PULAU PINANG - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi menyiasat pembelian sebentuk cincin berharga RM24.4 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Laporan itu dibuat oleh pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin pada pukul 11.45 pagi tadi di SPRM Pulau Pinang. Menurut Badrul, pihaknya mendesak SPRM secara serius menjalankan siasatan terhadap punca dan sumber wang yang digunakan Rosmah bagi membeli cincin berkenaan.
Badrul sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York, tanpa dikenakan cukai.“Kita juga ingin mendapatkan penjelasan (dari perdana menteri dan isterinya) dan penyiasatan serius serta pantas kerana kami mendapat sumber bahawa arahan telah diberikan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar maklumat pangkalan data dan bukti dipadam,” kata Badrul atau Chegu bard.
Skrin sistem maklumat KDRM |
Menurut Badrul, bukti pembelian cincin itu diperolehi melalui skrin sistem maklumat (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport. “SAMM juga telah membuat kajian padanan barangan syarikat Jacob & Co terhadap perhiasan rosmah dan ternyata kebanyakan perhiasannya adalah dari syarikat tersebut,” kata Badrul.
Menurut beliau, gambar bukti pemadanan tersebut akan dimasukkan ke laman internet secepat mungkin. Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ oleh sesetengah pihak membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu.
Beliau juga dikatakan gemar melancong menerusi perbelanjaan lawatan rasmi suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak RM17,118,650.58 diperuntukkan bagi tujuan itu dari 2008 hingga 2011./kd
No comments:
Post a Comment