" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, September 27, 2011

Pendukung Umno makhluk tiada pendirian

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
BENAR sekali apa dikata orang bahawa para pendukung Umno mengamalkan politik ‘pak turhttp://topnews.in/law/files/Mohammed-Najib-Tun-Razak.jpgut’. Mereka ini tiada pendirian sendiri, hanya tahu mengiya dan mengangguk apa yang disebut para pemimpin mereka. Sebarang pegangan atau pendirian mereka hanya bersifat sementara dan tiada yang kekal.

Arah sokongan dan kecenderungan mereka kepada sesuatu perkara boleh beralih dengan mudah.

Ibarat seperdu lalang, mereka dengan mudah melintuk ke arah mana jua ditiup angin.

Dalam kiasan lebih totok, orang Umno sering dibahasakan sebagai gerabak kereta api. Setiap mereka akan berderet ke hulu dengan taat, tanpa membantah, membuntuti dengan rapat lokomotif atau enjin kereta api yang menyeret mereka.

Kumpulan gerabak sama tidak berdepan sebarang masalah untuk menyanggah arah pergerakannya sebentar kemudian, sebaik sahaja kepala kereta api beralih arah ke hulu pula.

Tidak keterluan jika dikatakan bahawa sikap dan pendirian sedemikianlah yang sedang dipamerkan segenap lapisan pendukung Umno. Reaksi dan sambutan baik berhubung keputusan Perdana Menteri memansuh dan mengkaji semula beberapa akta yang disifatkan membelenggu hak dan kebebasan rakyat selama ini amat bertentangan dengan tindakan dan kenyataan mereka sebelum ini.

Dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi kaca TV pada malam 15 September dan dipaparkan semua media cetak keesokannya, Dato’ Seri Najib Razak antara lain mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

Turut diumumkannya ialah pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain kajian semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933 (AKT) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

Manakala kajian semula terhadap Seksyen 27 Akta Polis 1967 akan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun.

Dimaklumi umum bahawa kesemua akta disebutkan itu bersifat menindas dan disarati unsur-unsur pencabulan terhadap prinsip keadilan. Pun begitu, di antara kesemua itu, yang paling banyak menjadi fokus bual bicara dan mengundang paling banyak bantahan di dalam masyarakat ialah ISA.

Suara menuntutnya dimansuhkan sudah berkumandang sejak lebih separuh abad lalu, hampir sama panjang dengan usia akta itu sendiri. Walaupun pada asalnya ISA bermaksud mendepani perbuatan subversif dan keganasan terancang, khususnya gerakan komunis dulu, ia juga pada masa sama digunakan Barisan Nasional (BN) untuk menindas parti-parti lawan. Senarai pemimpin PAS dan tokoh pembangkang yang pernah meringkuk di bawah akta zalim itu agak panjang.

Sejak dulu, ketika ia dibantah parti-parti pembangkang dan aktivis sosial, para penjuak Umno menjadi manusia paling tidak simpatetik. Mereka sengaja buat-buat tidak faham bahawa penahanan tanpa bicara adalah pencabulan hak asasi kemanusiaan yang bercanggah dengan jaminan agama Islam, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang antarabangsa.

Sebagai khalayak yang paling selamat daripada kemungkinan terkena tindakan di bawah ISA, para pendukung Umno hanya buat-buat pekak badak terhadap laungan rakyat membantah akta itu. Mereka mendakwa tidak nampak sebarang cacat cela atau keburukannya.

Bahkan, ada pemimpin pengampu BN yang pernah meringkuk di Kem Tahanan Kamunting gara-gara pertembungan sesama dalaman Umno suatu ketika dulu tergamak membuat kenyataan terbuka menyatakan rasa syukurnya kerana ditahan.

Dengan hujah loyar buruk dia cuba memberitahu dunia bahawa kurungan tanpa bicara di bawah ISA telah menjadikannya orang baik.

Tidak mengejutkan, apabila tersebar berita pemansuhan akta zalim itu, pemimpin sama memberikan komen sangat positif terhadap tindakan Najib itu. Dia menyambut baik pemansuhan ISA, seraya menyifatkan sudah sampai masanya akta yang dikatakannya tidak relevan itu dihapuskan. Pulak dah!

Sikap lidah bercabang pemimpin itu adalah cerminan sikap serupa khalayak umum pendukung Umno. Pada ketika pucuk pimpinan parti berpendirian mempertahankan sesuatu perkara, kesemua pendukung Umno akan mengulangi ratib sama..

Namun, menjadi kelaziman pula di kalangan mereka untuk serta-merta beralih nada dan pendirian sebaik pucuk pimpinan mengubah keputusan atau pendirian dalam sesuatu perkara itu.

Beberapa kes yang berlaku sedikit kebelakangan ini dapat menggambarkan sikap dimaksudkan itu. Sebagai contoh kes seorang pemuda Cina, Namewee atau Wee Meng Chee mencipta klip video Negarakuku yang secara jelas bermaksud menghina lagu Negaraku.

Penjuak Umno bagaikan hilang akal membantah dan mengecam Namewee. Tetapi apabila pemimpin tertinggi BN tidak bersedia mengambil tindakan terhadapnya, sertamerta pejuang Melayu yang hampir tergeliat urat tekak itu pun diam membisu. Semangat berapi mempertahankan lagu Negaraku itu tidak ubah umpama ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Keadaan serupa berlaku dalam beberapa isu lain, termasuk isu penghapusan tol, penurunan harga barang dan seumpamanya.

Pendirian para penjuak Umno tidak pernah ‘boleh dipegang buku’. Ia boleh berubah dalam sekelip mata mengikut arah perubahan pendirian pemimpin.

Mereka sanggup menjilat muntah sendiri, mereka ibarat lalang yang berubah arah sekali ditiup angin, mereka umpama gerabak keretapi yang setia menjadi pak turut yang taat ke mana jua arah dituju si kepala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111