Faktor peranan media, taktik ugut dan sogokan dikenalpasti taktik utama BE END dalam mana-mana pilihanraya . Orang Melayu seolah-olah tidak kisah nasib bangsanya yang semakin jauh dengan Islam. Mereka lebih gemar berhibur dan menolak majlis ilmu. Kalau di Johor setiap malam Jumaat , Yassinan hanya dijadikan rutin mingguan, makan dan minum jadi agenda tanpa menghayati kandungan surah Yasin itu sendiri. Maaf kiranya ada Melayu Johor yang tersinggung tetapi inilah realiti semasa di Johor. Kalau majlis kenduri kendara karaoki menjadi agenda wajib semasa majlis berkenaan. Tiada ayat-ayat yang mengingati Allah di perdengarkan. Inilah wajah Melayu Johor. Meminjam kata-kata Abang Mat Sabu dulu, orang UMNO Johor ini..darah depa CAP KERIS tu yang agak payah sikit nak ubah minda mereka sekarang.
Masyarakat Melayu juga tidak menghiraukan apa sahaja yang berlaku dalam negara , isi kenaikan harga barangan , bebanan yuran persekolahan anak-anak, kenaikan harga minyak dan beberapa perkara seperti Tarif elektrik yang dijangka akan naik semuanya dibuat tidak kisah. Selain itu is-isu nasional juga tidak diendahkan oleh orang Melayu kampung .Lihat isu Kugan dan Beng Hock bagaimana bangsa lain sangat sensitif isu kezaliman ke atas bangsa mereka. Tetapi dalam kes adik Aminulrashid hanya kelibat para pemimpin Melayu dari PR yang bersuara.
Orang Melayu juga tidak peka permasalahan sekeliling seolah-olah duduk bawah tempurung. Mereka tidak menjadikan kejatuhan kerajaan Tunisia sebagai contoh menentang kezaliman kerajaan sekarang. Kuasa undi Melayu tidak digunakan sepenuhnya. Cukup sekadar terima dua atau tiga ratus atau habuan-habuan sementara untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Orang Melayu juga buat tidak kisah bila isteri Pi Em kita berbelanja sakan masa melancong/melawat luar negara. Orang Melayu juga tidak kisah bila Isteri pemimpin mereka tidak menutup Aurat.
Lihat masyarakat Cina, mereka sangat bijak berpolitik apa sahaja yang kerajaan buat semua mereka dapat tetapi undi bukan untuk dibeli. Inilah bezanya maruah bukan melayu dan orang Melayu.
Kepada pihak pimpinan PR pula usaha berterusan untuk menembusi kawasan-kawasan Melayu harus dilakukan bagi memastikan cita-cita untuk menumbangkan rejim zalim Be End ini menjadi kenyataan. Lakukanlah yang terbaik di negeri-negeri dibawah pimpinan PR seperti Kedah, Penang, Kelantan, Selangor. Apa sahaja aktiviti yang melibatkan kebaikan orang Melayu haruslah ditonjolkan dan dalam masa yang sama masyarakat bukan melayu tidak harus ketepikan.
Orang Melayu kena cepat-cepat diberik buku jingga agar mereka sedar matlamat kerajaan PR yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada. Semoga orang melayu akan berubah dan tidak harus bergantung pada Be End. Semoga pimpinan PR dapat menerobos minda melayu yang penuh dengan daki atau karat biru.
Semoga segala usaha PR akan beroleh kejayaan kelak Insyaallah.Semoga orang Melayu tidak akan layu .
No comments:
Post a Comment