" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 3, 2011

Mudahnya PM kita ditipu!

Oleh DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini.

Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberikerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan.

Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111