"Pernahkah kita tahu bahawa cara kiraan antara penyamun s.samsudin dan aziz satar didalam cerita nujum pak belalang itu mempunyai maksud yang tersirat dan membongkarkan bagaimana harta-harta negara diagihkan dengan cara kiraan yang hanya mereka sahaja yang mamahami. P ramlee tidak 'melukis' senario' penyamun mengira jumlah keuntungan itu sebagai setakat jenaka biasa sahaja malah jauh tersirat disebalik lawak tersebut. Mari kita kaji kehalusan kerja-kerja beliau didalam dialog tersebut dan bagaimana dialog itu sebenarnya menggambarkan negara kita diuruskan mengikut cara penyamun.
1- Kita lihat pertamanya bagaimana penyamun tersebut membawa hasil rompakan kedalam sebuah gua yang orang ramai tahu disitu ada gua.Disini menggambarkan bahawa harta-harta negara telah di'rompak' dengan cara yang kelihatan 'mengikut procedure' ditempat yang semua orang tahu bahawa disitu memang tempat orang 'merompak' habuan untuk diri sendiri dengan kuasa yang ada pada mereka. Bagaimana kita lihat projek kapal selam yang menelan belanja biliion RM dan disebaliknya tterdapat pemberian komision bernilai ratusan juta untuk diagihkan kepada 2, 3 orang yang berkuasa.
2. Baju yang dipakai oleh S. Samsudin terdapat berbentuk bulat berwana putih padanya. Disini jelas menggambarkan bahawa rezeki bagi pemimpin-pemimpin diatas sana memang selalu datang bergolek-golek. Dengan kuasa yang ada pada mereka, tiada apa yang bermain difikiran mereka melainkan bagaimana untuk 'meluluskan' duit didalam tabung perbendaharaan negara untuk diagihkan secara terhormat tanpa memikirkan rakyat marhain yang 'mati' kelaparan. Kelihatan idea pemimpin kita seperti ingin membantu rakyat dengan dibuat projek kemudahan awam dan sebagainya, tetapi disebalik projek itu proses rasuah menjadi sebahagian daripada kos-kos yang terlibat.
3. Dialog 'mari kita bahagikan wang ini samarata'. Adakah wang itu yang dikutip daripada kocek-kocek rakyat akan dibahagikan sama rata diantara rrakyat dan kerajaan?Semua itu adalah pembohongan yang besar. Percayalah bahawa wang yang dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan itu tidak dibahagikan samarata kepada kita sebagai rakyat pembayar cukai. Projek yang bernilai RM1 billion (contoh),kos sebenar adalah lebih kurang RM700 juta. RM300 juta adalah wang pelincir yang dikongsi 4 atau 5 orang diatas sana tanpa kita semua ketahui.Bayangkan kos RM700 (contoh hospital) akan kita kongsi faedahnya oleh penduduk disekitar mungkin berjumlah puluhan ibu orang secara percuma ataupun bayaran yang minima. Samaratakah wang kita kongsi dengan 'mereka' diatas sana?
4. Ketika Aziz Satar ingin mula mengira jumlah hasil rompakkan'mereka, perkara pertama yang Aziz lakukan adalah mengambil tengkolok raja dari atas kepala S. Samsudin. Apa simboliknya senario tersebut? Disini P.Ramlee cuba menonjolkan kisah benar bagaimana kisah pemimpin kita 'merompak' hasil negara ketika mereka sedang berkuasa tanpa rasa sedikitpun berdosa. Pelbagai helah yang mereka lakukan untuk mengaut hasil negara dan dikongsi sesama mereka dan yang berada dekat dengan mereka. Dengan pangkat yang diberi oleh rakyat dalam bentuk undi mahupun taraf yang tersedia untuk nya disebabkan keturunannya, mereka gunakan sepenuhnya kuasa itu untuk keseronokkan mereka sendiri dan lebihannya adalah untuk kita semua.
5. Setelah kiraan yang Aziz lakukan itu lambat dan leceh, maka sudin pun merungut dan minta untuk dikira semula dengan cara dia. Sebelum kiraan oleh sudin, maka diambilnya semula tengkolok dari Aziz dan barulah dia mengira dengan cara tersendiri. Disini memperlihatkan bahawa disebabkan oleh duit dan habuan kemewahan, golongan-golongan pemimpin dan keturunan itu bertelagah sesama mereka demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Bagi mereka kuasa tidak berapa penting, ianya boleh diganti-ganti, sekejap parti memerintahkan raja dan sekejap Raja memerintahkan parti. Jadi siapa raja dan siapa parti memerintah tidak penting, yang terlebih pening siapa yang berkuasa 'merompak' dahulu dikira dialah yang berkuasa. Banyak projek-projek awam terbengkalai mahupun runtuh ataupun rosak disebabkan kegilaan pemimpin ini merebut habuan mereka secara rakus.
6. Obor api yang dipegang oleh salah seorang dari mereka itu memperlihatkan kerjasama diantara pemimpin dan pemerintah dalam mengaut apa yang boleh diantara mereka. Pegang api pun dapat habuan, pakai tengkolok raja pun dapat habuan.
7. 'Tiga untuk kau, tiga untuk aku,lepas tiga apa?,hentam sajalah..hentam sajalah untuk kau,hentam sajalah untuk aku'. Menggambarkan bahawa diantara dua kelompok yang dimaksudkan diatas tadi mereka mengira habuan mereka mengikut kalkulator yang dicipta mereka sendiri.Bagaimana projek 'jambatan serong' dibatalkan sebegitu sahaja dan pihak kerajaan boleh membayar ganti rugi yang berjumlah hampir sama dengan harga jambatan itu disiapkan tanpa sebarang rasa kerugian.Adakah duit yang dibayar itu duit 'atuk' dia ataupun duit atuk kita dan pihak kerajaan membayar ganti rugi itu dengan wajah yang tersenyum. Mengapa mereka tersenyum? Kerana tengkolok raja berada diatas kepala mereka...
8.Semakin lama sudin membahagikan harta rompakkan itu semakin merapu kiraan yang disebutnya. Sehingga menjadikan keduanya mula bertegang leher.Dan begitulah mereka cuba berlawan sesama mereka demi mengaut seberapa banyak hasil yang boleh.Dengan gaji sebagai CEO air sebanyak hampir RM5juta setahun,rakyat diperah lagi dengan cadangan kenaikkan sebanyak 37% tarif air di suatu negeri.Tarif ini dipersetujui diantara parti lama dengan syarikat baru.Apabila parti baru mula mengambil kuasa,mulalah ungkit mengungkit diantara syarikat ini dengan pemerintah baru disebabkan perjanjian dengan parti yang lama. Itu sebabnya kiraan sudin makin lama makin merapu kerana keuntungan yang sepatut dia dapat kini terpaksa ditahan. Mulalah panas hati dan mula ingin 'bergaduh' dengan parti baru demi untuk mengekalkan gaji yang cukup lumayan itu.
9. Sedang mereka mengira keuntungan dengan keadaan yang 'panas',tetiba pak belalang datang sambil berkata 'alahai lah badan, esok pagi akan bercerailah badan dengan nawa'. Menggambarkan bahawa jika proses mengaut harta negara dijadikan agenda utama pemimpin dan pemerintah negara,maka tunggulah kuasa rakyat yang akan menentukan nasib mereka baik ketika mereka berkuasa mahupun mereka disepak terajang keluar dari pusat pemerintah negara.Dengan slogan 'kita akan mempertahankan putrajaya dengan apa cara sekalipun' adalah kerana mereka takut bahawa mereka tidak lagi boleh mengagih-agihkan harta negara kepada mereka lagi dan rahsia kejahatan mereka pasti akan terbongkar bila mereka ditendang keluar dari kerusi empuk milik rakyat itu.
10. 'Sultan tidak akan mengapa-apakan kalian berdua'... Disini memperlihatkan bahawa jika pemimpin boleh memberi apa-apa yang disukai oleh pemerintah, pastinya mereka akan diampun dan tidak akan diambil tindakkan walaupun parti baru yang akan memerintah nanti cuba untuk membongkarkan segala kejahatan mereka.Kita yang menghormati raja dan sultan amat takut kehilangan mereka sepertimana yang berlaku diIndia mahupun di China. Dahulu India dan China yang terkenal dengan sistem pemerintahan beraja yang pelbagai rupa akhirnya menjadi republik tanpa sebarang raja yang berkuasa suatu ketika dahulu. Adakah kejadian ini disebabkan raja tersebut sudah malas nak jadi raja ataupun raja ini dihalau oleh rakyat disebabkan kerakusan yang melampau-lampau?
'Nujum pak belalang pak nujumlah temberang'
Begitulah tajam nya fikiran sAudara kita P Ramlee dalam berkarya dan dalam mengkritik.Penuh seni dan sungguh tepat maksud yang tersirat.
Semoga Allah mengampuni beliau dan kita semua.
Md Daud Yusri AlHutan Melintangi

No comments:
Post a Comment