" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, February 24, 2011

Taib Mahmud peralat polis puaskan nafsu politiknya

Oleh sarawakreport.org

KETUA MENTERI, Taib Mahmud, dengan jelas dan ketaranya menafikan proses demokrasi digunakan menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Sarawak Report telah memperolehi beberapa bahan video secara eksklusif yang menunjukkan bagaimana anggota polis dikerah untuk menghalang ketua PKR Baru Bian dari berucap di hadapan umum di kawasan pilihanrayanya sendiri. Kami juga difahamkan bagaimana Taib telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menafikan kebenaran mengadakan perhimpunan kepada pihak-pihak pembangkang! Sungguh memalukan!

Kejadian tersebut berlaku di pekan kelahiran Baru Bian, iaitu di Lawas, Sarawak. Ahli-ahli parti dan juga para penyokong yang dijemput ke perhimpunan yang diadakan di kedai kopi Sin Yang di mana mereka akan menjamu selera sambil mendengar ucapan-ucapan mengenai kecerahan masa depan mereka. Para penyokong dari kawasan pilihanraya tersebut hadir untuk mendengar mesej-mesejnya dan seterusnya akan membawa pulang mesej-mesej ke rumah-rumah panjang mereka.

Seperti lazimnya, sebelum mereka mengadakan sebarang perhimpunan, mereka telah terlebih dahulu memohon kebenaran, tetapi seperti biasa juga, kebenaran sedemikian tetap dinafikan. “Pihak polis tetap mengatakan tidak. Mereka tidak memberikan sebarang alasan” jelas Paul Bian, Penyelaras Kempen untuk Baru.

Gambar saudara-mara Taib Mahmud yang asyik berseronok-suka

Para pekerja PKR mengatakan mereka tiada pilihan lain tetapi meneruskan perhimpunan tersebut. “Dengan menafikan kebenaran kami berhimpunan mereka telah menafikan hak-hak demokrasi kami” tambah Paul, yang juga saudara kepada Baru dan juga rakan politik kepada peguam hak asasi kemanusiaan itu.

Paul menambah: “Hak-hak kami telah dinafikan. Negara ini adalah negara demokrasi dan setiap rakyatnya berhak memberikan pandangan dan berhak berkumpul untuk menyampaikan maklumat yang tidak dapat kami sampaikan dengan cara lain. Kami di pihak pembangkan tetap tidak mendapat sebarang liputan media”

Baru Bian, yang telah menggegarkan kewibawaan Taib pada beberapa siri perbicaraan berkenaan dengan kes-kes persengketaan tanah-tanah NCR, mewakili pelbagai komuniti, menentang Ketua Menteri itu, hanya mendapati dirinya kalah pada pilihan 2006. Pada masa itu Baru Bian telah memulakan prosiding yang menyenaraikan amalan-amalan rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi kerusi berkenaan hanya dengan majority 200 undi sahaja. Amalan-amalan dalam prosiding tersebut termasuklah rasuah dan pembelian undi.

Namun, para hakim yang dikawal oleh Taib telah menolak kes tersebut dengan alasan ‘masalah-masalah teknikal perundangan’.

PKR merasakan Baru Bian seharusnya bebas untuk bercakap dengan orang-orang dari daerah kelahirannya. Menurut mereka lagi, Taib telah menggunakan taktik-taktik yang amat kotor di samping menyalahgunakan kewibawaan polis pada peringkat awal pilihanraya, yang menampakkan rasa takutnya bahawa Sarawak kini kian bangkit terhadap kerajaan autoritariannya. Kekuasaannya selama 30 tahun telah mendatangkan kekayaan kepada keluarganya, tetapi sebaliknya telah menyebabkan kemiskinan dan kesengsaraan ke atas orang-orang rumah panjang yang telah dirampasnya tanah untuk dijadikan kawasan pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit.


Saksi-saksi mengatakan para tetamu ke perhimpunan tersebut telah tiba seawal pukul 7 malam itu dan menikmati minuman ringan. Kebanyakan tetamu yang hadir untuk mendengar ucapan Baru Bian telah datang melalui perjalanan yang jauh dari rumah panjang mereka di pedalaman.

Keadaan cuaca menjelang perhimpunan itu adalah kurang baik dan keadaan jalan yang mereka lalui juga kurang baik telah mengambil masa berjam-jam lamanya, tetapi mereka tetap juga berusaha menghadirkan diri. Menurut laporan yang diterima oleh Sarawak Report, ada di kalangan mereka yang kurang di segi pendapatan telah datang sehari sebelum perhimpunan itu, dan telah terpaksa bermalam di kawasan terbuka di sekitar pekan Lawas.

Pada kira-kira pukul 7.15 malam itu, menurut para pengelola perhimpunan, sepasukan anggota polis tempatan telah tiba. Para saksi mengatakan seramai 20 anggota berpakaian seragam polis mana kala kira-kira sepuluh orang lagi anggota Cawangan Khas berpakaian biasa. Kehadiran pihak polis telah menghambarkan perhimpunan itu dan ada di kalangan pengunjung mulai meninggalkan premis berkenaan.

Paul Bian menjelaskan bagaimana rancangan awalnya adalah untuk menayangkan video kepada orang ramai di awal perhimpunan itu – sebuah filem maklumat mengenai Baru Bian dan misinya serta dasar-dasar transformasinya untuk Sarawak. Tetapi pihak polis telah menghalang Paul untuk berbuat demikian.


“Kami merayu kerana kami tiada cara lain untuk berkomunikasi. Kami menjelaskan kami tidak mendapat sebarang liputan media suratkhabar atau TV, kenapakah mereka menghalang kami menayangkan video kami ini?” kata Paul.

“Ketua pasukan polis itu menunjukkan rasa simpatinya, tetapi dia memberikan alasan bahawa dia menerima arahan daripada “pihak atas”! yang mungkin bermakna Ketua Polis atau bos-bos parti politik”.


Pada mulanya Bian telah menyediakan tiga orang speaker untuk berucap pada perhimpunan itu, “Saya telah menjemput ketua kaum, Pemancha Jenging Anak Radin, yang telah meninggalkan BN kerana mendapati tanahnya dirampas dan juga peguam tanah hak NCR, Abun Sui, yang pernah memenangi kes-kes utama di kawasan itu, dan akhir sekali Baru Bian”. Namun, dengan tekanan dari pihak polis maka dia telah menyingkatkan masa berhimpun dengan hanya menyuruh Baru Bian sahaja untuk berucap.

Berdasarkan video kami di sini Baru telah didatangi oleh anggota polis yang “meletakkan tangan pada bahunya”. Terdapat juga anggota polis di sebelah kiri dan kanannya.
Mereka menyatakan padanya bahawa dia “tidak dibenarkan” berucap. Ada di kalangan saksi mengatakan bahawa kejadian tersebut amat menakutkan, kerana para tetamu telah menjadi semakin marah dengan tindakan polis itu.

“Kita ini ramai, jadi kita tentang mereka 30 lawan satu!” jerit salah seorang dari pengunjung ketika itu, jelas Bian.

Maka oleh yang demikian, seperti yang terdapat pada video itu, Baru telah memutuskan untuk bertanggungjawab bagi meredakan perasaan marah para pengikutnya. Baru Bian telah memujuk para pengikutnya untuk bersabar dan memahami bahawa mereka perlu memberikan kerjasama kepada polis. Tanpa kepimpinan diplomatik Baru, perhimpunan tersebut mungkin akan bertukar menjadi peristiwa yang buruk, hanya kerana perhimpunan tersebut telah diprovokasikan oleh pihak polis.

Sebab inilah pengunjung yang marah telah terpaksa pulang ke rumah-rumah panjang mereka setelah hak demokratik mereka untuk hadir dan mendengar ucapan dari calon tempatan mereka dinafikan!

Sementara itu, pada tanggal 5hb Mac akan datang, Taib Mahmud akan mengadakan perhimpunan partinya untuk 5 ribu orang di Borneo Convention Center di Kuching, di mana kita takkan berasa hairan parti BN akan dengan mudah mendapat kebenaran polis untuk berhimpun!

Sarawak Report menjangkakan tidak seorang pun dari para speaker yang berucap pada masa itu nanti akan menyentuh tentang amalan rasuah yang menyelubungi pembinaan Borneo Convention Center tersebut, yang telah mendapat restu dari Ketua Menteri dan dianugerahkannya kepada syarikat PPES Works, yang juga selaku “pakar binaan” kepada syarikat CMS milik keluarganya!

Mengetuai Lembaga Pengarah CMS adalah anak lelaki Taib sendiri, Mahmud Abu Bekir Taib, yang juga merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu. Sehingga saat kematiannya, maka saham-saham arwah Abu Bekir telah berpindah kepada ibunya, Laila Taib.

Suami arwah Laila pula, iaitu Ketua Menteri telah, secara konsisten, menyerahkan banyak kontrak utama negeri ini kepada syarikat CMS di sepanjang 3 dekad. Maka dengan inilah harga saham CMS telah melonjak secara mendadak dalam beberapa bulan kerana menjangkakan kebanyakan wang negeri akan digunakan dalam projek-projek SCORE!

Menurut pihak PKR, amalan anti-demokratik pihak kerajaan dalam perkara berkenaan dan juga perkara-perkara lain telah menunjukkan bahawa kerajaan bersikap ‘counter-productive’.

“Orang-orang ini bukannya takut, tetapi mereka merasa marah”, kata Paul Bian. “Kejadian ini telah membuka mata orang-orang ini akan apa yang sedang berlaku, dan peristiwa ini adalah pahit bagi mereka. Sejak kejadian ini, Baru Bian telah mendapat banyak undangan untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di kampung-kampung di daerah ini. Mereka kata ‘datanglah ke tempat kami untuk berceramah’. Kejadian itu telah menjadikan mereka lebih berani menentang amalan-amalan tidak sihat pihak kerajaan itu”.

BN akan faham bahawa dengan mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai di sesuatu kawasan pilihanraya bukanlah suatu cara yang bijak untuk memenangi pilihanraya. Orang awam akan mengandaikan bahawa BN kini takut kepada ketua pembangkang justeru mereka tidak akan membenarkan orang awam mendengarnya berucap!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111