" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, January 13, 2012

Tottenham Hotspur Impikan Gelaran Juara Liga

Wartawan Sukan Kosmo melapur:

LONDON - Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mendedahkan, pasukan itu memiliki kemampuan untuk memenangi gelaran Liga Perdana England musim ini.

Redknapp menyuarakan keyakinan tersebut selepas Spurs berjaya menewaskan Everton 2-0, sekali gus mengekori rapat pendahulu liga, Manchester City.

Pada perlawanan tersebut, Aaron Lennon meletakkan Spurs di depan pada minit ke-35 sebelum Benoit Assou-Ekotto melengkapkan kemenangan selesa pasukan itu minit ke-62.

Ketika ini, Spurs menduduki tempat ketiga selepas berkongsi 45 mata dengan Manchester United di tangga kedua, hanya tiga mata di belakang City.

Redknapp berkata, tewas sekali daripada 18 perlawanan liga dan dua kekalahan berturut-turut yang dialami City serta United pada awal tahun 2012 telah menyuntik keyakinan buat Spurs untuk memenangi gelaran pertama dalam tempoh 51 tahun.

"Bukan sesuatu yang mustahil bagi kami untuk menjuarai liga," kata Redknapp.

"Kami memiliki peluang. Para pemain yakin kami memperoleh peluang yang terbaik."Saya tidak berada di sana tetapi seseorang telah menyampaikan kepada saya bahawa William Gallas menyuntik semangat kepada para pemain lain.

"Ia bukan suatu kemungkinan yang tidak pasti. Kami menuju ke arahnya. Ia bakal menjadi sukar tetapi tidak seburuk yang disangka.

"Kami memiliki kualiti sebenar. Kami boleh bermain dan kami memiliki semangat yang kuat.

Spurs bakal berdepan satu lagi tugas sukar esok apabila dijadualkan menentang Wolverhampton Wanderers di gelanggang sendiri tetapi fokus pasukan itu lebih terarah kepada pertemuan dengan City, 22 Januari ini.

Bagaimanapun, Redknapp mengakui pasukan itu bergelut untuk menampilkan aksi yang cemerlang apabila bertemu pasukan bawahan pada musim lalu."Kami tidak boleh memikirkan pasukan lain selain Wolves. Itu sahaja yang saya fikirkan buat masa ini," kata Redknapp. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111