" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 13, 2011

Bertanding dalam kumpulan relevan..

Harakahdaily

JOHOR BAHRU, 13 Feb: Berikutan bahang pilihanraya kampus yang semakin dirasai di kampus-kampus utama dalam negara, Pro Mahasiswa UTM telah menghantar memorandum berisi 5 tuntutan kepada pihak universiti.

Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Leftenan Muda Ku Abdul Muhyi berkata, tuntutan-tuntutan itu ada asasnya memandangkan universiti bukan sahaja pusat pembelajaran dan penyelidikan terutama dalam aspek sains dan teknologi, tetapi juga sebagai institusi pendidikan dalam pelbagai aspek iaitu idealisma dan aktivisma.

Justeru, katanya salah satu tuntutan yang dikemukakan oleh Pro Mahasiswa UTM ialah universiti membenarkan pilihanraya kampus dipertandingkan dalam bentuk berkumpulan dan berlogo.

Dalam memorandum setebal 12 muka surat itu, Pro Mahasiswa UTM telah menggariskan sebab dan rasional kenapa perlunya pertandingan secara berkumpulan dan berlogo dibenarkan.

“Jika diteruskan sistem sedia ada, bagaimanakah seorang calon mampu berkempen untuk dirinya sendiri kepada 20,000 mahasiswa di seluruh kampus?

“Adakah ia relevan dalam konteks seorang mahasiswa? Adakah sistem pilihanraya kita hanya sekadar melepaskan batuk ditangga tanpa mengambil kira faktor kepimpinan sebenar mahasiswa?

“Jika diteruskan sistem sedia ada, apakah relevannya manifesto seseorang calon disampaikan secara perseorangan sedangkan dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa, pentadbiran dijalankan melalui sistem pentadbiran kolektif? Seseorang calon yang menang kemungkinan diletakkan di fakulti, atau jabatan yang tidak selari dengan manifesto yang dijanjikan.

“Bukankah sistem ini membuka ruang kepada calon tidak melunaskan janji dan membuka ruang untuk pengundi (mahasiswa) mempertikaikan kejujuran calon semasa berjanji dan menabur manifesto?” soalnya.

Duta Pro Mahasiswa UTM, Munzir Musa turut menyokong usaha Pro Mahasiswa UTM untuk membenarkan pertandingan secara berkumpulan dan berlogo.

“Idea ini selari dengan agenda PTPM iaitu aspek kepimpinan mahasiswa. Kita perlukan inovasi dalam sistem pemilihan kepimpinan mahasiswa. Saya berharap universiti mempertimbangkan tuntutan ini kerana persaingan sihat akan wujud dalam kalangan calon yang bertanding dan mahasiswa akan lebih kreatif semasa berkempen.”

Dalam memorandum itu juga, Pro Mahasiswa turut menjawab dakwaan jika sistem ini dilaksanakan akan membawa perpecahan kepada mahasiswa.

“Universiti perlu menyedari bahawa kita mempunyai budaya yang istimewa berbanding kampus-kampus lain yang lebih ‘panas’. Keistimewaan ini yang kita perlu angkat supaya menjadi contoh kepada universiti lain.

“Dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), ahli Exco daripada pihak Pro Mahasiswa dan Evolusi boleh duduk semeja dan bekerjasama selepas tamat pilihanraya kampus untuk membawa agenda bersama sepanjang MPM mentadbir,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111