" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, September 29, 2011

Jangan main-main pasal hudud!

Oleh MUHAMAD MAT YAKIM

Hudud bukan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat dikuasai Barisan Nasional (BN) ataupun Dewan Undangan Negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR).Huhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRh7zFiEv_7Sqc5G0vXGHEdJ0AMRLyoL4HR7wygjwCyIJ-xZvHrumySCJoWfKUmjnWOuJ8wEoR-tUugNggpONeiwaA4CxEnM71gQsJw08vT5bPy7D4ongqLZBMN2tN-D0z_ssrEChfwwyh/s1600/hukum-hudud-di-kelantan.jpgdud juga bukan isu politik biasa, yang boleh dihujah secara sambil lewa. Ia juga bukan semata-mata isu yang hanya menyentuh hati manusia seperti kisah Mat Indera.

Bercakap mengenai hudud, ertinya perlu bersiap sedia untuk memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan hukum tuhan. Ertinya ketika berkata-kata, perlu diingat akan neraka! Namun apabila isu hudud dijadikan bahan politik, yang bercakap mengenainya pula orang politik, ada yang terlupa. Mereka membahaskannya hanya seperti bergosip mengenai Altantuya.

Namun, polemik mengenai hudud setidak-tidaknya telah memperlihatkan betapa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya adalah seorang ahli politik yang licik dan penuh taktik. Beliau melontarkan isu itu ke tengah gelanggang yang sedang panas dengan polemik mengenai Mat Sabu, setelah isu hudud agak sepi sekian lama.

Lontaran Nik Aziz disambut bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kenyataan membela, Kerajaan Kelantan tidak boleh dipersalahkan kerana tidak melaksanakan hudud setelah 21 tahun memerintah kerana kekangan yang dihadapi bukan mudah untuk diatasi.

Menyusul selepas itu ialah provokasi Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan, mengapa Kelantan masih tidak laksanakan hudud sedangkan beliau - yang jadi halangan selama ini - sudah tidak lagi jadi perdana menteri.

Sekutu rapat Nik Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan supaya hudud dilaksanakan.

Nik Aziz kemudian berkata, jika DAP tidak setuju Pas laksanakan hudud, parti itu boleh ‘blah’ daripada PR.

Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dua dekad lalu pernah menyatakan, Pas boleh langkah mayatnya dahulu jika mahu tubuhkan negara Islam, bingkas dengan kenyataan, DAP tetap menentang hudud dan negara Islam. Turut senada, Lim Guan Eng.

Karpal turut mengecam Nik Aziz yang disifatkan ‘lelaki tua yang mahukan perhatian’. Di seberang sana, apa yang berlaku dalam BN, juga tidak kurang panasnya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas isu itu mengakui, sebagai orang Islam, ahli Umno wajib menyokong hudud namun buat masa ini, Kerajaan Pusat masih belum bersedia untuk melaksanakannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun secara berterus terang menyatakan, hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini atas sebab, pelaksanaan sesuatu undang-undang perlu berpaksikan realiti. Makanya, hudud dianggap tidak menepati realiti masyarakat majmuk agama di negara kita.

Kenyataan Najib, seperti yang diakuinya, bersandarkan rujukan kepada ulama yang menyatakan prinsip ‘maqasid syariah’ yang berteraskan matlamat untuk melindungi nyawa, ekonomi, keharmonian dan sebagainya perlu lebih diutamakan berbanding undang-undang jenayah (hudud).

Setakat ini, perang hujah yang bersandar kepentingan masing-masing, terus berlaku dalam BN mahupun PR. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, terang-terangan memberi ‘taklik’ kepada Umno bahawa talak akan jatuh jika parti itu mahu melaksanakan hudud.

Alangkah janggalnya amaran itu kerana tidak pernah terbit pun kenyataan mana-mana pemimpin Umno bahawa parti itu mahu melaksanakan hudud. Gerakan yang selama ini seperti tidak bergerak, pun juga melaung amaran sama.

Sikap yang diperlihatkan oleh dua parti bukan Melayu (meskipun Gerakan pada dasarnya adalah parti pelbagai kaum) dalam BN itu cukup untuk menunjukkan bahawa Umno belum bersedia untuk melaksanakan hudud sebagaimana yang dinyatakan Muhyiddin dan kesimpulannya, seperti yang disebut oleh Najib, hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Ini jelas daripada nada terkejut dan reaksi keras ditunjukkan Soi Lek dan Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Dalam PR pula, Guan Eng, dalam kenyataan disiarkan semalam, dengan nada lebih keras menegaskan, semua pemimpin kanan DAP akan letak jawatan jika Pas laksanakan hudud.

Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang itu agak kebudak-budakan kerana mustahil baginya meletak jawatan hanya kerana tidak bersetuju dengan Pas sedangkan partinya menguasai 19 daripada 40 kerusi negeri yang dimenangi seratus peratus pada pilihan raya umum lalu, sedangkan Pas hanya mempunyai satu kerusi.

Justeru, ini boleh dianggap sandiwara semata-mata.

Pertelagahan Pas-DAP berhubung isu hudud sememangnya dijangka tidak lama. Kedua dua pihak boleh tunduk dengan mudah apabila berhadapan dengan Anwar dalam mesyuarat majlis pimpinan PR esok (Rabu). Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti!

Namun kenyataan Presiden MCA yang secara tiba-tiba ‘menyerang’ Umno berkaitan isu hudud sebaliknya menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang terbuku di hati Soi Lek.

Ataupun paling tidak, beliau seperti mahu ahli partinya bersiap sedia jika ditakdirkan jodoh MCA dengan BN tidak kekal lama. Apa pun, sikap mahu jadi juara isu kaum dan agama seperti ini ketara masih menebal dalam kalangan pemimpin parti politik negara kita. Inilah sesuatu yang harus ditangani segera setelah keadaan nampaknya semakin memburuk selepas pengunduran Dr Mahathir pada 2003.

Dalam keadaan ini, Pas nampaknya paling selesa. Strategi Nik Aziz melontar isu hudud ke tengah gelanggang tatkala PRU-13 semakin menjelang, amat kena pada masanya.

Mereka sedang menghampiri pusingan terakhir bagi satu acara larian jarak jauh yang mana setiap pelumba perlu meningkatkan pecutan jika tidak mahu tewas!

Keputusan menggugurkan slogan negara Islam yang digantikan dengan ‘negara berkebajikan’ pada muktamar Jun lalu, menyaksikan ramai ahli Pas mulai ragu-ragu akan ketegasan pimpinan parti itu memperjuangkan Islam. Ini ditambah dengan sifat beralah yang jelas apabila berhadapan dengan DAP dan PKR.

Namun, lontaran isu hudud oleh Nik Aziz mampu melenyapkan keraguan itu. Ini ditambah dengan ketegasannya bahawa DAP boleh ‘blah’ jika tidak setuju dengan usaha Pas mahu laksanakan hudud.

Mengikut congakan politik, perang terbuka Karpal - Nik Aziz yang sedia diketahui bercanggah prinsip, akan menguntungkan kedua-dua pihak untuk menarik sokongan penyokong masing-masing. Ini berbeza dengan amaran MCA dan Gerakan terhadap Umno kerana hujah yang dibawa pemimpin dua parti itu tidak begitu kuat.

Nik Aziz kini boleh sahaja terus menggasak Kerajaan Pusat untuk membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) yang diluluskan DUN pada 1993, sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau boleh memberikan sebab bahawa sokongan rakyat yang berterusan kepada Pas sejak 1990 adalah petunjuk mereka mahukan hudud. Jika mereka menolak, sudah tentu Pas tidak lagi jadi Kerajaan Negeri.

Dan apabila Perdana Menteri mengatakan Pusat tidak akan melaksanakan hudud, ini lebih menguatkan Pas dan Nik Aziz.

Apa yang harus dilakukannya ialah mentarbiah DAP untuk lebih memahami hudud. Begitu juga Umno, harus memahamkan MCA, Gerakan dan MIC serta rakan-rakan bukan Islam lain bahawa hudud bukan semata-mata hukuman potong tangan.

Jika itu tidak dilakukan, sampai bila pun kita tidak akan bersedia sebagaimana kata-kata Muhyiddin.

Harapnya, itu bukan hanya alasan kerana setiap orang Islam harus mempunyai niat dan keazaman untuk melihat undang-undang tuhan itu ditegakkan, tidak kira sama ada ahli Umno ataupun Pas. Itu bagi yang tidak berkuasa manakala bagi pemegang kuasa, mereka perlu berusaha melaksanakannya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111