Oleh Angkasanuri
Keputusan rasmi sudah diumumkan. Kabinet baru Pas kini mengorak langkah untuk mengotakan janji terutama dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. Apa yang saya perhatikan yang paling banyak mengulas tentang kabinet baru pas bukannya pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat tetapi majoritinya pemimpin Umno.
Seperti dijangka semua akhbar milik Umno/BN memberikan layanan 'istimewa' kepada kabinet baru Pas. Menurut Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang tewas kepada Tn Hj. Muhamad Sabu atau dikenali dengan Abang Mat, bukan namanya Umno kalau mereka menyokong Pas.
Manakala menurut Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat dalam ceramah malam tadi, Umno tidak tidur lena dengan kabinet baru Pas terutama dengan kemenangan Abang Mat.
Tak perlu diulas diceritakan siapa dia Abang Mat, bukan sahaja budak PASTI budak belajar tadika Kemas yang ditaja oleh Umno pun kenal beliau. Pengalaman saya berurusan dengan Abang Mat cukup untuk mengenali hati budi beliau. Seorang yang sangat low profile, tidak demand bila dijemput ceramah dan tak banyak kerenah. Saya terlibat beberapa kali berurusan dengan beliau dalam menguruskan jemputan ceramah. Boleh dihubungi secara terus...Tak ada PA tak ada protokol...Saya masih teringat semasa satu program di Pulau Pinang yang saya terlibat menjemput beliau saya terperasan Abang Mat pakai baju koyak....sayu rasa masa tu...Mungkin beliau tak perasan...tetapi saya perasan bajunya berkualiti rendah....Itulah Abang Mat walaupun ketika itu sudah jadi wakil rakyat di Nilam Puri dan tokoh Pas popular.
Kemenagan Abang Mat dan saf kepimpinan yang baru sebenarnya satu momentum dan suntikan semangat kepada Pas untuk berhadapan pilihanraya Umum ke 13. Saya yakin sentuhan Abang Mat pastinya menggerunkan Umno terutamanya Abang Mat bakal memimpin kebangkitan rakyat dalam Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai depan.
Apa yang paling menggusarkan Umno, cubaan mereka untuk melaga-lagakan pimpinan Pas jauh meleset. Tidak wujud perpecahan ataupun puak-puak seperti yang sering berlaku dalam Umno.Polemik dan ulasan kemenangan dan kekalahan adalah lumrah. Masing-masing menerima dengan hati terbuka sesuai dengan kejayaan hasil tarbiyyah Pas yang meletakkan jawatan adalah amanah yang bukan untuk dibanggakan.
Umpama kata Presiden Pas, Tuan Guru Dato seri Hj. Abdul Hadi Awang pertukaran kepimpinan Pas umpama menukar perabot rumah. Tidak bermakna perabot lama tidak berguna dan akan dibuang terus. Kadang-kadang perabot lama harganya lebih mahal daripada perabot baru. Saya cukup yakin mereka yang tewas mengikut tradisi Pas akan diberi peranan tertentu bagi memastikan kesinambungan Pas dalam merealisasikan 'Negara Berkebajikan'.
Cuma saya sedikit bimbang mungkinkah selepas ini video hitam putih Abang Mat pula akan terbit di pasaran..........

No comments:
Post a Comment