Oleh Lim Guan Eng
Demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) menunjukkan permainan politik bahaya Umno yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5 juta.
Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.
Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak Umno untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun.
Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.
Kegagalan menghentikan akhbar milik Umno, Utusandaripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja.
Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.
DAP mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan adalah juga termaktub dalam perlembagaan DAP.
DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal menghalang Utusan daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar.
Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusansekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu? Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik Umno yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.Dalam demonstrasi terhadap saya itu, Umno memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan 29–Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta.
Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini dilakukan melalui pengawasan rapi Exco Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng.
Ini adalah kes klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.
Sangat menyedihkan apabila Umno sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan Pakatan. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. Pakatan pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.
BN dan Umno mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterworth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip antara BN dan Pakatan.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan Umno tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.
Rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama harus berdiri bersama-sama menentang Umno dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.
No comments:
Post a Comment