" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, June 6, 2011

Satu kritikan terhadap slogan "PAS ganti Umno"

Oleh Dinsman

Ya, kenapa PAS ganti Umno? Kalau tak ganti Umno, tak bolehkah? Biarkan sahajalah Umno itu rosak dan reput begitu saja. Tak perlu ganti. Dia rosak, dia rehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil6qs4FsMA73ERwfOoygipiIqO4Gq0GRHBp0NtByfwUmsOX79q8mHLTOiwSVngjCJQ18BPZ0ithSj7TSgr6u0SoBvobMJlAugd0xE28au5Vof-smCSyu2v3s3H8ewqx1NOqqzGCyX5h4Mz/s320/pgu.gifput, dia hilang – habis. Yang pentingnya dia tak berkuasa lagi di negara ini. Kenapa pula PAS mesti ganti dia?

Apabila Umno rosak, reput dan hilang habis, dia tak berkuasa apa-apa lagi. Tak boleh lagilah dia nak perintah negara ini. Masa itu kalau PAS yang lebih banyak mendapat kepercayaan rakyat, PAS-lah yang mengambilalih atau membentuk kerajaan yang akan memerintah atau mentadbir negara ini

Bukan mengganti Umno, tapi mengambilalih teraju pemerintahan/ pentadbiran. Tak ganti Umno. Dan Umno tak perlu diganti. Biarkan saja dia reput dan hilang dimakan zaman.

Saya tak tahulah dari mana datangnya pemikiran PAS ganti Umno itu, dan saya rasa tak perlulah saya nak tahu itu. Dan saya pun tak pernah fikirkan pun pasal ungkapan itu. Ia bukan urusan saya. Tapi bila orang semua tiba-tiba bercakap pasal muktamar PAS, dan hari itu saya ke Kundang nak dengar ceramah Tok Guru Nik Aziz, saya tengok banyak tergantung T-shirt “PAS ganti Umno” di gerai jualan.

Sejak itulah fikiran ini mula mengganggu minda saya. PAS ganti Umno. Kenapa PAS menti ganti Umno? Saya rasa saya fahamlah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Ia ditujukan kepada orang Melayu yang sangat taksub dengan Umno, yang berfikir hanya Umnolah sahaja parti yang boleh menolong orang Melayu. Maka kepada mereka itu seperti ingin dikatakan: Jangan bimbang. PAS akan ganti Umo, atau PAS boleh ganti Umno.

Tapi saya terfikir juga – hari itu kita duk kempen kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama, kita kata “PAS for All / PAS untuk Semua”. Sekarang tiba-tiba sudah jadi PAS ganti Umno pula. Macamana ni? Betulkah PAS untuk semua itu, atau itu hanya kata-kata untuk sementara hendak memujuk orang bukan Melayu sahaja?

Saya juga terfikir – bila orang bukan Islam baca kata-kata PAS ganti Umno itu, apa yang mereka fikir? Eh, PAS hendak ganti Umno pula? Nak jadi parti untuk orang Melayu pula?

Dan itu boleh tahan lagi. Tapi kalau mereka fikir: Eh, PAS nak ganti Umno? Umno itu ‘kan parti yang jahat, yang penuh dengan rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Kenapa PAS nak ganti Umno? PAS pun nak jadi parti jahat jugakah bila Umno sudah tak ada nanti?

Itu fikiran yang terlintas dalam kepala sayalah. Mungkin tak betul. Tapi memang saya tertanya-tanya begitu. Mengapalah mesti nak ganti Umno! Kalau tak ganti Umno tak bolehkah? PAS sebagai PAS sahaja tak bolehkah?

Apakah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri, maka ia perlu bersandar dan bergantung pula dengan yang lain? Itu implikasinya bila dikatakan PAS ganti Umno. Seolah-olah PAS tidak cukup kuat untuk berdiri sendiri. Maka ia perlu berdiri di atas tapak Umno. (Ganti Umno itu bukankah maknanya berdiri di atas tapak Umno?) Perlukah Umno berbuat begitu? Padahal antara PAS dengan Umno itu bezanya terlalu besar dan terlalu banyak. Bukankah itu boleh mengelirukan?

Bagi saya apabila dikatakan “PAS ganti Umno” itu ia memang mengelirukan. Cubalah fikirkan: kalau PAS boleh ganti Umno kepada orang-orang yang taksub dan fanatik Umno itu, apa implikasinya? Implikasinya ialah PAS tak banyak bezanya dengan Umno. Sebab itu PAS boleh ganti Umno.

Lagipun apalah pentingnya dan mustahaknya sangat nak ganti Umno itu? Kalau dengan tak mengganti Umno pun PAS mampu untuk menang dan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, untuk apalah pula nak berfikir PAS ganti Umno, setelah semua orang sudah dengar kita melaung-laung “PAS untuk Semua”?

Kalau sudah PAS untuk Semua, teruskan sajalah PAS untuk Semua! Mengapa perlu diubah-ubah lagi? Seolah-olah perjuangan PAS itu boleh berubah-ubah? Sekejap kata Umno itu aqidahnya sesat, sekejap kata PAS itu untuk semua, sekejap kata PAS boleh ganti Umno bagi orang Melayu pula. Apa sebenarnya ini?

Dulu saya pernah tulis buku “PAS jangan jadi Umno”, dan kebetulan baru-baru ini ada kawan mencadangkan supaya buku itu dicetak semula dengan beberapa penambahan isu-isu baru. Mengikut pandangan kawan itu sekarang lebih banyak tanda-tanda orang PAS yang cenderong bersikap macam orang Umno, dibandingkan waktu buku itu diterbitkan dulu.

Saya tak menjawab apa-apa kepada cadangan kawan itu. Tetapi apabila sekarang memikirkan kekeliruan yang terjadi sekitar pemikiran “PAS ganti Umno” ini, saya teringat semula kepada cadangan tersebut. Barangkali ada kebenarannya di situ. Kalau tidak, masakan idea “perpaduan” itu boleh sekejap timbul sekejap hilang dan sekejap timbul lagi begitu?

Nampaknya seperti wujud semacam pertalian antara dua perkara ini – kerajaan perpaduan dan PAS ganti Umno. Kedua-duanya ada hubungan dengan Umno. Mengapa pimpinan PAS mesti berfikir dalam kerangka yang ada Umno di dalamnya?

Bukankah Umno itu sudah jadi sesuatu yang jijik, kotor, lucah dan “busuk hingga ke usus”? Kenapa PAS masih tak mahu berpisah dengannya, hingga mahu menggantikannya pula?

Untuk menawan hati orang Melayu, PAS tak perlu ganti Umno. PAS hanya perlu belajar dengan Kelantan. Di Kelantan itu orang Melayu 95 peratus. Negeri yang paling ramai orang Melayu. Jadi, siapa kata orang Melayu sukar hendak terima PAS?

Inilah sebabnya saya telah berulang-ulang kali mengatakan PAS mesti akui kejayaan Kelantan, dan belajar daripada Kelantan. Berhentilah berfikir secara berbolak-balik sekejap begitu dan sekejap begini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111