" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, July 22, 2011

Kes TBH: Hishamuddin Angkuh, Arman Pembuli, Ashraf Salahguna Kuasa

Kes Teoh: Tiga pegawai SPRM dilabel ‘pembuli, salah guna kuasa dan angkuh’

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Suruhanjaya diraja siasatan yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata bekas setiausaha politik itu ‘terganggu’ ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) yang dilabel sebagai “Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh.”

Malah, ia juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang ‘menundukkan’ Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Menurut laporan suruhanjaya itu, “Arman yang membuli” kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.

“Ashraf salah guna (kedudukan),” kata suruhanjaya merujuk kepada kaedah yang digunakannya mendapatkan bukti.

Elemen paling teruk dalam penilaian laporan itu mengenai kaedah-kaedah SPRM adalah gambaran suruhanjaya tentang Hishammuddin.

“HH merupakan seorang pemimpin angkuh, yang akan menggunakan apa sahaja selagi matlamatnya tercapai, tidak kira cara yang digunakan,”
kata laporan tersebut.

Sebagai ketua, Hishammuddin dikatakan menyemai ketakutan di kalangan pegawainya.

Di bawah kepimpinan Hishammuddin, kata laporan suruhanjaya ini, kebanyakan pegawai ada tabiat berbohong. -TMI


Hishamuddin Seorang Yang Angkuh, Memberi Maklumat Tidak Benar...

Suruhanjaya: HH tiada ‘sentuhan’ dalam kematian Teoh, tapi perlu tanggungjawab

Hishamuddin HashimKUALA LUMPUR, 21 Julai —Seorang pegawai kanan SPRM Selangor telah melancarkan operasi skala besar-besaran untuk menyiasat satu dakwaan salah guna dan hanya berdasarkan kepercayaan seorang pemberi maklumat, tanpa fakta-fakta sokongan, demikian menurut suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Dalam laporannya, suruhanjaya mendapati Hishammuddin Hashim (HH)(gambar), pengarah SPRM Selangor ketika itu, terlibat dalam operasi rasuah terhadap seorang Adun DAP, yang membawa kepada kematian Teoh, yang didapati membunuh diri.

“Tiada bukti langsung yang boleh membuktikan bahawa HH ada sentuhan dalam kematian TBH (Teoh Beng Hock).

“Bagaimanapun sebagai seorang pegawai paling kanan yang terlibat dalam operasi, beliau harus bertanggungjawab ke atas tindakan yang diambil olehnya dan pegawai-pegawainya, yang membawa kepada TBH, dengan membunuh diri,” kata suruhanjaya ini lagi.

Dalam laporannya tambah suruhanjaya, pihaknya mendapati Hishammuddin sangat angkuh dan memberi maklumat tidak benar selain sikapnya yang tidak boleh berkompromi.

Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin secara berterusan menafikan pembabitan aktifnya dalam operasi ketika kejadian.

Panel suruhanjaya berkata pihaknya mengetahui keadaan sebenar apabila dua pegawai Hishammuddin memaklumkan bahawa bekas pengarah SPRM Selangor itu yang mengeluarkan segala perintah dan mengarahkan pegawai-pegawainya siapa dan bagaimana perlu disoal siasat.

Hishammuddin kini merupakan pengarah SPRM Negeri Sembilan.

Kata suruhanjaya, pihaknya dari awal mendapati bahawa Hishammuddin yakin dengan kebenaran maklumat yang diperoleh.

“Bagaimanapun, dia sedar fakta bahawa maklumat itu bersandarkan kepercayaan bahawa Adun Selangor terbabit menerima wang daripada peruntukan tanpa adanya program-program dilaksanakan,” kata suruhanjaya.

Suruhanjaya juga berkata Hishammuddin yang ada 19 tahun pengalaman seharusnya telah berhati-hati memandangkan aduan yang dibuat adalah serius dan membabitkan kerajaan negeri Selangor.

Sebaliknya menurut suruhanjaya, daripada menjalankan kerja-kerja awal berdasarkan maklumat yang diterima, Hishammuddin menjalankan operasi besar-besaran. -TMI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111