WK melapurkan,UMI KALSUM menunjukkan keadaan kaki kanan anaknya yang dipotong akibat jangkitan kuman di Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Hospital Taiping akan mengadakan pertemuan dengan pasangan suami isteri kepada bayi malang yang kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman, Mohd. Hasmadi Mohd. Nor, 30, dan Umi Kalsum Baharuddin, 24, pada Rabu depan di hospital berkenaan.Pertemuan itu adalah bagi menjelaskan kes anak perempuannya, Nur Amani Nasuha secara lebih terperinci setelah pasangan itu mendakwa kecacatan anak mereka berpunca daripada kecuaian doktor yang lambat bertindak selepas kaki kanan bayi itu dijangkiti kuman dan akhirnya terpaksa dipotong.Mohd. Hasmadi ketika dihubungi berkata, pengarah hospital berkenaan telah menghubunginya pagi semalam setelah berita mengenai anaknya itu dipaparkan pada muka depan Kosmo! semalam."Saya menerima panggilan telefon daripada dia (pengarah) dan dia mahu bertemu dengan kami sekeluarga bagi memberi penjelasan lanjut."Saya juga mahu mereka lihat sendiri keadaan terkini Nur Amani," katanya dengan menambah anak perempuannya itu sihat dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.Kosmo! semalam melaporkan mengenai kecacatan yang dialami oleh Nur Amani selepas kaki kanan bayi itu didakwa terpaksa dipotong tiga minggu selepas dilahirkan ekoran kelewatan pihak hospital lambat bertindak untuk merawat kakinya yang dijangkiti kuman - nor idayu bosro
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
-
Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari
kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik
yang and...
1 year ago
No comments:
Post a Comment