" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, January 3, 2011

POLITIK DI JALUR DAKWAH : PAS – UMNO ATAU PAS – PR?


[1]

Dalam isu PAS bersama PR atau PAS bersama UMNO, aku hanya berfikir tentang, bagaimana Nabi SAW berpolitik. Sefaham aku dari sirah, Nabi SAW berpolitik bukan semata-mata kuasa, tetapi mempunyai motif dakwah dan amar ma’ruf dan nahi Mungkar dengan cara yang cukup berhikmah.

Ekoran itu, pembaca sirah tidak akan terlepas dari mengetahui kisah bagaimana kafir Quraish datang berjumpa dengan Abu Talib, lalu menawarkan kekayaan, perempuan, kemewahan dan kerajaan kepada Rasulullah SAW, tetapi ia ditolak oleh Rasulullah SAW dengan kata baginda dengan tegas;

“Wahai Pak Cikku, demi Allah, sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku meninggalkan urusan ini [dakwah], sekali-kali aku tidak akan lakukannya, sehingga aku mencapai kemenangan atau aku dibunuh”

[Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah : 1/108]


Mengapa Nabi SAW menolak tawaran yang lumayan, sehingga boleh menjadi raja? Jawabnya adalah kerana dakwah. Nabi SAW bukan fokuskan kepada takhta, tetapi yang diperlukan adalah kekuasaan dalam mendapat ruang dakwah dan peluang untuk mempamerkan keadilan islam.

Atas alasan peluang dalam mencapai kejayaan dakwah itulah, tidak hairan Nabi SAW memilih Madinah dalam hijrah, berbanding Habsyah. Di madinah, rakyatnya mempunyai kepelbagaian agama dan bangsa, sudah pasti pergaulan semasa mereka menyebabkan mereka “open Minden”. Adapun habsyah, rakyatnya yang mempunyai satu bangsa dan satu agama sahaja [nasrani], mereka tidak mempunyai “open minden”, tetapi fikrah mereka hanya dipenuhi dengan ketaassuban dan sentimen.

Dari sudut peluang untuk mudah menerima dakwah, sudah pasti rakyat madinah adalah yang terbaik untuk dijadikan fokus utama. Adapun dari tempat yang lain, dakwahnya boleh dilakukan secara “aura” yang terbina hasil dari pembuktian keadilan islam yang berlaku di madinah. Lantaran itulah, tidak hairan selepas dari kejayaan nabi SAW membuktikan keunggulan dan keadilan islam di madinah, menyebabkan ia dicemburui oleh ramai rakyat makkah dan akhirnya mereka menerima Islam dalam sejarah Fath Makkah [pembukaan Kota makkah].

Secara umumnya, Nabi SAW berpolitik bukan sekadar untuk mendapatkan kuasa, tetapi yang lebih penting dari itu adalah, peluang dan ruangan dakwah, seterusnya berjaya melaksanakan tuntutan ilahi sebagai khalifah atas muka bumi Allah SWT.

[2]

Dalam realiti PAS kini, antara PAS bersama dengan PR atau bersama dengan UMNO, sudah pasti ia tidak sama dari sudut fokus dakwah. Kita tidak nafikan bahawa UMNO juga wajib didakwah, tetapi dari sudut keutamaan fokus dakwah, kebijaksanaannya bukan tertumpu kepada UMNO dahulu, tetapi hendaklah didahulukan kepada bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia.

Jika Nabi SAW meninggalkan Makkah, kerana bangsa arab yang berada di Makkah menolak nabi SAW, menyebabkan Nabi SAW ke Madinah, maka begitujuga PAS kini, yang sudah sekian lama berdakwah kepada UMNO, maka beralih kepada DAP dalam dakwah. Sekiranya Nabi SAW menggerakkan Aura keadilan islam di madinah sehingga dicemburui oleh rakyat makkah sehingga berlaku sejarah Fath Makkah, maka begitujuga PAS perlu mencetuskan aura untuk berdakwah kepada UMNO setelah berjaya menguasai Putrajaya bersama dengan PR. Dengan maksud, fokuskan usaha mencapai kekuasaan putrajaya bersama PR. Setelah UMNO sudah tidak berkuasa lagi, ketika itu banyak kepentingan yang ada pada UMNO yang sukar ahlinya meninggalkan parti itu tidak dapat lagi diambil. Selepas itu, tidak hairan mereka akan beramai-ramai meninggalkan UMNO, seterusnya kepada PAS.

[3]

Mengapa perlu dahulukan dakwah kepada DAP terlebih dahulu berbanding UMNO?

Jawapannya adalah, Allah SWT nyatakan dalam Al-Quran.

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada Yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya Yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa Yang kamu kerjakan.”

[Al-baqarah : 74]

Dalam firman Allah ini, Allah SWT telah membahagikan hati manusia yang menolak islam itu kepada dua jenis hati, iaitu [1] keras seperti batu, [2] lebih keras dari batu.

Dinyatakan oleh Allah juga, bahawa batu boleh terkeluar air daripadanya, malahan boleh pecah kerana takut kepada Allah. Dengan maksud, batu boleh dilembutkan. Adapun yang lebih keras dari batu, ia tidak sepertimana batu.

Dalam kes dakwah, sudah lebih 50 tahun PAS berdakwah kepada UMNO. Bermula dari dalam UMNO, sehingga keluar dari dalam UMNO, sehingga kini PAS masih lagi bercita-cita melihat negara Islam, tetapi tidak berjaya dilaksanakan oleh UMNO.

Sekiranya dalam masa 50 tahun, PAS masih lagi tidak berjaya melaksanakan dakwah secara berkesan kepada UMNO, sewajarnya PAS memfokuskan dakwah kepada pihak lain pula. Dengan maksud, tinggalkan sementara waktu dakwah kepada UMNO yang hatinya lebih keras dari batu, tetapi memfokuskan dakwah kepada DAP yang hatinya keras seperti batu yang memungkin batu itu pecah dan boleh terkeluar air.

Dari sudut realiti, ternyata kesediaan PAS dengan PR telah membuktikan kejayaan dakwah tersebut. Lim Guan Eng sudah berkali-kali menyebut hendak mencontohi Umar Abdul Aziz, malahan terbukti kemajuan agama di Pulau Pinang di kala PR memerintah ternyata terlalu baik berbanding di zaman BN menjadi pemerintahan di sana.

Sukar hendak difikirkan, apabila karpal Sikh yang dahulunya pernah berkata, “Langkah mayat saya jika mahu buat negara Islam di malaysia”, tetapi tidak sampai 5 tahun PAS bersama dengan DAP membina kerajaan [PR], Karpal Sikh telah mengambil sikap bahawa tentang negara Islam, ia boleh dibincangkan.

Dari sudut realiti, kelihatan DAP adalah golongan parti yang hatinya keras, tetapi ia sepertimana batu yang boleh dipecahkan, dan boleh terkeluar air daripadanya. Adapun UMNO, hati mereka lebih keras dari batu, yang tidak dinyatakan oleh Allah, apakah ia boleh dipecahkan atau tidak, apakah boleh mengeluarkan air ataupun tidak berdasarkan firman-Nya, ayat ke 74 dari surah Al-Baqarah.

[4]

Tindakan mahu bergabung dengan UMNO, ia tidak lebih sekadar mendapat kekuasaan memerintah, tanpa mempunyai kebijaksanaan dalam berdakwah. Jika dilihat pada Nabi SAW, baginda tidak memfokuskan kepada kekuasaan semata-mata, tetapi yang paling penting adalah peluang dan ruang dalam berdakwah.

Apabila melihat keadaan ini, secara realiti politik kini, PAS tidak seharusnya bersama dengan UMNO, tetapi hendaklah bersama dengan Pakatan Rakyat. Jika PAS tidak pernah membuat onar, tidak mustahil dalam jangka tidak sampai 10 tahun, mungkin negara Islam akan berjaya dilaksanakan di malaysia… Takbir….

Wallahu ‘Alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111