" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 17, 2011

`Rasuah’ yang kian kabur di Sarawak!

Oleh: jinbukitridan

"Menurut kamus Dewan Bahasa katanama `Rasuah’ membawa maksud “ tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah

* Menawar/Memberi Rasuah

* Membuat Tuntutan Palsu

* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan


Persoalan utamanya di sini ialah apakah pemberian ratusan juta ringgit dalam tempoh kempen pilihanraya Sarawak itu patut diklasifikasikan sebagai `rasuah’? Jika tidak ada Pilihanraya Negeri berlaku kita percaya durian runtuh ini tidak akan tiba-tiba turun dengan banyak sekali dalam tempoh yang singkat. Bukankah pemberian secara mendadak dalam apa jua namanya ini oleh golongan yang berkepentingan dalam sesuatu pilihanraya boleh dinamakan sogokan atau rasuah untuk mengundi mereka dalam proses pilihanraya?

Bantuan sana bantuan sini , projek sana projek sini dalam keadaan rakyat ingin menilai parti manakah lebih baik!

Jika keadaan ini terus dibenarkan atau tidak dipedulikan oleh seluruh rakyat kita percaya fenomena ini akan menjadi satu kebiasaan yang seakan tidak bersalahan dengan etika walhal ianya terang-terang menyalahi hukum agama. Mengambil kesempatan atas golongan yang tersepit oleh mereka yang mempunyai kuasa! Akhirnya rakyat di negara kita pada suatu masa kelak akan menagih habuan segera dalam bentuk material dan wang ringgit dari pihak yang ingin membawa perubahan atau kemajuan kepada negara.

Rasuah itu perbuatan yang hina lagi keji tapi lebih keji lagi jika kita sebagai warganegara tidak berusaha membendungnya. Rasulullah s.a.w mengutuk keras perbuatan ini antaranya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim , dari Thauban r.a Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Rasulullah melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara keduanya”

Kita amat memohon pihak SPRM mengambil pendirian tegas dan mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung perkara keji ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111