" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, January 4, 2011

PENJELASAN DAN NASIHAT KEPADA USTAZ ZAHARUDDIN MUHAMMAD

Sebelum berusrah bersama dengan kehadiran dua orang pimpinan PAS, iaitu Abang Mat Sabu dan peguam hanifa Maidin, ana mendapat satu SMS dari seorang teman yang bertanya tentang orang yang bernama Azharuddin Mat Said. Ana membalas SMS itu, menyatakan bahawa orang itu adalah ustaz Zaharuddin Mohammad, menantu presiden PAS yang ana tulis tentang beliau dalam article yang lalu.

Ana dimaklumkan, bahawa ada satu article yang ditulis oleh orang yang bernama Azharuddin tersebut, bagi menjawab tulisan ana tentang Menantu presiden itu dalam lamanweb Tranungkite, sebuah lamanweb ramai menyifatkannya sebagai Lamanweb Propaganda UG [Kerajaan perpaduan].

Ana membuka lamanweb terbabit, dan membaca satu article yang bertajuk "penjelasan dan nasihat terbuka kepada Ustaz Wan Ji". Membaca tajuk, sudah menyebabkan ana tersenyum. Hati kecil ana berkata, "sudah dijangka, Ustaz Din akan menjawab juga".

Cuma, persoalan ana adalah, mengapa article yang ana tulis sejak 31 Disember itu, pada 3 Januari baru dijawab. Ia mengambil masa hampir 3 hari. Mungkin factor kesebukan, atau analisa terhadap article ana, menyebabkan beliau agak lambat menjawab.

Melihat article yang begitu panjang, menyebabkan ana malas hendak membacanya. Tetapi disebabkan mahu mengetahui juga penjelasannya, maka ana gagahkan untuk menghabiskan semua kandungan articlenya itu.

KERAGUAN DAN JAWAPAN

Di sini, ana akan akan paparkan beberapa keraguan yang dikemukakan oleh ustaz Zaharuddin, kemudian disertakan dengan jawapannya – Insya Allah.

PERTAMA:

Beliau membuat tuduhan bahawa saya punca beliau dituduh SB. Beliau berkata: Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad. Setakat perkataan ‘dipercayai' masih tidak konkrit untuk menuduh saya sebagai punca tuduhan tersebut.

Setakat "dipercayai", kemudian menyebarkan dalam blog dianggap menyebarkan perkara dusta. Sabda nabi SAW bermaksud: cukuplah seseorang melakukan pendustaan (paling minimum) dengan menceritakan semua perkara yang didengari (tanpa diperiksa).

JAWAPAN:

Ustaz Zaaharuddin yang dimuliakan,

Jika dibaca balik dari article tulisan ana, apa yang dinyatakan, bukan bermaksud ana menuduh tuduhan Azlan sebagai SB itu datang dari ustaz Zaharuddin, tetapi tuduhan itu datang dari ustaz Nasir Zakaria, MP Padang Terap. Tetapi, ia dipercayai oleh Zaharuddin. Ana menggunakan ayat "dipercayai oleh ustaz Zaharuddin", bukan "dipercayai dari Ustaz Zaharuddin". Sudah pasti, dua makna yang berbeda.

Malahan, article ana itu, dikukuhkan dengan beberapa sifat dan perangai MP padang terap itu apabila ada pihak yang berlawan dengan beliau.

Tulis ana dalam blog;

"Azlan mula dituduh sebagai SB oleh Nasir. Memang modus Operandi Nasir ini sama ketika berhadapan dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Jika dahulu, dituduh seorang muslimat pusat sebagai “seperti pelacur”, sambil menunjukkan sesuatu SMS yang dia berbalas-balas sesama mereka. Begitujuga, sebilangan pemuda-pemuda PAS yang tidak bercanggah fikrah dan tindakan dengannya, amat mudah dilebelkan orang itu sebagai SB"

KEDUA:

Isu Azlan kononnya diperangkap: Dakwaan seperti Azlan di soal macam siasatan polis, HP beliau dirampas adalah tidak benar sama sekali. Ustaz Wan Ji perlu mendengar kedua belah pihak sebelum membuat justifikasi. Apa yang difahami daripada tulisan beliau, justifikasi negatif tentang perangkap tersebut hasil daripada cerita Azlan seorang sahaja. Pernahkah Ustaz Wan Ji mendengar cerita daripada kedua-dua belah pihak, terutamanya daripada pihak PAS Kawasan Subang sendiri?

Pernahkan Ustaz Wan Ji mendengar rakaman tuduhan Azlan terhadap Abang Ibrahim, Pengurus MTD yang dituduh melesapkan duit peruntukan kerajaan Selangor sebanyak puluhan ribu. Pada waktu itu, saya selaku Pemangku YDP kawasan sememangnya perlu mengambil tanggungjawab di atas tuduhan berat tersebut.

Siapa nak siasat kalau tak Kawasan Subang? Takkan nak pecat Abang Ibrahim hanya dengan tuduhan Azlan seorang? Salahkan PAS kawasan Subang menyiasat dengan memanggil Azlan sendiri justeru beliau adalah pendakwa? Jika penyelewengan benar-benar berlaku maka Abang Ibrahim perlu dipecat, jika tidak beliau perlu dibela dan dibersihkan nama, bukan pembersihan nama beliau sahaja, tetapi nama PAS Kawasan Subang sendiri.

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

SATU;

Mengapa ana menganggap ia sebagai perangkap? Kerana, jika benar terbukti azlan bersalah sekalipun, ia tidak seharusnya dilakukan seperti berikut;

[1] Azlan tidak mendapat sebarang surat rasmi untuk hadir siasatan yang dilakukan.

[2] Azlan tidak ditelefon terus oleh pimpinan PAS kawasan, tetapi ditelefon oleh Saudara Azwandi, seorang pemuda PAS Kawasan.

[3] Semasa telefon tersebut, Azlan diminta hadir tanpa dimaklumkan bahawa diminta hadir itu adalah tujuan "siasatan".

[4] Azlan berkali-kali menyatakan bahawa HP dia dirampas oleh pihak penyiasat seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Soalnya, kenapa PAS kawasan melakukan siasatan "ala-gangster"?

Mungkin ustaz Zaharuddin sudah lupa, bagaimana beliau itu bertindak terhadap empat orang yang couple yang kita kejar pada satu malam; dari Ibu Kota sampai ke Sungai Buloh dengan mendakwa kita sebagai Jabatan Agama Islam Selangor?

Ana bukan mempertikaikan tugasan amar ma'ruf dan Nahi mungkar yang sudah menjadi tanggungjawab setiap mereka yang melihat kemungkaran, tetapi yang ana mahu kemukakan disini adalah, ana dapat melihat bagaimana gelagat Ustaz Zaharuddin dalam melakukan tekanan kepada budak-budak yang melakukan dosa pada malam itu.

Juga, Mungkin ustaz Zaharuddin lupa, bagaimana perangkap yang Ustaz Zaharuddin telah lakukan terhadap seorang paderi yang berusaha hendak memurtadkan satu keluarga miskin di Cheras. Bukan focus ana pada usaha memberhentikan usaha murni, iaitu menyelamatkan aqidah sebuah keluarga miskin itu, tetapi pada hari itu, ana dapat lihat, bagaimana perancangan dan plan perankap yang disediakan oleh Ustaz Zaharuddin untuk memerangkap Paderi tersebut bertempat di seksyen 8, Kota Damansara.

Jadi, atas pengalaman itu, ana tidak menolak kemungkinan bahawa Ustaz Zaharuddin lakukan tindakan yang agak sama terhadap Azlan seperti yang diceritakan.

DUA;

Ana menerima, sekiranya Azlan terbukti bersalah, maka dia hendaklah dihukum. Tetapi, yang ana pertikaikan adalah, hak sebagai orang yang didakwa juga perlu dipelihara.

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
"maka hendaklah diberikan hak kepada orang yang berhak"

[Al-Bukhari : 5674]

Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Ustaz Zaharuddin pada malam itu benar-benar memberikan hak kepada Azlan, waima dia bersalah sekalipun? Sedangkan polis pun, jika mahu menangkap seseorang yang bersalah pun, perlu ada waran tangkapan. Bukankah begitu?

TIGA;

Selepas dari kejadian itu, ana dimaklumkan bahawa Azlan telah berpakat untuk melakukan saman terhadap ustaz Zaharuddin terhadap tindakannya pada malam itu. Tindakan itu, ana tidak bersetuju, dan mencadangkan kepada Azlan agar membatalkan hasratnya.

EMPAT;

Hukuman yang terkena pada Abang Ibrahim, Ana juga tidak bersetuju. Ini kerana, ana tahu bagaimana kesungguhan Abang ibrahim dalam menyelesaikan masalah JPD ketika itu, sehingga terpaksa menggunakan duitnya sendiri. tetapi, ia tidak boleh dijadikan sebab kita melakukan tindakan yang luar dari kawalan, sehingga menafikan hak Azlan.

Pada ana, Islam menjaga hak semua pihak. Ekoran itu, tidak hairan kita akan baca kisah saidina Ali dalam kes baju besi dengan seorang Yahudi. Yang mana, bagaimana pembuktian yang tidak cukup menyebabkan baju besi Saidina Ali terpaksa diputuskan oleh Syuraih Al-Qadi agar diberikan kepada si yahudi yang mencuri. [tarikh Al-Khulafa' : 75]

KETIGA:

Pihak Dewan Harian telah memanggil beliau atas nama Dewan Harian bagi meminta penjelasan tentang dakwaan beliau sebagaimana di dalam rakaman. Ringkasnya, beliau tidak dapat memberi penjelasan kepada Dewan Harian. Walau bagaimanapun, kes ini dianggap selesai, khususnya selepas dibuat penerangan audit di markaz U5 kepada jentera PAS kawasan yang memang tidak dihadiri oleh Ustaz Wan Ji dan Azlan sendiri.

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Ana harap, penulisan ustaz Zaharuddin dalam article ini yang mendedahkan keputusan Dewan harian dalam internet, tidak dikenakan tindakan disiplin PAS Pusat, sepertimana Khalid Samad dikenakan tindakan disiplin oleh PAS Pusat sebelum ini, dengan tuduhan bahawa kononnya beliau mendedahkan laporan mesyuarat dalam blog beliau [Sori. Ini sebagai gurau sajerr. :D]

KEEMPAT:

Yang saya hairan, kenapa Ustaz Wan Ji boleh menerima berita yang dibawa oleh Azlan bulat-bulat dan terus bertindak untuk tidak mahu menemui saya dan meletakkan syak wasangka yang bukan-bukan. Saya sedikitpun tidak mengetahui bahawa Ustaz Wan Ji juga berpihak dalam kes ini sehinggalah saat beliau menceritakan pertemuan beliau dengan Azlan dalam artikel tersebut.

Saya lagi tak sangka Ustaz Wan Ji sedangkal itu apabila boleh menerima berita besar dengan semata-mata cerita seorang individu di kedai kopi di tengah malam. Saya ingin bertanya, patutkah dengan hanya mendengar berita Azlan seorang sahaja Ustaz Wan Ji terus meletakkan wasangka dan membuat pendirian?

Di mana beliau meletakkan firman Allah SWT: Jangan kamu membuat pendirian terhadap sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu kerana sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu akan disoal di hadapan Allah SWT?

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Bagaimana ana hendak mempercayai Ustaz Zaharuddin, sedangkan banyak perkara yang diungkapkan oleh beliau meragukan ana. Antara tindakan ustaz zaharuddin yang menyebabkan hilangnya siqah ana kepada beliau adalah seperti berikut;

Satu;

Semasa berlaku PRU ke 12 yang lalu, bagaimana Ustaz Zaharuddin boleh mempertahankan Ustaz Ridhwan ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan yang banyak melakukan masalah dalam PAS diperingkat kawasan sebagai calon.

Malahan, setelah ustaz Ridhuan Ismail ditetapkan oleh PAS Kawasan sebagai Calon pun, banyak rungutan dari pihak veteran PAS di peringkat kawasan yang tidak berpuas hati. Sebagai contoh, semasa ustaz Ridhuan ismail telah dicalonkan oleh PAS Kawasan, ustaz Ridhuan telah berjanji untuk hadir untuk hadir satu majlis kematian di Bandar baru Sungai Buloh, tetapi sehingga pengkebumian pun, ustaz Ridhuan tidak hadir.

Ekoran itu, ramai dari kalangan veteran PAS Kawasan mula tidak bersetuju, sehingga berlaku satu mesyuarat yang membincangkan perkara ini. sedihnya, ramai yang mengambil sikap berkecuali, tetapi ustaz Ridhuan Ismail tetap dipertahankan oleh ustaz Zaharuddin.

Atas alasan apa yang dipertahankan?

Dinyatakan, bahawa tidak dinafikan bahawa memang wujud kelemahan pada ustaz ridhuan ismail, tetapi dinyatakan kelebihan-kelebihan yang ada pada Ustaz ridhuan, walhal jika mahu dibandingkan antara kelebihan dan kelemahan itu, kelemahan itu lebih banyak berbanding kelebihan. Namun, ia tetap dipertahankan oleh Ustaz Zaharuddin.

Dalam Firman Allah SWT pun, Allah SWT mengakui bahawa arak itu ada kelebihan, tetapi memandangkan kelemahan atau keburukan lebih besar, maka Allah SWT tetap mengharamkan arak secara keseluruhannya, sehingga sedikit pun diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

Maksdunya;
"Mereka bertanya kepada kamu [wahai Muhammad] berkenaan arak dan judi. Katakanlah, pada kedua-duanya ada dosa yang besar, dan ada manfaat kepada manusia. [tetapi] dosa kedua-duanya lebih besar berbanding manfaat kedua-duanya"

[Al-baqarah : 219]

Ana sendiri didatangi oleh sebilangan veteran PAS kawasan yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dipertahankan oleh Ustaz Zaharuddin itu pada malam itu. Mereka datang, kerana memaklumkan hal tersebut dalam keadaan sedih, kerana ia tidak pernah berlaku dalam PAS Kawasan Subang sebelum ini.

Dua;

Ustaz Zaharuddin yang sebelum ini banyak melakukan berbagai kritikan terhadap UMNO, tetapi Ustaz Zaharuddin adalah antara pendokong tegar idea kerajaan perpaduan.

Mungkin ustaz Zaharuddin akan mendakwa bahawa kerajaan perpaduan itu adalah gabungan antara parti-parti yang ada di Malaysia. Tetapi soalnya, kenapa sebelum ini lahir pertemuan sulit yang dinafikan diperingkat awal, tetapi diakui sendiri pimpinan yang terbabit selepas diakui berlaku pertemuan sulit oleh Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia ketika itu?

Tiga;

Semasa berlaku agak "gegak gempita" dengan "polisi Ustaz Zaharuddin" tentang pasar malam, yang "mengharamkan" mengutip duit pengurusan sebarang RM 2 [kalau tidak salah ingat] dari peniaga. Diceritakan bahawa Ustaz Zaharuddin melakukan dua perkara;

[1] ustaz Zaharuddin menelefon Ustazah Maryam, dan melakukan tindakan yang disifatkan seperti mengherdik, sehingga ustaz Zaharuddin bertanya, "Ustazah hendak wala' kepada ana, atau nak wala' kepada MBSA?". Tindakan itu, melahirkan kemarahan oleh suami Ustazah Maryam sendiri.

[2] Ustazah maryam menyatakan bahawa Ana tidak ada masalah dalam perkara ini, walhal ana juga terlibat dalam tindakan bersama-sama ustaz Zaharuddin di pasar Malam Kota Damansara. Diberitahu, bahawa Ustaz Zaharuddin menafikan penglibatan ana di pasar malam Kota Damansara.

[3] bagaimana Ustaz Zaharuddin yang dilihat tidak berpuas hati dengan kemenangan Haji Misni sebagai YDP PAS Kawasan Subang, telah berjumpa dengan sebilangan AJK PAS Kawasan dan melakukan satu dakwaan, bahawa sebarang perancangan orang yang tidak sealiran dengan ustaz Zaharuddin telah diketahui beliau. Perkara ini, menyebabkan haji Misni merasa sedih.

Empat;

Atas alasan itu, ana tidak mempercayai ustaz Zaharuddin. Azlan pula, adalah seorang kawan yang ana kenal sejak kecil lagi. Kami bersekolah rendah di sekolah yang sama. Jadi, sebarang perkataan Azlan ini, ana agak dapat memahami mana yang boleh dipercayai dan mana yang tidak boleh dipercayai berdasarkan gagap dan cara menjawab soalan apabila ditanya.

Lagipun, tidak semua perkara yang disangka itu wajib ditolak. Sebaliknya, sekiranya ada perkara yang disangka itu mempunyai Qarinah, maka ia tidak seharusnya ditolak mentah.

Firman Allah;

إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Maksudnya;
"Sesunggunya setengah dari sangkaan itu adalah dosa"

[Al-Hujurat : 12]

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan SETENGAH DARI SANGKAAN. Dengan maksud, SETENGAH ZAN YANG LAIN ADALAH TIDAK DOSA, MALAHAN BOLEH DITERIMA.

KELIMA:

Forum Hijrah di surau Al-Azhar adalah perangkap: tuduhan ini adalah langsung tidak berasas. Beliau menyebut: "tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula".

Untuk makluman ustaz Wan Ji, pihak surau cukup marah apabila beliau mendakwa sewaktu berforum bahawa beliau tidak dimaklumkan oleh pihak surau bahawa malam tersebut ada forum. Abang Abrar sebagai orang yang bertanggungjawab menjemput penceramah, Haji Sahak (dikenali juga Ustaz Ishak) selaku pengerusi Surau dan lain-lain AJK surau rasa dimalukan apabila beliau meyebut perkara ini di hadapan hadirin umum, seolah-olah pihak penganjur tidak bertanggungjawab. Mereka masih menyimpan mesej peringatan forum pada pukul 2: 04 minit tengahari dan mereka benar-benar berhasrat untuk bersemuka dengan Ustaz Wan Ji, khususnya apabila perkara ini dicoretkan pula di dalam blog beliau.

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Satu;

Jika dibaca dalam tulisan lalu, ana menyatakan berikut;

"Aku berpaling kebelakang, kelihatan dari jauh Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS yang aku tidak berjumpa hampir 2 tahun. Hati kecilku mula menutur, “tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula”

Ini adalah ungkapan hati kecil ana semasa ana melihat wajah Ustaz Zaharuddin di belakang. Mungkin ungkapan dalam hati juga dikira sebagai salah?

Mungkin ada yang mempertikaikan jika hati kecil ana berkata begitu, tetapi orang tidak pertikai KENAPA hati kecil ana berkata begitu?

Masakan hati kecil ana tidak berkata sebegitu, kerana;

[1] SMS yang ana terima, ketika ana sedang Qailulah [tidur tengahari selepas solat Zuhur]. Ana melihat SMS itu dalam keadaan yang sedang "mamai", tetapi sekadar sedar, ana membalas SMS itu dengan menyatakan "insya Allah, ana akan hadir untuk menyampaikan kuliah tafsir" [lebih kurang begitu, kerana semua SMS itu telah didelete. Mungkin Abang Rahim Abrar ada menyimpan lagi SMS balas itu]. Jika benarlah ada forum sekalipun, sepatutnya SMS itu akan dibalas balik dengan menyebut bahawa pada malam itu ada forum, bukan kuliah Maghrib seperti biasa.

[2] jika diberitahu bahawa ada Forum sekalipun, mengapa pemberitahuan itu dilakukan pada hari itu juga, malahan sudah sampai di waktu petang [pukul 2:04 petang, seperti didakwa oleh ustaz zaharuddin]. Mengapa tidak dimaklumkan seawal seminggu, sebulan, atau 3 hari sebagai persiapan, sepertimana yang berlaku ditempat-tempat lain?

[3] mengapa ana tidak dimaklumkan langsung bahawa forum pada malam itu adalah bersama Ustaz Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS. malahan, ana tahu penalis forum pada malam itu pun, apabila memandang Ustaz Zaharuddin berada dibelakang yang sedang bersembang-sembang dengan sebilangan Jemaah.Ana rasa, kalau penalis yang lain, keadaan seperti ini tidak akan berlaku.

KEENAM:

Apa yang saya hairan, Ustaz Wan Ji yang telah mengakui sewaktu selesai diskusi buku menuju PAS Baru bahawa forum Hijrah tersebut bukan debat, tetapi tiba-tiba seolah-olah mengiyakan pula apa yang ditulis oleh Zainul Faqar yang forum itu mengandungi elemen debat.

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Dari tulisan ustaz Zaharuddin ini, beliau menggunakan istilah "debat" dan "elemen debat". Pada malam itu, memang tidak dijadual sebagai debat, tetapi mempunyai elemen debat. Kerana, kami seakan-akan jawab menjawab antara satu dengan yang lain.

Mungkin orang boleh faham antara dua istilah itu. Atau missal lain, "gigi kuning" dengan gigi kekuning-kuningan". "gigi kuning", adalah gigi yang berwarna kuning terus. Tetapi, "kekuning-kuningan", ia tidak berapa kuning. Maka begitujuga, "debat" dan "elemen debat".

dalam bahasa arab pun, jika disebut kalimah "Soma" dan "Tasawwama", ia ada beda, walhal pada asalnya, makna kedua-duanya adalah puasa. "Soma" bermakna telah berpuasa, tetapi "Tasawwama" pula bermakna, seakan-akan atau berpura-pura berpuasa. orang yang berpuasa [soma] adalah orang yang tidak makan dan tidak minum dan sebagainya. Adapun tasawwama, adalah orang yang makan dan minum, tetapi pura-pura keletihan sepertimana orang berpuasa.

KETUJUH:

Tuduhan menggunakan blog hantu: saya hairan, apa pula asasnya tuduhan Ustaz Wan Ji ini dan blog mana pula yang hantunya? Saya bukan blogger sebab banyak kerja lain yang saya kena selesaikan. Lagi satu, Ustaz Wan Ji silap eja, bukan ‘Playself' tapi "play safe". Tapi takpe, yang ni remeh je, bukan isu.

JAWAPAN:

ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Satu;

Setiap manusia ada kelemahan, termasuk ana. Setiap kawan yang ana berkawan, ana akan bagitau satu kelemahan ana kepada kawan tersebut sahaja, tanpa diberitahu kepada orang lain. Tiba-tiba, kelemahan itu timbul dalam ruangan komen yang menggunakan nickname "tanpanama", maka ana tahu, ia datang dari siapa. Harap, ustaz Zaharuddin agak berhati-hati dalam hal ini.

Dua;

Ana tak belajar bahasa Inggeris. Ana berkali-kali mengakui dalam blog, bahawa ana buta Bahasa Inggeris. Tiba-tiba ustaz Zaharuddin menegur, maka ia pelajaran bahasa Inggeris bagi ana. Terima kasih ustaz Zaharuddin, guru Bahasa Inggeris ana yang baru. :D

KELAPAN:

Cabaran Debat: Saya kurang selesa mendengar perkataan debat dan saya lebih selesa dengan perkataan muzakarah sebab debat menggambarkan permusuhan manakala muzakarah menggambarkan ‘nasihat menasihati' dan ‘mencari kebenaran'. Walau apapun istilah yang diguna pakai oleh Ustaz Wan Ji, "kecil tapak tanyak, nyiru saya tadahkan". Pihak Surau Azhar sudah bersiap sedia untuk jadi tuan rumah.

Saya tunggu ustaz Wan Ji di surau tersebut pada hari selasa, 1 Februari, iaitu tarikh asal beliau kuliah di Al-Azhar. Untuk maklumat Ustaz Wan Ji, Saya sudah maklumkan kepada pihak surau Al-Azhar perkara ini dan mereka sangat mengalu-alukan muzakarah (debat menurut istilah Ustaz Wan Ji) dan mereka sangat ingin bersemuka dengan Ustaz Wan Ji dan Zainul Faqar yang telah mencoretkan ‘wajah hodoh' bagi forum yang baik.

JAWAPAN:

Ustaz Zaharuddin yang dimuliakan,

Satu;

Ana tidak akan mencoretkan perkara ini dalam blog, kecuali ditanya oleh sebilangan jemaah tentang keputusan memecat ana dari mengajar di surau terbabit dengan alasan "ana mengkritik pimpinan PAS".

Yang ana pelik, mengapa perkara ini timbul selepas berlaku "forum" pada malam itu? Mengapa ia tidak berlaku sebelum ini, walhal ana mengkritik sebilangan pimpinan PAS ini sudah lama. Kalau tidak salah ingat, sebelum PRU ke 12 lagi, ana sudah mengkritik sebilangan pimpinan PAS, terutama Dato' Hasan Ali.

Ketika itu, Ustaz Zaharuddin tidak pernah marah atau menegur tindakan ana. Tetapi, mungkin [Ulang : Mungkin] sekarang timbul. Kenapa? Mungkin [Ulang : mungkin] yang ana kritik itu adalah bapa mertua Ustaz Zaharuddin sendiri? begitukah?

Ana lebih yakin, jika debat itu berlaku bersama penalis lain, kemungkinan kejadian seperti ini tidak akan berlaku.

Dua;

ana mahu berdebat, tetapi tidak mahu muzakarah, kerana ana rasa tidak selesa jika kita banyak "menjaga-jaga" dalam mengkritik sesuatu pendapat. Ana tidak rasa, berdebat itu bermaksud tidak ada persaudaraan. Dengan sebilangan kawan-kawan pun, kadangkala kami berdebat sehingga berlaku tidak terima pendapat antara kami, tetapi kami tetap bersaudara, malahan boleh minum dan makan semeja sehingga hari ini.

Tiga;

Ana tidak mahu debat dalam perkara ini. Tetapi, yang ana mahu berdebat tentang dua isu, iaitu;

[1] Gabung PAS – UMNO; atau,
[2] Apakah pimpinan PAS tidak boleh dikritik?

Dua perkara ini, ana telah coretkan dalam tulisan yang lalu, harap ustaz Zaharuddin tidak terlepas pandang. Dan ana cadangkan, ia tidak berlaku di khalayak yang orang tidak ketahui cerita sebenar, tetapi dilakukan di khalayak yang sesuai dengan tempatnya, seperti di Universiti atau di dewan China seperti yang berlaku pada hari itu. Di sana, kita boleh berbincang atau berdebat dengan ilmiyyah dan rasional, tanpa emosional. Ana yakin, jika diiklankan, pasti akan ramai yang hadir terutama pelajar Universiti, kerana mereka keliru dalam hal ini. Dan jika ada jemaah dari surau Al-Azhar yang ingin mengetahui cerita sebenar pun, boleh hadir ditempat yang dirancangkan. Jika diadakan disurau terbabit, ia akan lahir sesiatu perbincangan yang didengari orang yang tidak berkeahlian.

Kenapa ana timbulkan dua tajuk ini? Jawabnya adalah kerana;

[1] pemecatan ana dari surau Al-Azhar dengan alasan, ana mengkritik pemimpin PAS. jadi, ana terfikir, apakah pemimpin PAS tidak boleh dikritik.

[2] dan, Semua ini terjadi, ekoran dari ketidak setujunya ana tentang projek gabung PAS-UMNO.

PENUTUP

Ustaz Zaharuddin yang dikasihi,

Ana pelik dengan nasihat Ustaz Zaharuddin, yang menukilkan beberapa firman Allah dan hadis yang berunsur seakan-akan menghukum ana sebagai Munafiq, Fasiq dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, Ana minta berlindung dengan Allah, daripada menjadi orang yang mudah memfasiqkan orang PAS, memunafiqkan orang PAS dan mengkafirkan orang PAS. pada ana, orang PAS adalah orang yang mahu memperjuangkan Islam.

Sebab itu, apabila ana sendiri terasa ditipu oleh sebilangan pimpinan PAS, ana sekadar menganggap mereka penipu. Tetapi jauh dari sudut hati ana, hendak mengkafirkan, atau memunafiqkan atau memfasiqkan mereka.

Lebih-lebih lagi, dalam isu Kalimah Allah dahulu. Sehingga ada yang mengkafirkan mereka yang bersetuju penggunaan kalimah Allah bagi Non Muslim. Perlu diingat, antara yang menyokong penggunaan kalimah Allah ini adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik mat.

Jika dianggap sebagai perkara khilafiyyah, mengapa dalam perkara khilafiyyah ini sanggup mengkafirkan orang lain.

Bukankah nabi Saw ada bersabda;

وَمَنْ رَمَى مُؤْمِنًا بِكُفْرٍ فَهُوَ كَقَتْلِهِ

Maksudnya;
"barangsiapa melempar kepada orang mukmin dengan kekufuran, maka ia sama seperti membunuhnya"

[Al-Bukhari : 5640]


Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- seksyen 6, Kota Damansara
4 Januari * 5:15 pagi

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111