" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, September 15, 2011

Dakwat Releven Apabila Ramai Yang Sama

Oleh Subky Latif

SUHAIZAN Kaiat, seorang pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat boleh dipuji kerhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGZPeQKioLtcYKjbxSTH3Fx5205Ueez0A9ybRaAPvn_Wfvz2rgiNL_LsLkOYkq_Y6bQlUDrTsVditaZ-ZosmYbO-DHBrfyv7Vdn7xSo3BIinWBUAmRPYB_OC6zbn7wm7ondYL3-bmKYMU1/s1600/biometrik-dakwat+kekal+44.jpgana rajin meneliti senarai daftar pengundi dan lain-lain senarai pendaftaran yang berkaitan menemui bebeapa nama sama bagi orang yang berbeza.

Mana dia tahu nama yang sama lebih daripada seorang dari kawasan pilihan raya yang sama atau berdekatan sekali pun nombor kad pengenalan berbeza daripada orang yang berbeza.

Bukan dia saja mengesyaki ia satu tipu muslihat pilihan raya tetapi semua orang boleh mengesyaki perkara yang sama terutama apabila kita faham bahawa politik dan pilihan raya itu penuh dengan tipu muslihat.

Hanya pengendali pilihan raya yang beberapa kerat itu saja tidak mengaku adanya tipu muslihat dalam pengendalian pilihan raya itu tetapi kalau mereka itu berada di tempat yang berlain seperti menjadi penganalisis di universiti atau penyelidik bagi apa-apa agensi boleh menerima bahawa tipu daya itu berlaku atau perkara yang mungkin.

Setulus mana pun orang politik dan parti politik sejak dari dulu, hanya Pak Pandir saja yang percaya mereka lurus. Najib Razak tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz itu tulus dan ikhlas, Tok Guru Nik Aziz pun tak percaya Najib itu jujur.

Bahkan sesama parti, Dr Mahathir Mohamad tak percayakan Tengku Razaleigh dan Tengku Razaleigh pun tak percayakan Dr Mahathir.

Bahkan tidak percaya itu Dr Mahathir pernah menamatkan perkhidmatan Dato’ Nik Rashid Abdul Rahman daripada SPR tetapi telah mengambilnya semula.

Kesetiaan Nik Rashid itu pernah dipertikai oleh pemimpin Umno. Mana-mana orang politik di dunia tidak percaya orang lain 100 peratus.

Maka Suhaizan sesuai dengan peranannya yang beri PAS telah menjalankan kerja menyemak imbang nama-mana dalam daftar pengundi, apa lagi apabila SRP itu tidak diyakini bebas dan Umno pula tidak ikhlas kepada semua.

Hanya Pak Pandir yang percaya ia ikhlas. Ada pun Luncai, Lebai Malang, Pak Belalang dan lain-lain tidaklah selurus Pak Pandir.

Apabila dikata orang nama sama adalah orang yang sama, tidaklah semestinya ia orang yang sama. Ia boleh jadi orang berlainan.

Tetapi tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki mereka orang yang sama.

Mana boleh dipercayai begitu saja bahawa Mansor bin Ahmad dari kawasan pilihan yang sama adalah orang yang berbeza. Maka apabila ditemui ada nama yang sama lebih daripada satu, tentu ia menimbulkan keraguan.

Bagaimana yang memastikan keraguan itu diatasi ialah dengan mendedahkan kepada umum supaya penyiasatan dapat dilakukan bagi memastikan ia bukan daripada orang yang sama.

Alhamdulilah, telah diselidiki orang berbagai-bagai pihak rupanya Mansor bin Ahmad, Azhar bin Ahmad dan Besah binti Mat adalah nama bagi lebih daripada seorang. Keraguan atas beberapa nama itu telah dapat diselesaikan.

Apakah tidak boleh dipuji usaha Suhaizan itu? Suhaizan telah membuat kerja yang baik bagi membantu senarai pengundi itu dibersihkan.

Tidak boleh sesiapa mengata dia dan partinya membuat pembohongan kerana mereka menemui benda yanag boleh mendatangkan syak.

Bahkan Mansor bin Ahmad dan Azhar Ahmad itu, mengikut keterangan Pengerusi SPR bukan sekadar dua tiga orang bahkan berpuluhpuluh dan ada yang beratus-ratus.

Yang memastikan mereka yang sama nama bukan orang yang sama ialah nombor kad pengenalan.

Penjelasan itu betul. Tetapi SPR juga mengakui bahawa dalam berjuta-juta nama pengundi itu tidak mustahil berlaku kesilapan di sana sini. Ia juga satu penjelasan yang boleh diterima.

Tetapi apakah dalam nama sama yang banyak itu tidak boleh ditipu daya oleh orang-orang yang ada kepentingan.

Tan Sri Aziz Yusuf yang tidak dipercayai oleh pembangkang itu boleh jadi tidak ada apa-apa kepentingan. Dia mungkin orang lurus. Tetapi timbalannya Dato’ Wan Ahmad Wan Omar adalah orang yang disyaki ada kepentingan politik.

Justeru itu, syak wasangka SPR itu tidak bersih dapat dibuang selagi dia ada. Betul macam mana pun dia, orang tidak percaya kepadanya.

Sekuat mana pun tentangan pembangkang terhadap kehadirannya di SPR itu tidak dapat apa dibuat kerana kerajaan yang ada tidak peka dengan pandangan umum. Lebih kurang saja sikap itu dengan sikap Gaddafi, Basher Asad dan Mugabe.

Isu yang timbul daripada nama yang sama ini adalah kemungkinan berlaku orang mengundi lebih daripada sekali. Fenomena orang mengundi lebih daripada sekali berlaku di mana-mana di dunia.

Begitulah alam politik. Apalagi apabila banyak nama yang sama daripada orang yang berlainan dalam daftar pengundi.

Kaedah yang diterima oleh kebanyakan negara di dunia bagi menghalang orang mengundi lebih daripada sekali ialah dengan menggunakan dakwat kekal. Siapa yang pernah dicelupkan jarinya ke botol dakwat atau dicalitkan dakwat itu ke kuku atau jarinya, maka dakwat itu tidak dapat dipadamkan dalam masa satu atau dua hari.

Dengan demikian masalah mengundi dua kali dapat diatasi. Cara mana yang termudah bagi mengelakkan orang yang sama nama yang begitu banyak tidak mengambil peluang bagi mengundi lebih daripada sekali ialah dengan menggunakan dakwat kekal tadi.

Kalau segala yang diragui oleh SPR dapat dielakkan oleh semua negara, maka apa yang menyebabkan Malaysia dan agensi pilihan rayanya tidak dapat mengatasi bagi memperkenalkan sistem itu?

Waktu mengundi adalah sibuk. Orang turun mengundi begitu ramai sepanjang masa. Kerani mengundi dan pemerhati yang mewakili calon bertanding tidak punya masa yang selesa dan cukup bagi memastikan sistem selain daripada penggunaan dakwat kekal dapat mengelakkan orang yang sudah mengundi, mengundi sekali lagi.

Masa tidak cukup bagi mereka untuk memantau penipuan seperti itu melalui sistem biometrik. Alatnya boleh dipercayai tetapi manusia yang mengendalikannya tidak boleh dipercayai sepenuhnya.

Dengan ramainya yang sama nama, maka penggunaan dakwat kekal tadi ber tambah relevan. Semua orang boleh nampak dari jauh jari pengundi berdakwat atau tidak.

Sesak macam mana pun di ketika-ketika tertentu, orang jarinya sudah dicelup dakwat tidak dapat mengundi sekali lagi kecuali dipotongnya jari yang sudah terkena dakwat itu.

Walaupun SPR telah memberi beberapa alasan untuk menolak penggunaan dakwat kekal itu, dengan terdedahnya banyak orang mempunyai nama yang sama, maka bagi memudahkan perjalanan pilihan raya dan memuaskan hati semua pihak, keperluan dakwat kekal itu bertambah mustahak.

Ia telah dirasakan amat perlu sebelum Suhaizan mendedahkan tiga nama yang diraguinya dulu, tetapi dengan tindakan pendedahannya itu sekali pun yang disangkanya itu tidak tepat, tetapi keperluan menggunakan dakwat kekal bertambah relevan.

Suhaizan tidak perlu merasa malu apabila yang diraguinya dulu tidak sebagai yang disangka, tetapi apa yang dibuatnya telah membantu mengurangkan keraguan itu. Semua orang di negara ini perlu berterima kasih kepada usaha Suhaizan kerana dia telah menyelesaikan keraguan atas tiga nama itu.

Masalah sekarang apa yang menyebabkan kerajaan Najib dan SPR begitu bebal tidak mahu menggunakan dakwat kekal. Malah mengekalkan sikap sombongnya mencari apa saja kaedah lain seperti biometrik asal dakwat kekal tidak digunakan.

Ia bukan lagi peka kepada suara dan permintaan orang ramai, malah ia adalah satu sikap bebal daripada orang-orang yang keras kepala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111