al-banjari
Gempa bumi dan tsunami melanda Jepun secara kombo. Ditambah pula dengan ancaman letupan loji nuklear. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Jepun yang dianggap antara negara maju di Asia tidak mampu berbuat apa-apa.
Gempa bumi dan tsunami melanda Jepun secara kombo. Ditambah pula dengan ancaman letupan loji nuklear. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Jepun yang dianggap antara negara maju di Asia tidak mampu berbuat apa-apa.
Jepun tidak akan dapat bertahan sendirian tanpa bantuan negara-negara lain sekalipun mereka maju dalam bidang teknologi, dan merupakan negara paling berpengalaman dalam menghadapi musibah gempa bumi dan tsunami.
Di samping kita menginsafi tragedi yang berlaku di negara matahari terbit itu, jangan kita sangka musibah yang sama tidak akan berlaku dalam negara kita hanya kerana kita beriman dengan ilmu kaji alam yang mengatakan negara kita terkeluar dari lingkaran api pasifik.
Tidak sekali-kali terlepas. Bumi ini adalah milik ALLAH, tidak kira dalam lingkaran api pasifik atau pun tidak, hanya Dia yang maha berkuasa mendatangkan nikmat ketenteraman ataupun musibah yang menggerunkan.
Tragedi yang berlaku di Jepun itu mengundang banyak persepsi. Ada yang rasa belas kasihan kepada mangsa. Ada yang bersikap tidak ambil kisah. Ada yang menyindir dengan gambaran kartun. Tidak terkecuali ada yang bertepuk tangan sambil berkata padan muka! Pihak yang berbelas kasihan mula menghulurkan bantuan.
Yang tidak ambil kisah memang tidak mahu peduli susah senang orang lain. Yang menyindir sudah pun mohon maaf setelah mendapat bantahan masyarakat dunia. Tinggal lagi yang mengatakan padan muka kepada Jepun yang dilanda musibah belum ada.
Yang tidak ambil kisah memang tidak mahu peduli susah senang orang lain. Yang menyindir sudah pun mohon maaf setelah mendapat bantahan masyarakat dunia. Tinggal lagi yang mengatakan padan muka kepada Jepun yang dilanda musibah belum ada.
Padan muka, nah ! itu aku yang kata !! Kerana dulu tentera Jepunlah yang menyeksa tok nenek moyang kita dan menghuru-harakan negara kita. Biarlah mereka. Inilah balasan tuhan kepada kejahatan mereka.
Lebih kurang begitu bunyinya sesetengah orang yang masih menyimpan dendam kepada Jepun. Perlu kita renung sejenak, apa untungnya kita berdendam. Malah generasi Jepun sekarang bukanlah sama seperti generasi perang dunia dahulu kala. Kalau dahulu mereka didoktrin dengan jaran komunis yang melampau, kini mereka bukan lagi berfahaman komunis.
Kalau ada pun komunis yang moden dan sudah 'cair' kekomunisannya - tidak sekuat komunisnya Korea Utara lagi. Malah ramai anak-anak muda Jepun menjadi golongan yang tiada pegangan, free thinker dan sebilangan kecil sahaja masih berpegang dengan ajaran kuno Jepun.
Dalam keadaan pegangan kepercayaan masyarakat yang longgar terhadap agama dan ideologi nenek moyang mereka, missionari Kristian bergerak masuk mendoktrinkan ajaran Kristian di Jepun. Sebahagian besar generasi muda Jepun terpengaruh dengan ajaran Kristian,
Ajaran ini walaupun mereka tidak amalkan sepenuhnya dalam kehidupan harian, tetapi ajaran Kristian menjadi pegangan kebanyakan generasi muda Jepun, menghakis ideologi Jepun kuno. Perubahan ketara pegangan generasi muda Jepun ini menimbulkan kebimbangan golongan tua yang masih mempertahankan adat dan budaya tradisional Jepun. Golongan muda mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak senonoh.
Islam menjadi agama minoriti di Jepun. Islam mula menembusi ideologi kuno Jepun ketika persahabatan kerajaan Jepun dengan kerajaan Turki Othmaniyyah. Beberapa general serta tentera jepun memeluk agama Islam. Pendakwah-pendakwah Islam berbangsa Jepun turut menyebarkan agama Islam. Islam masih menjadi agama minoriti di Jepun sehingga hari ini, namun perkembangan Islam di Jepun semakin rancak sejak akhir-akhir ini apabila pendakwa-pendakwah dari negara-negara umat Islam bergiat aktif menyampaikan Islam di sana, termasuklah pendakwah dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta negara-negara Arab yang lain.
Sekolah-sekolah rendah Islam mula diwujudkan. Anak-anak orang Islam berbangsa Jepun belajar bersama-sama dengan anak-anak orang Islam Indonesia, Malaysia, Pakistan dan sebagainya. Proses dakwah Islamiyyah terus berlaku di Jepun.
Oleh itu, 'padan muka' adalah satu ekspresi yang meluahkan dendam yang terbuku dalam hati, walhal umat Islam sepatutnya mempunyai minda dakwah yang mampu mengambil peluang menyebarkan kemuliaan Islam kepada umat dunia. Dalam keadaan survivor yang terselamat dalam malapetaka itu, pasti mereka merasakan sudah putus harapan, segalanya musnah. Tempat tinggal ghaib, harta benda musnah, ahli keluarga lenyap sekelip mata, maka kepada siapakah lagi mereka akan dapat menggantung harap?
Tentulah kita perlu membawa agenda dakwah, memberi harapan kepada mereka. Sesungguhnya hanya kepada ALLAH sahaja tempat pergantungan dan pengharapan. Dia Maha Hidup dan Maha Kekal selamanya. O-Nihonjin.... ALLAH ga yakudatsu yo!
No comments:
Post a Comment