" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, November 1, 2011

Bahana tidak laksana hukum hudud

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

PERISTIWA kelar leher ke atas seorang bayi oleh ibunya sendiri yang di bawah umur dan masih bersekolah, di sebuah asrama di Betong, Sarawak, mendebarkan banyak phttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQFTpuJ6tpYp5492YnI7W5YHV05pRdgDMxU96uBoScyiDrgCKPlIw_YE24RrNIV9S8h8mReZXTC_xcJ54cRvn8Yqx8571pzpV8xdhHDCzloacozUQJhjQPENM_T1Yx_x7yHAEqTGyrHC8F/s1600/bayi-12.jpgihak, kerana ia bukan sahaja leher dikelar, malah perutnya terburai dan mati di tempat kejadian.

Ini bukanlah kes pertama seumpama itu berlaku di negara ini, malah telah terdahulu beberapa kes yang mungkin setaraf dengan kejadian itu, dan mungkin ia lebih parah lagi.

Respons seorang menteri wanita agar lelaki yang hamilkan gadis sekolah itu perlu dipertanggungjawabkan dengan kejadian yang menyayat hati itu, tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian dengan mudah, kerana banyak lagi kes-kes serupa atau yang mungkin lebih dahsyat lagi menunggu.

Walaupun kita tidak mahu ia terus berlaku, undang-undang peninggalan penjajah British masih dianuti dan diamalkan, maka ia tidak dapat berbuat apaapa dalam menangani kejadian seumpama itu.

Inilah kelemahan undangundang ciptaan manusia, walau apapun namanya, sama ada fahaman atau aliran Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme, Sekularisme, Atheisme dan banyak lagi sebenarnya telah memperlihatkan kepada dunia, bahawa sistem urus tadbir negara berasaskan isme-isme tersebut tidak berjaya bertindak melakukan sesuatu yang terbaik terhadap negara, rakyat malah terhadap pemimpin negara itu sendiri.

Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan dan mungkin semua fahaman atau aliran ciptaan manusia gagal memberi keadilan dan kesaksamaan yang sepatutnya dirasai oleh rakyat di negara-negara kuasa besar seperti Amerika, Rusia, Perancis, Jerman dan lain-lain, namun apa yang dapat dilihat di negara-negara berkenaan berlaku krisis nilai akhlak dan sebagainya yang menghantui pemikiran para pemimpin, tokoh ilmuan dan rakyat biasa yang sampai hari ini masih belum menemukan Islam sebagai pegangan dan cara hidup sempurna.

Walau apapun, kejadian di Betong itu bukanlah yang pertama dan terakhir berlaku di Malaysia, dan jenayah di negara ini bukan sahaja yang berbentuk pengguguran anak kerana telah terlanjur, akan tetapi ia melibatkan jenayah kerana membunuh, merompak, berjudi, memberi dan menerima rasuah yang melibatkan golongan atasan, dan bermacam-macam lagi. Kesemua jenayah itu tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan adanya pelaksanaan undang-undang hudud yang tidak mengenal kedudukan, pangkat dan status seseorang pesalah.

Kelemahan fahaman ciptaan manusia Kapitalisme yang menjadi asas pentadbiran negara sebenarnya lebih kepada sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu yang bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk pemimpin negara atau sekumpulan individu seperti yang mengurus syarikat.

Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin secara jelas.

Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal daripada perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud “modal”. Istilah Kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Sementara Komunisme pula adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan Komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia yang boleh dicapai melalui revolusi.

Sebagai ideologi politik, Komunisme dianggap sebagai satu cabang Sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian.

Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran Kapitalisme dan warisan penjajahan dan Nasionalisme.

Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja, menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis.

Sekularisme pula adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama. Dalam satu segi, Sekularisme dapat memberikan hak untuk menjadi bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sebuah negara yang berkecuali pada hal ehwal agama.

Dari segi lain, ia merujukkan pada pandangan bahawa aktiviti manusia dan keputusan, khususnya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan. (Kosmin, Barry A. “Contemporary Secularity and Secularism.” Secularism & Secularity: Contemporary International Perspectives. Ed. Barry A. Kosmin and Ariela Keysar. Hartford, CT: Institute for the Study of Secularism in Society and Culture (ISSSC), 2007.)

Dalam istilah politik, sekularisme adalah suatu gerakan terhadap pengasingan agama dan kerajaan (sering diistilah pemisahan gereja dan negara). Ini adalah dirujukkan pada mengurangkan ikatan di antara kerajaan dan sebuah agama negara, menggantikan undang-undang berasaskan kitab suci al-Quran dan hukum Syariat, dengan undang-undang sivil, dan menghapuskan perselisihan pada asas agama. Ini telah dikatakan untuk menambahkan demokrasi dengan melindungi hak asasi agama minoriti.

Penyelesaian dengan Syariat Islam

Syariat Islam adalah hukum dan peraturan agama Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik yang Muslim mahupun yang bukan Muslim. Selain berisi hukum seperti hudud, qisas atau takzir dan peraturan yang lain, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah kepada seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna kepada permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini dan mencari keselamatan di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111