DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.
Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah.
“Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?,” tanya Mutalib dalam emailnya.
Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan
Baca selanjutnya di [Sabahkini.net]
No comments:
Post a Comment