" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, September 27, 2011

Rakyat saman SPR jika daftar pemilih masih bercelaru

Oleh Akmal Haziq

SAYA mencadangkan rakyat dan parti-parti politik menyaman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) jika badan itu mengadakan pilihan raya dengan daftar pemilih yahttp://www.pemudasegambut.com/wp-content/uploads/2010/06/spr.pngng bercelaru dan tonggang-langgang.

Kecelaruan daftar pemilih memang tidak dapat disangkal lagi oleh SPR di mana sudah beratusratus bukti dikeluarkan oleh PAS, DAP dan PKR.

Nama berganda, orang asing didaftarkan sebagai pengundi, nama orang mati masih wujud, pengundipengundi yang umur lebih 100 tahun masih ramai dan sebagainya wujud dalam daftar pemilih, perkara ini mesti dibersihkan sebelum SPR mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13.

Mana mungkin pilihan raya diadakan dengan daftar pemilih yang bercelaru, penuh dengan penipuan dan penyelewengan seperti ini.

Baru-baru ini Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar sendiri mengakui bahawa proses pembersihan daftar pemilih sedang dijalankan setiap hari dengan menyemak data berganda dan mengeluarkan rekod pengundi yang disahkan meninggal dunia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kenyataan beliau ini membuktikan bahawa daftar pemilih sememangnya tidak BERSIH, KOTOR dan penuh kecelaruan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111