" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 30, 2011

Kelucahan melampau dan 14 mufti yang bungkem

Oleh DINSMAN

Minggu ini hebohlah pula cerita video lucah versi terbaru itu. Ia sudah diangkat ke taraf tinggi dan mulia. (Carcosa Seri Negara. Enam bintang tu). Cuma mereka terlupa nak minta mana-mana mufti di negara kita ini supaya hadir sama untuk sahkan bahawa perbuatan itu tidak bersalahan dengan ajaran agama disebabkan ia bertujuan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan para umarak yang sedang menunaikan fitnah di bumi bertuah ini.

Memang bertuah bumi kita ini. Tempat suburnya segala macam cerita pelik-pelik dan lucah-lucah begitu, walaupun tiap malam para ulamak dan ustaz menyampaikan kuliah dan tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negara, mengajak jemaah berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Para mufti pun seramai 14 orang (bukannya seorang dua) sibuklah ke sana ke mari memberi fatwa agar rakyat tidak dibiarkan dalam keadaan keliru dengan hukum-hakam yang nampaknya bertambah-tambah keliru dan mengelirukan itu.

Akhbar-akhbar pun terutama yang menggunakan saluran online berserta blog-blog penuhlah dengan cerita terbaru dan terhangat di pasaran ini. Ada yang mengatakan ia bertepatan dengan bubarnya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bermulanya kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak tak lama lagi.

Ada pula yang mengatakan ia sebagai Plan B untuk bersedia kalau-kalau perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung di mahkamah sekarang ini gagal menyumbatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat itu ke dalam penjara, sebelum diumumkan pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang Najib sudah berikrar kepada ahli-ahli Umno akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir mempertahankan Putrajaya walaupun berkecai badan dan nyawa, (atau begitulah lebih kurang ikrarnya itu).

Apa-pun-lah cerita di sebaliknya itu, moral ceritanya ialah: negara kita sekali lagi sedang dimandikan dengan kelucahan yang melampau, dan para mufti-mufti kita pun buat ke sekian kalinya bungkem tanpa suara, memberi isyarat mereka merestui ikhtiar para pejuang yang berjuang atas nama moral dan akhlak itu, di mana Rahim Tamby Chik yang terkenal dengan cerita akhlaknya itu menjadi ketua atau salah seorang ketuanya.

Cerita lucah terbaru ini sedang menjalar dan menular ke segenap penjuru di bumi bertuah kita ini. Bertuah sungguhlah kita, bernaung di bawah payung raja-raja dan mufti-mufti yang mulia dan dimuliakan itu. Sampai ke tahap kelucahan itu diangkat ke taraf tinggi itu pun para mufti dan raja-raja kita tetap bertenang dan bersabar, istiqamah dengan status quo mereka itu. Amboi bertuah sungguhlah kita.

Nazri Aziz pula tiba-tiba membuat penafian Umno terlibat dengan tiga orang datuk T itu. Tambah menariklah jadinya plot cerita ini. Tidaklah straight forward saja, 'kan? Sekarang sudah ada saspens sikit. Apahal tiga datuk T bertindak di luar restu pimpinan Umno?

Tapi ada saspens atau tidak pun, kelucahan melampau itu tetap juga kelucahan melampau. Fitnah yang sudah jadi sebahagian daripada strategi politik kita itu pun tetap jugalah fitnah. "Maka apabila dua perkara ini menjadi begitu subur di negara kita, di manakah pula kedudukan kita?" Tanya seorang sahabat yang selalu prihatin dengan isu-isu semasa, melalui SMS-nya kepada saya.

Di mana kedudukan kita? Eh, kenapa pula dia bertanya begitu? Apa maksudnya? Di mana kedudukan kita? Kedudukan kita tentulah tetap macam biasa di mana kedudukan kita. Apa pula kena mengenanya dengan isu kelucahan melampau yang terbaru ini? Apakah kita perlu mengubah kedudukan disebabkan olehnya?

Saya hujani dia dengan pertanyaan-pertanyaan itu. "Iyalah," jawab dia, "kau tanyakan di mana kedudukan para mufti kita. Aku tanyalah kau pula, di mana kedudukan kita?"

Oh, begitu rupa-rupanya maksud dia. Mempersoalkan peranan kita masing-masing. Ya, setiap orang sememangnya patut berperanan mengikut kesesuaian masing-masing. Mufti dengan cara dan kuasa muftinya. Raja-raja dengan cara dan kuasa raja-rajanya. Kita semua pun mestilah – dengan cara dan kuasa atau kedudukan kita masing-masing.

Tetapi dalam hal ini saya mempertahankan hujah bahawa para mufti kita 14 orang itu tidak sepatutnya bungkem. Fitnah dan kelucahan itu sudah sampai ke tahap yang sangat serius. Fatwa apakah yang digunapakai oleh para mufti kita maka mereka boleh terus bungkem, sedangkan bungkemnya mereka itu adalah diertikan sebagai mereka tidak berhalangan dengan perbuatan jahat tersebut.

Kita semua maklum ini semua adalah kerja politik. Di negara kita ini politik sudah merampas banyak perkara yang sepatutnya dihalang daripada dirampasnya. Tetapi oleh kerana kuasa dan pengaruh 'bukan-politik' tersangat lemah, maka politik bermaharajalela. Baru-baru ini dalam isu novel Interlok misalnya, sastera pun sudah dilanyak oleh politik. Politik tiba-tiba lebih arif mengenai sastera, sedangkan orang sastera sendiri pandangan mereka mengenai sastera pun tidak dipedulikan.

Dan sekarang soal fitnah-menfitnah menggunakan hal-hal yang lucah dan melanggar akhlak Islam. Hal-hal sulit yang mengaibkan yang sepatutnya ditutup, telah dibuka dan dibentangkan di depan khalayak, menggunakan segala media massa. Semua peringkat umur didedahkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Masyarakat sudah jadi tonggang langgang haru-biru dan hilang segala peraturan. Semuanya tidak lain semata-mata kerana orang politik mengejar kuasa dan pengaruh.

Hendak disalahkan orang politik tak ada gunanya, kerana memang itulah politik. Kuasa dan pengaruh. Teori Machiavelli atau entah teori gila apa pun mereka peduli apa! Yang penting mereka mahu berkuasa. Memang itu politik.

Yang salahnya ialah orang-orang agama dan orang-orang budaya dan orang-orang intelektual. Seperti para mufti kita 14 orang itu. Bungkem semuanya. Tak bersuara untuk mempertahan-kan apa yang sepatutnya dipertahankan. Dulu kita ada seorang Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berani bersuara menjelaskan mana yang benar dan mana yang salah, mengikut pendapatnya, walaupun ada pihak yang tak suka.

Sekarang dia pun tidak menjadi mufti lagi. Sayang sekali, di umur yang semuda itu! Tetapi itulah dia, seorang mufti yang patut dicontohi. Mungkin ada tindakannya yang kita pun tak setuju. Itu biasa, sebagai manusia, tentulah ada juga tersilapnya. Tetapi yang lebih pentingnya dia menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111