" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, December 21, 2011

Hassan Ali Kemaruk nak jadi MB !

Oleh Bara Jiwa

"Kesian hj hadi terpaksa menghadapi masalah yang ditimbulkan hasan ali ini di ambhttp://2.bp.blogspot.com/-dqJLP5y7lAM/TssImcCbOCI/AAAAAAAACBQ/XuiYdDbNua8/s1600/hassan-ali.jpgang pilihanraya.” “hasan ali orang politik bercita-cita nak jadi MB. Kawan kita bukan orang politik dan tak ada cita-cita tu. Itu bezanya.”

kemaruk-jawatan-yang-tak-kunjung-padam-lagi itu benar-benar telah menyala dan menyemarakkan lagi suhu relaunya. Dan hari demi hari api yang telah lama menyala itu, semakin lahap membakar nafsu.

2. Itu adalah di antara petikan pesanan ringkas teman-teman hari ini. Mungkin mereka sedang membaca dan cukup ‘terharu’ dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Komen di atas memang cukup ukuran sopan santunnya dan begitu beradab sekali. Ertinya darjah ketatasusilaan teman-teman ini dalam menanggapi perangai, tingkah kelakuan pakar motivasi @ mantan pemimpin tertinggi dalam saf kepimpinan Pas satu ketika dulu @ mantan orang besar BTN @ mantan pegawai tinggi PTD ini, cukup bersopan sekali.

Ya, cukup bersopan jika kita bandingkan dengan segala terminologi, istilah, adjektif yang digunakan oleh para pembaca media maya berbahasa Inggeris. Bacalah segala puji, puja serta zikir mereka terhadap EXCO dari Pas ini.

3. Perhatikan tingkat kebrutalan gerak kerja politik sebuah parti yang telah lama lusuh hati nuraninya. Lihatlah tingkat ketamadunan parti politik yang memerintah negara ini dalam meladeni kuasa mutlak rakyat. Lihatlah bagaimana sepanjang masanya formula Melayu, Islam dan juga keagungan institusi yang dikaitkan dengan agama dan bangsa itu sering diputarbelit, dibohongi sepenuhnya dan ― semahu-mahunya. Lihatlah bagaimana yakinnya mereka gendang berirama Melayu-Islam sangat ampuh jika dijadikan senjata. Lihatlah bertapa mereka begitu yakin orang-orang Melayu dapat dibohongi selama-lamanya dengan memperagakan topeng Melayu dan Islam itu!

Sebenarnya semakin ramai rakyat sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah siri rangkaian gerak kerja yang disusun rapi sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pentadbiran Negeri Selangor. Dan ramai yang yakin Sementelahan pula bahan pembakarnya terus menerus ditokok-tambah dengan penglibatan pelbagai aparat dan institusi yang tak kenal apa-apa kecuali kuasa yang mesti dikuasai - walau dengan apa cara sekalipun.

4. Lihatlah sebahagian daripada petikan sebuah pesanan ringkas:

“Besok malam dialog di tv dia pergi london 2 minggu bersama-sama musuh dan semua ini dirancang dan pas tak boleh bertindak...”

Ya, tatkala puak-puak Umno termasuklah para simpatisannya di belakang tabir, bekerja begitu keras dengan memanfaatkan orang kemaruk kecewa Pas sebagai senjata, kita ingin melihat peluru dan buah silat apakah yang bakal dibidik Pas.

http://barabarajiwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111