Oleh Mohd Shukri Abd hamid
Kita masih belum bebas sekiranya pemikiran anak muda kian disogok dengan budaya hiburan songsang sehingga membiaknya masalah kebejatan moral sebaliknya pemimpin atasan hanya mengambil sikap membutakan mata memekakkan telinga.
Kita masih lagi belum bebas sekiranya masih ada rakyat menderita kemiskinan sebaliknya pemimpin atasan memboyot kekenyangan, mengerah keringat dan tenaga rakyat untuk kepentingan sendiri.
Kita masih belum bebas sekiranya budaya fitnah menjadi mainan ahli politik tertentu, sehinggakan rakyat melihat dunia politik begitu jijik dan kotor. Padahal sepatutnya wujud politik beradab dan mematuhi kehendak agama. Kita masih belum bebas sekiranya al-Quran yang kita junjung dihina, digunakan hanya untuk bersumpah, bukan untuk dibaca dan difahami.
Kita masih belum bebas jika tidak berhak untuk bangkit melontarkan idea dan pandangan, berhujah dan mengkritik tanpa kongkongan.
Kita masih belum bebas sekiranya tidak diberi peluang untuk menepis segala serangan tanpa sekatan daripada media-media yang bankrap idea.
Kita masih belum bebas jika Islam kian dicemari. Islam hanyalah di masjid dan surau, berkaitan nikah kahwin dan hukum faraid, tiada hubungan dengan kehidupan yang luas dengan segala aspeknya. Islam masa kini ditampilkan dengan begitu sempit sekali, Islam tiada hubungan dengan masyarakat, negara, politik, ekonomi, perundangan, pendidikan dan sebagainya.
Ketinggalan rakyat dari segi ilmu pengetahuan menjadikan mereka pasrah dengan apa yang disajikan.
No comments:
Post a Comment