" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 10, 2012

Chong Wei, beregu campuran di separuh akhir seluruh England

WARTAWAN SINAR HARIAN

PEMAIN perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England dengan menewaskan pemain Indonesia Dionysius Hayom Rumbaka.

Pasangan Chan/Goh yang merupakan beregu campuran kesembilan dunia juga mara ke separuh akhir  kejohanan, yang berlangsung di Birmingham, selepas menyingkirkan lawan dari England/Scotland, Chris Adcock/Imogen Bankier.

Chong Wei yang juga juara bertahan mengatasi pemain Indonesia itu dengan mudah 21-9 dan 21-11 dalam masa 28 minit.Di separuh akhir, Chong Wei akan berhadapan dengan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il, yang telah mengatasi seorang lagi pemain negara, Liew Daren 21-15 dan 21-13.

Dalam satu lagi pertemuan separuh akhir lelaki, Kenichi Tago akan bertemu dengan Lin Dan dari China. Lin Dan menewaskan Taufik Hidayat 21-18 dan 21-8 manakala Kenichi pula menumpaskan Long Chen 22-24, 21-12 dan 21-14.

Pasangan Chan/Goh mengambil masa 56 minit untuk menundukkan Chris/Imogen 21-16, 15-21 dan 21-17. Goh/Chan akan bertemu beregu campuran Indonesia Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir pada separuh akhir kejohanan yang dijadual lewat malam ini waktu Malaysia.

Daren yang pertama kali beraksi pada kejohanan ini nyata menunjukkan prestasi positif apabila berjaya melepasi saringan kelayakan sebelum akur dengan kehebatan pemain Korea itu.

Keputusan keseluruhan

Perseorangan Lelaki:

Lin Dan tewaskan Taufik Hidayat 21-18, 21-8
Lee Hyun-Il tewaskan Daren Liew 21-15, 21-13
Lee Chong Wei tewaskan Dionysius Hayom Rumbaka 21-9, 21-11
Kenichi Tago tewaskan Long Chen 22-24, 21-12, 21-14

Beregu Lelaki:

Lee Yong Dae/Jung Jae Sung tewaskan Hong Wei/Shen Ye 21-15, 21-15
Mathias Boe/Carsten Mogensen tewaskan Chai Bao/Guo Zhendong 21-12, 21-19
Yun Cai/Haifeng Fu tewaskan Mohammad Ahsan/Bona Septano 21-19, 21-8
Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata tewaskan Fang Chieh Min/Le Sheng Mu 21-15, 17-21, 21-12

Perseorangan Wanita:

Li Xuerui tewaskan Saina Nehwal 21-13, 23-21
Wang Yihan tewaskan Baun Tine  19-21, 25-23, 21-9
Tai Tzu Ying tewaskan Sung Ji Hyun 20-22, 21-14, 21-14
Wang Shixian tewaskan Jiang Yangjiao 21-18, 21-10

Beregu Wanita:

Wang Xiaoli/Yu Yang tewaskan Eom Hye Won/Jang Ye Na 21-14, 21-16
Tian Qing/Zhao Yunlei tewaskan Christinna Pedersen/Kamilla Rytter Juhl 21-17, 21-13
Ha Jung Eun/Kim Min Jung tewaskan Poon Lok Yan/Tse Yung Suet 21-16, 23-21
Huan Xia/Tang Jinhua tewaskan Ma Jin/Qianxin Zhong 21-12, 21- 4

Beregu Campuran:

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewaskan Chris Adcock/Imogen Bankier 21-16, 15-21, 21-17
Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir tewaskan Nathan Robertson/Jenny Wallwork 21-19, 14-21, 21-6
Xu Chen/Ma Jin tewaskan Alexandr Nikolaenko/Valeri Sorokina 21-18, 21-19
Thomas Laybourn/Kamilla Rytter Juhl tewaskan Joachim Fischer/Christina Pedersen 21-15, 21-16

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111