" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, February 2, 2012

74 maut, lebih 1,000 peminat bola Mesir Merusuh

KAHERAH - Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh dalam rusuhan - paling buruk dalam sejarah sukan Mesir - membabitkan peminat bola sepak di bandar Pelabuhan Said, demikian menurut laporan stesen-stesen tempatan semalam.

Sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera apabila peminat bola sepak, kebanyakannya membawa senjata termasuk pisau - merusuh dan menceroboh kawasan padang di akhir perlawanan antara kelab atasan al-Masry dan al-Ahly.

Kebanyakan mangsa mati ekoran kecederaan parah dan sesak nafas selepas terperangkap dalam rempuhan.

Pegawai-pegawai berkata, angka kematian kemungkinan meningkat, lapor BBC.Ia tragedi paling teruk dalam sejarah bola sepak, kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir, Hesham Sheiha.

"Ini sesuatu yang malang dan sangat menyedihkan," kata  Hesham. Ia tragedi paling buruk dalam sejarah sukan Mesir, yang genap setahun lalu menyaksikan Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan dalam kebangkitan rakyat.

Laporan msnbc menyebut, rusuhan tercetus selepas peminat-peminat pasukan Al-Masry, pasukan tuan rumah Pelabuhan Said, menyerbu padang selepas kemenangan 3-1 ke atas Al-Ahly.

Al-Ahly merupakan pasukan teratas di negara utara benua Afrika itu.Penyokong-penyokong pasukan Al-Masry membaling kayu dan batu ketika mengejar pemain dan peminat pasukan saingan mereka, yang berlari ke arah pintu keluar bagi mengelakkan serangan, demikian menurut saksi-saksi.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 74 orang terbunuh termasuk seorang pegawai polis dan 248 cedera. Seramai 14 daripada 248 yang cedera adalah polis.Sekurang-kurangnya 47 orang ditahan berhubung tragedi itu, kata Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim. Sinarharian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111