PAS Kawasan Batu mendesak agar Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Kosmo dan Pengerusi Media Prima (TV3) meletakkan jawatan bagi menyatakan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat ekoran penyiaran gambar dan cerita lucah kononnya membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya berdasarkan mirip wajah yang serupa.
"Akhbar Utusan dan Kosmo juga TV3 yang diketahui umum memihak Umno-BN seolah-olah menjadi agen penyebar gejala sosial. Bahkan mungkin mereka menganggap semua ini sebagai budaya mereka dan tiada apa yang hendak dimalukan lagi," kata Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Datuk Tarmizi Mohd Jam (gambar kiri).
Sehubungan itu, PAS Kawasan Batu akan membakar akhbar tak rasmi Umno - Utusan Malaysia dan Kosmo serta TV3 sebagai simbolik protes di perkarangan Dataran Markaz PAS Pusat, Taman Melewar pada malam 10 April 1011, Ahad sempena ceramah rakyat "Fitnah Umno-BN kian melampau-lampau".
Slot ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF) Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bekas calon PAS PRK Dun Tenang, Cikgu Normala Sudirman, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dan pelakon filem "Hantu Mak Limah Pulang" Pak Jabit atau L. Man Kadir Shamsi juga wakil AMK.
Katanya, orang-ramai yang prihatin dijemput hadir dengan membawa sanak saudara, jiran tetangga ke majlis ini agar kebiadapan media kongkongan Umno-BN binasa semahu-mahunya.
Tarmizi percaya perbuatan yang dilakukan pihak tersebut dibuat tanpa sebarang larangan pihak berkuasa seperti Polis.
"Mana menteri, mana polis nak tangkap orang yang buat benda ini kerana bukankah hal ini masih lagi dalam siasatan?" soalnya penyiaran gambar video seks tersebut secara terang-terangan di akhbar Utusan dan Kosmo, bukan sahaja salah tetapi media terbabit sudah bertindak sebagai agen penyebar gejala sosial.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha PAS Kawasan Batu, Datuk Ismail Yahya (gambar kanan) kesal dengan tindakan pihak Polis yang tidak bertindak terhadap penganjur penayangan video seks di Hotel Carcosa Sri Negara, 4 April lalu.
Beliau juga kesal, Polis sekali lagi seolah-olah merestui tindakan cyebertrooper BN-Umno yang memain dan memutar belitkan isu video seks ini secara terbuka melalui blog-blog mereka malah Ismail yakin, tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar video seks berkenaan melalui youtube.

No comments:
Post a Comment