" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 27, 2011

Najib Memalukan Malaysia Dan Dunia Islam

Oleh MOHAMAD SUHAIMI

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya meminta maaf secara terbuka kepada ulama’ tersohor dunia, Prof Dr Yusof al Qaradhawi serta gerakan Islam terbesar dunia, Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

DPPWP merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam. DPPWP kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama’ kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu. Bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima. Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia. DPPWP percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau. Ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan. Tuduhan ini sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan. Ikhwanul Muslimin telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak, bagaimana Dato’ Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?

DPPWP percaya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat. DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau. Memang wajarlah Dato’ Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin.

Disediakan oleh;
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111