" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 16, 2011

Reformasi sistem pilihan raya :Najib akhirnya tunduk kepada rakyat

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk mengkaji reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke-13.

Perkembangan tersebut membuktikan akhirnya pentadbiran Najib terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perarakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas. Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Namun, DAPSY mendesak Najib memberikan komitmen penuh untuk melaksanakan kata-kata beliau. Untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut, beberapa langkah segera perlu diambil oleh pentadbiran Najib seperti berikut:

1. Memanggil satu sidang khas Dewan Rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut. Tanpa satu sidang khas, Parlimen terpaksa tunggu sehingga 3 Oktober untuk melaksanakan penubuhan Jawatankuasa tersebut.

2. Lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 dijadikan sebagai asas "terma-terma rujukan" atau "terms of reference" kepada penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut.

3. Memberikan tempoh masa selama tiga bulan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengumpul pandangan awam dari seluruh lapisan masyarakat. Laporan penuh perlu dibentang dan dibahaskan di Parlimen pada akhir tempoh tersebut.

4. Semua cadangan dari Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut yang dipersetujui bersama secara konsensus dan lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 MESTI dilaksanakan dalam PRU ke 13.

5. Najib perlu memberikan perjanjian secara terbuka bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen selagi semua agenda perubahan yang dituntut untuk memastikan sistem pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan.

*Kenyataan media oleh Loke Siew Fook (gambar kanan) selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah.

1 comment:

  1. Are u serious Jib?? Acah2 aje ke? I tak caya sangat statemen u tu...'cause suka berbohong.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111