" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 13, 2011

Taat Sultan, Setia kepada Selangor: 24 Januari sikap Adun BN ditelanjang bulat

Macam-macam cakap diutarakan. Sebelum ada cadangan untuk meminda Perlembagaan dalam Dun Selangor, pemimpin dan Adun BN bukan main hebat bercakap. Berdiri di belakang Sultan. Pertahan Istana. Lantik SUK hak Sultan. Semuanya itu nak tunjuk kononya Umno pertahan Sultan walhal, Umno inilah yang meminda perlembagaan hingga tercabut imuniti Sultan.

Sehingga hilang hak Sultan. Kemelut yang terjadi juga sumbnagan dari pindaan perlembagaan yang dilakukan oleh Presiden Umno bernama Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1994. Tapi, Umno nak menyalak juga kononnya mereka pertahan Sultan. Oklah tak apa.

Tunjukkanlah sikap murni itu dalam Sidang Dun 24 Januari ini nanti. Sebab sidang ini nak kembalikan kuasa Sulta. Jadi Adun Umno-BN jangan banyak berdalih. Jangan banyak mengomel. Buktikan!

Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad berkata, sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 24 Januari ini adalah “ujian asid” bagi BN Selangor yang selama ini mendakwa mereka setia kepada negeri dan juga Sultan.

Yang Dipertua PAS Shah Alam itu mencabar wakil rakyat BN agar hadir sidang khas itu bagi membuktikan sokongan mereka kepada Sultan Selangor. Beliau tidak menjangkakan Adun BN akan muncul atas alasan mereka “pengecut”, hanya tahu untuk menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan taktik-taktik kotor.

“Buktikan kalau (cakap) saya salah!” kata beliau. Khalid juga berkata usul pindaan perlembagaan kemungkinan tidak akan menerima kelulusan, tetapi menekankan, sidang khas kali ini akan membuktikan Umno dan BN sebenarnya merupakan penderhaka kepada negeri dan Sultan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata sidang khas itu akan diadakan 24 Januari dan surat rasmi memanggil persidangan telah pun dikeluarkan. Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111