" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, July 31, 2011

Menteri KDN Tidak Seharusnya Diberikan Kuasa Tuhan Bagi Menahan Tanpa Bicara

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

Menurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”. -mk

Ulasan GB

Selepas era BERSIH 2.0 ini kita berharap akan lebih ramai para cendekiawan dan penjawat awam yang berani tampil ke hadapan untuk membela dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan sepertimana Prof Shad Saleem di atas.

Sudah ramai dari kelompok masyarakat yang berbagai yang terdiri dari kaum para peguam, seniman, peniaga, intelektual yang kini telah berani tampil menyuarakan pandangan mereka tanpa rasa takut dan tanpa berselindung kerana kezaliman dan keganasan yang dilakukan ke atas rakyat oleh polis dan kerajaan BN itu sewajarnya diberikan noktah terakhir.

Penting untuk masa depan negara yang lebih aman, damai dan makmur dengan mengembalikan hak asasi manusia sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan itu dihormati dan kebenaran serta keadilan itu diletakkan di tempatnya yang leboih abadi.

Persetankan sekalian pencacai yang mengampu dan membodek untuk kedudukan, pangkat, nama dan harta kekayaan.

Kebenaran itu akan tetap terserlah jua akhirnya, sepertimana kezaliman SPRM yang akhirnya terdedah di dalam kes Teoh Beng Hock.

Malah sebelum ini GB telah menyarankan supaya menteri-menteri seperti Hishamuddin dan Mohd Nazri itu serta pegawai-pegawai kanan Polis & SPRM ditangkap dan diheret ke muka pengadilan. Kerana perlanggaran ke atas hak asasi manusia yang keterlaluan di samping tidak lansung menghormati Perlembagaan.

Kita sebagai rakyat terbanyak hanya mampu terus berdoa kepada Allah s.w.t.

1) Allahumma arinal haqqan, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan sepertimana janjiNya:


Firman Allah bermaksud,

Katakanlah : Telah datang yang haq (kebenaran) dan telah lenyap yang batil atau yang palsu. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap. (Al Israa' 81)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111