Ramai tak kibar Jalur Gemilang
KUALA LUMPUR: Masih ramai yang enggan memasang Jalur Gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan ataupun kenderaan walaupun sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bakal tiba.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Fuad Hassan, berkata walaupun pelbagai kempen diadakan termasuk memberi bendera secara percuma, ia kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
“Tidak tahu di mana silapnya, masih kurang kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghargai kemerdekaan walaupun hanya memasang jalur gemilang sebagai tanda sokongan,” katanya selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia 2011. -hm
Ulasan GB
Sebelum ini GB sudah mengeluarkan satu entri bertajuk Rakyat Tak Ada Mood Nak Kibar Bendera Malaysia Selagi BN Yang Berkuasa.
Di dalam entri itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata:
"Kerajaan BN sepatutnya faham dengan reaksi rakyat itu dan patut bertindak bijak mengatasi masalah. Reaksi seperti itu sudah ditunjukkan oleh rakyat sejak beberapa tahun lalu.
"Antara kekecewaan rakyat dengan tindak tanduk Kerajaan BN termasuklah tindakan kerajaan yang amat mengecewakan dalam melaksanakan pilihanraya sehingga pilihanraya di negara kita tidak pernah bersih dan adil.
"Apabila rakyat memprotes dengan mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, Kerajaan BN mengarahkan pula pihak polis supaya berperang dengan rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang menyertai perhimpunan itu."

Dan GB merumuskan dengan ringkas sahaja begini:
Apa yang GB dapat perhatikan ialah bendera Malaysia akan kembali berkibar megah di seluruh pelusuk negara apabila rejim BN ditumbangkan dan Putrajaya di perintah oleh Pakatan Rakyat.
Tak percaya? Tunggu detik keramat itu.
No comments:
Post a Comment