umpama `boneka' di dalam parti. Satu kenyataan memperlekehkan DS Wan Azizah. Beliau juga menyebut bahawa DS Anwar selaku Ketua Umum merupakan satu jawatan yang tiada di dalam Perlembagaan Parti maka hakikatnya DS Anwar adalah `ahli biasa' sahaja di dalam parti. Memang benar, Ketua Umum adalah jawatan yang tidak termaktub di dalam parti, tetapi melabelkan DS Anwar bagai `ahli biasa' adalah satu kenyataan yang bersifat ego dan tidak beradab. Melucukan pula, beliau berjanji akan mengembalikan `kuasa' Presiden Parti jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden Parti nanti. Lojikkah seorang Timbalan akan memberi kuasa kepada Presiden?

Sebab itu sebelum ini saya menulis adalah lebih baik Dato Zaid bertanding merebut jawatan Presiden agar dapat merasakan benar atau tidak Presiden PKR itu hanyalah `boneka'. Jika sudah Presiden itu `boneka', apa lagi yang mahu diharapkan kepada Timbalan Presiden? Selama ini PKR mampu menguasai politik tanahair dengan dasar yang jauh lebih baik dari Umno dipimpin oleh `boneka'? Jika Presiden `Boneka' dan Ketua Umum pula `ahli biasa' sahaja, maka siapa yang selama ini berkuasa mengurus parti hingga ke tahap ini?

Saya amat setuju dengan nasihat dari YB Azmin agar Dato Zaid menarik balik kenyataannya itu. Jika terbukti beliau melakukan kerja biadab seperti itu, parti mestilah bertindak tegas untuk mengambil tindakan ke atas Dato Zaid kerana menghina Ketua Umum, Presiden dan Timbalan Presiden. Mungkin Dato Zaid sememangnya mahu parti mengambil tindakan ke atasnya untuk meraih simpati kununnya suara beliau disekat dan akhirnya beliau akan menjadikan alasan untuk melompat dari parti atau menanti untuk dipecat. Mungkin cara YB Zul Kulim cuba dilakukan oleh Dato Zaid.

Jika inilah sikap Dato Zaid, sememangnya beliau tidak layak menjadi ahli PKR jauh sekali untuk kita pilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Bayangkan jika beliau berada di kerusi Nombor Dua, apakah yang akan dilakukan oleh Dato Zaid nanti. Sedangkan sekarang beliau belum memegang jawatan tinggi di dalam parti pun beliau sudah menunjukkan sikap kurang ajar dan biadapnya terhadap Ketua Umum dan Presiden Parti.

Saya mendoakan agar parti ini dijauhkan dari orang seperti ini yang sentiasa merasakan dirinya besar, ego dan sombong. Orang seperti ini jika ada di dalam parti pun `tidak menambah' dan jika keluar dari parti `tidak mengurangkan'. /wfauzdin.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111