Oleh Ustaz Saiful Bahri
Bagilah peluang kepada PR memerintah. Bukankah UMNO dah mem
erintah lebih 50 tahun di Selangor. Dah habis segala kepakaran dah ditunjukkan. Dah habis khidmat dah UMNO pamerkan. Dah banyak hasil mahsul negeri dah UMNO kebaskan. Sekarang giliran PR memerintah. Berilah kesempatan kepada kerajaan pilihan rakyat untuk mentadbir dan mengurus mengikut kemampuan mereka. Dididklah hati supaya bersabar melihat PR memerintah. Jangan jadi ayam gila mengeram!!!
Pihak Pas dan PR boleh menunggu sehingga PRU 13. Mana-mana negeri yang diperintah oleh BN, mereka boleh mentadbir tanpa gangguan. Kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, memerintah bak periuk diatas api.. selalu aje diapi-apikan kayu dibawahnya. Ada sahaja gangguan dan halangan. Supaya panas dan menggelegak. Ini semua macam kerja syaitan… istiqamah nak merosakkan anak adam sehingga ke hari kiamat.
Diharapkan rakyat sekarang menjadi lebih cerdik. Dapat menilai kerja siapa disebalik ini semua. Dan janganlah pihak-pihak istana pula diperalatkan oleh manusia seperti UMNO ini. Kepercayaan rakyat yang ramai ini seolah-olah dipersendakan. Akan hilang hormat rakyat terhadap institusi yang berdaulat yang dianggap sebagai payung rakyat.
Kita lihat sejak tahun 1959 lagi apabila Pas pertama kali memerintah Terengganu. Toksah cerita perangai UMNO ni sehingga jatuh kerajaan Pas di Terengganu yang baru berusia 2 tahun lebih. Kita lihat bagaimana Pas di Magerankan di Kelantan. Dan bagaimana mereka memperalatkan apasaja dan siapa saja demi kuasa mereka. Kalau nak disenaraikan dosa UMNO ini tak muat kalau kita nak sumbatkan pemimpin mereka dalam penjara di Malaysia ini.
sila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274


No comments:
Post a Comment