" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, September 30, 2011

Padan muka TV3 dan Utusan!



Setelah Guan Eng menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain khususnya Johor semasa diwawancara di Australia, TV3 telah menyiarkan satu rakaman audio yang dikatakan beliau menghina Johor.

Antara yang disiarkan ialah.."Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan akan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan hadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."

Lim yang juga setiausaha agung DAP kemudiannya menjelaskan bahawa beliau menghadiri satu ceramah majlis makan tengah hari tertutup dengan kira-kira 20 wartawan asing di republik itu, dan selepas itu salinan ucapannya telah diedarkan.

Ucapan yang disediakan itu, katanya, tidak menyebut apa-apa tentang Johor atau mengenai kadar jenayah di negeri itu.

Mengenai rakaman audio yang disiarkan Buletin Utama di TV3 - yang mendedahkan beliau memburukkan Johor semasa majlis pada 12 Ogos itu, Lim berkata "Jika saya telah membuat kenyataan itu, mari kita lihat konteks ianya dibuat ... ia adalah perbualan tertutup," katanya.

Perbualan Tertutup dan bukannya kenyataan rasmi yang salinan ucapannya telah diedarkan.

Bagaimanapun penafian oleh Guan Eng itu tetap menimbulkan rasa kurang senang Media-media yang ditunggangi UMNO antaranya Utusan dan TV3.

Mereka cuba pula melagakan antara Guan Eng dan Sultan Johor pula ianya semata-mata untuk menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada Guan Eng..

Ini jelas apabila TV3 melakukan satu temubual dengan Baginda berkenaan isu tersebut.. (Video sila lihat di SINI)

Bagaimanapun..Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jelas bijak dalam menangani isu ini beliau tidak termakan hasutan dari media tunggangan UMNO itu..

Biarpun baginda mengaku tersinggung namun beliau juga memberikan jawapan yang sudah pasti mengecewakan pihak TV3 sendiri..

Titah Baginda dipetik dalam Buletin Utama malam tadi “Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu. Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,”

Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.

Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik
- sepenuhnya di (SINI)

TV3 sudah pasti mengharapkan agar Baginda bertitah “Beta MURKA dengan kenyatan Guan Eng itu!!”

Jika itu yang diitah Baginda maka semakin bersemangatlah TV3 mengapi-api kan isu ini dan beribu NGO lagi akan muncul mengutuk Guan Eng..

Tapi kenapa Johor tak boleh di kritik? sedangkan sudah berpuluh tahun negeri Kelantan diperburukkan oleh mereka?? korang bacalah kat (SINI)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111