" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, June 12, 2011

Isu Negara Berkebajikan serlah hipokasi Umno

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Rasanya tidak ramai orang berakal akan mudah percaya jika dikatakan bahawa Umno sangat serius menjadikan pemerintahan ditunjanginya kini selari dengan tuntutanhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh26DIMxG1iFrvneTHmwZhjNIuW2oTEdU6g1WCvxw1kvkvhcTEYRjlFYFjfBH3qoyftrFiCXKmdwwCvpHE8l_weJ79AsPUKTsvrHqS4IQ0oqIn8Xk8WhHhOzA07ZmomI77j2zUU5Qx3Wcro/s1600/Kartun+Harakah+Membangun+Negara+Berkebajikan.jpg ajaran Islam. Bukan sahaja sukar mempercayainya, bahkan mungkin ada yang tergelak atau tersenyum sinis.

Sebab itu teramat janggal apabila tiba-tiba para pemimpin parti asobiyah itu kini riuh mempertikaikan kenapa PAS tidak lagi mencanangkan penubuhan Negara Islam.

Kononnya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memilih ‘Membangun Negara Berkebajikan’ sebagai tema ucapan dasarnya minggu lalu, ia menandakan parti itu sudah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam yang sekian lama diperjuangkannya.

Kejahilan dan kedangkalan para pemimpin Umno memahami konsep Negara Islam dalam konteks lebih menyeluruh adalah satu hal yang sudah dimaklumi. Namun persoalan yang lebih wajar ditanyakan ialah apakah keprihatinan Umno terhadap halatuju PAS itu bertitik tolak daripada hasratnya yang juga mahukan Negara Islam?

Kalau tidak kerana rekod pemerintahannya yang penuh dengan agenda mungkar dan sering pula menganjurkan perkara bercanggah dengan ajaran agama, sudah tentu tidak wajar bagi mana-mana pihak memperkecilkan komitmen Umno terhadap kedaulatan Islam di negara ini.

Malangnya, apa yang dapat dilihat, didengar dan dialami seluruh warga negara ini tidak membantu sesiapa pun memberikan kredit kepadanya di atas usaha memartabatkan hukum dan peraturan Tuhan.

Hendak dikatakan parti itu tidak berpeluang merealisasikan hasrat itu amat tidak munasabah. Ia telah diberikan kesempatan amat luas.

Lebih separuh abad selaku peneraju pemerintahan negara, tanpa pernah diselang-selikan oleh mana-mana parti lain walau seketika, sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk Umno menyempurnakan pelaksanaan agenda Islam, sekiranya ia betul-betul berhasrat sedemikian. Malangnya, hakikat itu tidak berlaku.

Mungkin itu sebab orang susah percaya jika hal ehwal menegakkan Islam cuba dikaitkan dengan sikap dan pendirian Umno. Barangkali juga ia disebabkan tabiat Umno sendiri yang bukan sahaja tidak mewarnai wajahnya dengan warna Islam, malah kerap bertindak dalam bentuk yang dinilai sebagai tidak mesra terhadap mana-mana pihak yang mahu menegakkan nilai hidup Islam.

Contohnya, selaku parti tunjang kerajaan tentu sekali Umno tidak boleh lari dari dipertanggungjawabkan apabila usaha menyemarakkan dakwah Islam dan operasi pembanterasan maksiat sering berdepan karenah birokrasi yang rumit. Bahkan dalam sebilangan kes, para pemimpin Umno sendiri tampil membantah pihak-pihak di bawah bidang kuasanya yang cuba mempertahankan peraturan Islam yang telah digunapakai sekian lama.

Dalam kes yang lebih menyerlah, Umno muncul sebagai penghalang nombor satu bagi PAS memperkenalkan undang-undang Islam di negeri-negeri diperintah parti lawannya itu. Bukankah para pemimpin parti itu yang secara terbuka memberi amaran keras kepada pemimpin kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu agar tidak meneruskan hasrat melaksanakan hukum Hudud dan Qisas suatu ketika dulu?

Sebab itu rakyat melihat sikap Umno yang kononnya amat prihatin dengan matlamat PAS menubuhkan Negara Islam kini tidak lebih suatu sandiwara politik. Ia mengingatkan kita kepada kes Hudud di Kelantan dan Terengganu dulu.

Sejurus PAS memerintah Terengganu pada akhir 1999, Umno menjadi pendesak utama agar Hudud dilaksanakan. Hampir setiap simpang jalan yang strategik dinaikan pemidang mendesak perkara itu. “Mana hudud?”, “Bila lagi nak laksanakan hudud?”, “Rakyat Terengganu Mahukan Hudud”, baca beberapa pemidang itu.

Tidak cukup dengan itu, dalam ceramah dan program riuh-riuh anjuran Umno, isu kegagalan kerajaan PAS laksanakan Hudud turut dilaungkan.

Anehnya, apabila enakmen Hudud dan Qisas dibentang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, empat Adun Umno mengambil pendirian berkecuali. Mereka tidak mengundi, sama ada menyokong atau membantah.

Sepatutnya dengan keghairahan melebih-lebih penjuak Umno di luar sana, kesemua empat Adun itu menjadi orang paling awal mengangkat tangan menyokong enakmen tersebut.

Hipokrasi Umno dalam menuntut pelaksanaan Hudud oleh PAS lebih terserlah apabila enakmen itu diluluskan dan kemudiannya diwartakan. Ada kenyataan pemimpin Umno mempertikai kewajaran melaksanakannya.

Ertinya, suara mereka mendesak PAS melaksanakan hukum itu sebelum itu rupa-rupanya hanya persendaan. Ia tidak lebih sekadar mewujudkan tekanan politik kepada PAS atau memberikan gambaran kegagalan pemerintahan parti itu.

Umno membuktikan ia memang tidak pernah berhasrat melihat hukum Islam itu terlaksana. Sebab itu selepas ia kembali berkuasa di Terengganu, eakmen Hudud dan Qisas ‘diperap’ dari pengetahuan umum, seolah-olah ia tidak pernah dibentang, diperbahas dan diluluskan Dun. Sedangkan ia telah diperkenankan Tuanku Sultan, diwartakan sebagai undang-undang sah bagi kerajaan negeri Terengganu dan hanya tunggu dilaksanakan

Itulah bukti hipokrasi Umno dalam menjunjung hukum Tuhan. Kini, episod hampir sama berkumandang lagi. Umno seolah mahu menggambarkan dirinya sebagai pihak yang paling mahukan Negara Islam. Lalu, apabila PAS tidak menyebut kalimah itu dalam muktamarnya kali ini, Umno seolah-olah menjadi pihak “paling dukacita”. Cheh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111