" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 5, 2011

Tak Suka Gobi Pecat Sajalah

PKR beri Gobalakrishnan surat tunjuk sebab 45 halaman

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mengecam teruk kepimpinan PKR sejak lebih seminggu lalu hari ini menerima surat tunjuk sebab menuntut beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wakil rakyat itu diberikan surat tunjuk sebab setebal 45 halaman.

“Beliau telah diminta agar memberi penjelasan berhubung semua kenyataan dibuatnya berhubung parti (PKR) sejak beberapa hari lalyu,” kata beliau.

“Tidak digariskan dengan jelas dalam perlembagaan berapa lama beliau harus diberikan masa untuk memberikan penjelasan, tetapi dari segi konvensyen, seharusnya dua minggu,” kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Saifuddin mengakui biro politik belum membuat keputusan sebulat suara untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat itu.

Katanya, seorang anggota biro politik menentang idea itu selepas dimaklumkan menerusi surat pekeliling minggu lalu.

“Kami tidak mengadakan mesyuarat tetapi mengedarkan surat pekeliling kepada semua anggota biro politik minggu untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai apa yang perlu dilakukan dan mereka telah memberikan respons,” katanya.

Ketika dihubungi, Gobalakrishnan mengesahkan sudah menerima sebahagian daripada surat tunjuk sebab 45 halaman menerusi faksimili di pejabatnya di Padang Serai.

Katanya, beliau akan memberikan respons pada sidang media petang ini.

Ulasan GB

Kes penipuan pemilihan PKR tak dijawabnya, hal Gobi mengkritik parti yang dirisaukan.

Chegubard di dalam mesejnya di Twitter menyebut begini:

Masih setia dgn nasihat SUA jgn buat bukan2 dan tunggu hasil siasatan.. Janji dua minggu dh nak masuk dua bulan...

Gobi yang mengkritik parti untuk kebaikan PKR sendiri yang tiba-tiba dapat surat tunjuk sebab sampai 45 halaman. Besar sangat kesalahan Gobi. Penipuan yang dilakukan masa Pemilihan tak besar kah?

Mungkin lepas ni chegubard & sharpshooter pula dapat surat tunjuk sebab. 90 halaman.

Sepatutnya Gobi boleh dipanggil memberikan penjelasan di depan Lemabaga Disiplin atau Biro Politik. Oh, rupanya biro politik belum membuat keputusan sebulat suara untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat itu. Jika demikian yang buat sampai 45 halaman tu pula kerja siapa? SUA?

Kalau tak suka Gobi, apa lagi, pecat saja. Bertambah kerusi BN atau Konsensus Bebas dan berkurang lagi kerusi PR.

Apa barang mau kecoh-kecoh lagi?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111