" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, February 14, 2012

Suhakam sokong laksana pendaftaran automatik

WARTAWAN SINAR HARIAN

SHAH ALAM – Kerajaan boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kepada mereka yang layak untuk memilih calon dan parti politik pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Sha’Ani Abdullah berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera berbuat demikian untuk memberi ruang kepada rakyat negara ini, menentu hala tuju kepimpinan dan masa depan negara.

“Jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik, ia seolah-olah menunjukkan semua orang boleh terlibat dalam urusan pentadbiran negara kerana diberi hak untuk memilih wakil rakyatnya secara mudah.

“Bagi kami, malah tidak timbul ia boleh menjejaskan hak asasi seseorang untuk menyertai dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara. Begitu pun, kita tidak boleh memaksa seseorang supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih,” katanya mengulas kenyataan Bicara Isnin, semalam mengenai 2.1 juta orang Melayu berumur 21 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR.

Beliau berkata, hak membuang undi adalah perkara lain dan tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran secara automatik.

Sekiranya seseorang dipaksa untuk mengundi atau dikenakan denda kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kata Muhammad Sha’Ani, ia boleh menjadi kesalahan dan dituduh melanggar hak asasi manusia.

“Untuk memastikan ketelusan dalam melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR perlu menitikberatkan aspek keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan.

“Kerajaan juga harus membuat satu undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya tidak timbul keraguan mengenai sistem berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Suhakam mengalu-alukan ia dilaksanakan pada masa terdekat.“Tanya kerajaan kenapa tidak mahu berbuat demikian kerana bagi kami, ia sepatutnya boleh dilaksanakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111