" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, July 13, 2011

”Tragedi Berdarah 709, Sabtu, 9 Julai 2011”

Dewan Muslimat PAS Pusat (Dewan Muslimat) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis era pentadbiran Najib Tun Abdul Razak dan sepupunya Hishahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1pqLJEpPGsPMqKRvptBfRgy2fu6aklWTrQ-BSNqX36BnvLtWMM4oYA1lV5G1-776xffdGfR7m8LA5wQ1tQPDB9dz4P_nrG39R6Vxeysgao-d22Hk24YRmcSeMOh_XbCYfJvB1Y52S90g/s400/Patriot+dan+Bersih+2+Kuala+Lumpur+5.jpgmuddin Tun Hussein Onn yang telah memilih untuk menggunakan tindakan kekerasan dalam menghadapi dan menangani Himpunan Aman Rakyat ”Bersih 2.0” pada 9 Julai 2011 yang lepas.

Tindakan kekerasan Polis ini terzahir secara jelas menerusi penggunaan semburan air berkimia ”water canon” (difahamkan kepekatannya ditingkatkan sehingga 30% daripada biasa), penggunaan gas pemedih mata ”canister” (difahamkan diimport daripada syarikat yang sama membekalkan bahan tersebut kepada tentera Israel untuk digunakan ke atas ummat Islam Palestin), penggunaan ”cota” atau kayu belantan untuk menakutkan serta memukul rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata, penggunaan pengikat tangan daripada plastik wrap bergerigi yang berpotensi mencederakan dan menjerat tangan mangsa lebih kuat dan cengkam bilamana pergerakan pergelangan tangan mangsa berlaku.

Tidak terkecuali Polis juga telah melakukan ”direct physical contact” terhadap para peserta himpunan termasuk menendang, memukul, menutup mulut, menampar, menarik secara kuat sepenuh kudrat, mengheret, mencekik, memijak, menindih dan pelbagai macam tindakan lagi yang jelas dapat kita lihat berlaku di hadapan mata kita pada hari kejadian yang kami ungkapkan sebagai ”Tragedi Berdarah 709”.

Tindakan melepaskan ”peluru gas pemedih mata - canister” secara membidik tepat kepada khalayak rakyat yang berhimpun secara aman, bahkan ada lokasi tertentu yang rakyat jelas kelihatannya duduk dan merayu agar tidak ”ditembak”, juga adalah suatu tindakan yang melampau, sangat dzalim, tidak berperi kemanusiaan dan seolahnya Polis ketika itu merupakan ”sekumpulan Penjenayah dan Pembuli yang berlesen”. Semua ini dapat dilihat dan dibuktikan secara jelas oleh rakyat serta wakil-wakil media yang hadir dan sempat membuat rakaman daripada pelbagai sudut. Keseluruhan tindakan kejam ini sangat tidak boleh diterima oleh aqal kita sebagai masyarakat madani. Ianya dilihat lebih mirip kepada budaya barbarian dan kehidupan manusia yang tidak bertamaddun.

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat salah laku oleh pihak PDRM, pencabulan undang-undang serta perlanggaran Keluhuran Perlembagaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sepanjang menangani Himpunan Aman Bersih ini ; khususnya oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua dan Timbalan Polis Negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang ”gangguan”.

Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin. Syor-syor SUHAKAM yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, DMPP mendesak agar SUHAKAM diberikan kuasa undang-undang khususnya untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang terbukti melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dewan Muslimat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0, semua badan NGOs dan parti-parti politik yang bergabung menjalankan Kempen Bersihkan Pilihan Raya Malaysia.

Dewan Muslimat menyanjung tinggi keberanian Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama yang komited dan konsistan dalam usaha kita semua menjayakan Kebangkitan Rakyat pada 9 Julai 2011 yang lepas, khususnya bagi menuntut 8 perkara berkaitan Reformasi Pilihan Raya negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya ini adalah ”Hadiah” paling bermakna kepada seluruh rakyat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada 31 Ogos akan datang. Justeru, Dewan Muslimat ingin menyarankan agar seluruh warga, pendokong dan penyokong Kempen Bersih ini mengenakan (memakai) pakaian berwarna Kuning pada tanggal 31 Ogos 2011 itu nanti sebagai manifestasi solidariti kita semua untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan bermakna untuk seluruh rakyat.

Dewan Muslimat turut menyelar semua pihak yang terlibat menafikan hak dan kewajaran Bersih 2.0 daripada menggunakan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011. Pandangan Patriot melalui Abdul Aziz (MT UMNO) misalnya yang mengatakan bahawa Stadium Merdeka adalah ”tempat yang suci” dan Bersih 2.0 tidak layak diberikan tempat di Stadium Merdeka adalah ternyata satu kenyataan yang biadab, tidak menghormati rakyat, derhaka dan tidak menghormati KDYMM Tuanku Mizan , bahkan suatu kenyataan melulu yang tidak matang dan bersifat munafiq.

Dewan Muslimat mencabar UMNO dan Pemuda UMNO khususnya, bagi menyatakan pendirian apakah artis-artis Barat yang berpakaian menjolok mata lebih ”mulia” dan ”bersemangat partriotik” kepada negara ini berbanding rakyat Malaysia yang menuntut satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil? Yang tentunya bercita-cita dan mendambakan ”Hari Esok Yang Lebih Baik Untuk Semua Warga”? Rakyat pelbagai kaum yang sanggup berdiri bersama ”without fear and favour”, dan terbukti telahpun menghadapi setiap cabaran dan ancaman yang dilontarkan oleh penguasa dzalim, Regim Barisan Nasional!

Dewan Muslimat turut merakamkan perasaan sangat berdukacita dan takziah kepada seluruh keluarga yang saudara mereka telah menjadi mangsa kedzaliman Regim Barisan Nasional. Khususnya kepada keluarga Almarhum Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih yang telah kembali ke rahmatuLlahi pada petang 9 Julai 2011 akibat daripada ”over reaction” pentadbiran Najib.

Akhirnya, Dewan Muslimat menyokong penuh akan pendirian berupa peringatan dan saranan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang bahawa 9 Julai 2011 itu hanyalah satu muqadimah kesungguhan dan ketegasan tuntutan rakyat. Dewan Muslimat komited untuk terus memberi kesedaran kepada seluruh warga akan keperluan suatu sistem Pilihan Raya yang Bersih dan Adil bagi memastikan negara ini dapat dihormati kawan dan juga lawan.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!

Hormat Daripada,
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

13 Julai 2011, Kuala Lumpur .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111