Bersih promosi demokrasi telus
SHAH ALAM – Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap diadakan bagi mempromosi tuntutan demokrasi dan pilihan raya bebas serta adil yang menjadi harapan seluruh rakyat.
Presidennya, Datuk S Ambiga berkata, perhimpunan Bersih 2.0 diharap berjalan dengan lancar dengan kerjasama penuh daripada pihak polis.
Menurutnya, beliau berharap supaya perhimpunan itu akan berlangsung secara aman dan tidak berakhir dengan keganasan seperti sebelum ini.
“Saya akan menghadapi sebarang hukuman yang akan dikenakan berikutan perhimpunan ini, jika apa yang berlaku selepas ini adalah sebaliknya.
“Tetapi, jika Bersih 2.0 mendapat kerjasama polis pasti ia akan berjalan lancar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu bersama-sama memperjuangkan agenda itu untuk membentuk masyarakat madani dan membantu menyalurkan suara rakyat ke peringkat sepatutnya.
“Sekiranya ada pihak meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, membuktikan mereka menindas suara rakyat yang cuba dibangkitkan.
“Semua pihak sama ada ahli politik dan rakyat mempunyai hak menikmati kebebasan yang dinamik dan telus ini,” katanya
Menurutnya, Bersih 2.0 yang dilancarkan pada 10 November tahun lalu hanya terdiri daripada ahli-ahli golongan masyarakat madani.
Katanya, perhimpunan kali ini adalah satu inisiatif yang dipimpin masyarakat madani dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti politik yang ada. -SH

DPP hantar 50,000 sertai BersihKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu dijangka menghantar sekurang-kurangnya 50,000 ahlinya menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya belum memutuskan tarikh sesuai untuk bertolak ke sana.
Menurutnya, walaupun banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis, khusus di negeri ini, untuk membantah penganjuran tersebut, pihaknya tetap tidak akan berganjak daripada keputusan yang dibuat.
“NGO tersebut tidak faham makna demokrasi. Kalau kita tengok mereka akan bersikap ‘double standard’ (berat sebelah) bila orang lain buat demonstrasi, khususnya Pemuda UMNO.
“Mereka akan senyap dan keadaan itu boleh dilihat sebagaimana yang berlaku ketika zaman Pas memerintah Terengganu, ini menunjukkan mereka diperkudakan oleh UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa NGO yang membuat laporan polis berhubung penganjuran perhimpunan Bersih.
Ditanya sama ada perhimpunan itu mungkin mendatangkan kekacauan kerana dijangka kira-kira 300,000 orang terlibat, Mohd Nor berkata, ia akan dilakukan secara aman dan polis juga akan memainkan peranannya dengan baik.
Beliau mendakwa, kekacauan yang berlaku dalam demonstrasi yang dilakukan sebelum ini adalah akibat provokasi pihak tertentu yang menyembur air dan sebagainya, sehingga menakutkan orang ramai.
Perhimpunan Bersih bertemakan ‘Walk For Democracy’ (Berjalan Untuk Demokrasi) bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil itu dijadualkan bermula jam 2 petang dan himpunan tersebut diputuskan oleh Bersih bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat 19 Mei lalu. -SH
Pemuda Pas sokong Bersih, Hantar 30 Ribu PesertaIPOH - Pemuda Pas Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.
Ketua Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu orang akan bersama-sama dalam himpunan tersebut dan menggesa rakyat negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih Menteri Besar sah supaya dapat bersama mereka.
“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem Pilihan Raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan.
“Himpunan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya Pilihan Raya perlu bersih,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohd Akmal berkata, kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan beberapa tuntutan yang sepatutnya.
“Tuntutan seperti penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara, penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan serta semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.
“Begitu juga dengan iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih dan media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik,”katanya.
Beliau berkata, mereka tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti.
“Tetapi kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
“Kami bersama Badan Bukan Kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,”katanya. -SH
No comments:
Post a Comment