Setiap kali ada pertikaian terbuka antara orang-orang penting Pas para peminat setia Parti Islam tersebut akan berkata itulah amalan sihat orang Pas yang mengamalkan prinsip demokrasi telus yang menerima perbezaan pendapat.
Dalam kes pertikaman lidah dari jarak jauh secara remote control antara Hasan Ali dan juga Mustafa Ali media massa dengan penuh minat menayangkan pertikaian mereka dengan gaya yang amat menyerlah sekali.Melihat kenyataan Hasan Ali tadi dalam berita saya hanya dapat bayangkan aksi selak kain antara sesama mereka.
Mustafa selak kain Hasan manakala Hasan Ali pulak dengan rakus terus menyelak sama kain Mustafa.Persoalannya siapa sebenarnya yang mahu merujuk semula dengan jandanya. Janda Pas sejak PRU-12 lalu nampaknya mula melaram berusaha memikat Parti yang bercita-cita menjadi champion kepada umat Melayu atau Islam khasnya.
Adakah Hasan Ali atau Mustafa Ali yang menjadi agen perhubungan Kerajaan Perpaduang?.Barangkali kedua-duanya sama-sama terlibat. Yang seorang menjadi ajen di Selangor dan seorang lagi menjadi ajen Pusat. Sama ada benar atau tidak, apa yang nak dimalukan terus terang sajalah dan lihat apa keputusan akar umbi terhadap mereka.Janganlah cuba main sorok-sorok berlagak seperti manusia bijak yang sentiasa membuat keputusan betul atau lebih tepat lagi jangan nak ambil jalan selamat sehingga lidah berbelit-belit dan mengelupur melepaskan taik yang melekat pada orang yang sekadar menjadi pak turut.
Sumber
No comments:
Post a Comment