" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, April 15, 2012

Maut lepas hadiri program MB

IPOH: Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.

Ternyata BN semakin terdesak kerana membawa remaja bawak umur dari seluruh negeri Perak dipercayai dibayar dan diberi baju percuma.

Ini dapat dilihat dimana ramai remaja bawah umur 'berpesta' di rumah Kediaman Menteri Besar bercampur dengan perempuan.

Ada yang menghisap rokok dan sebagainya.

BN mengatakan dengan melihat pada kehadiran pemuda ke program tersebut menggambarkan pemuda menyokong BN namun yang hadir ialah anak-anak sekolah dan remaja-remaja sosial yang tertarik dengan 'ganjaran' yang diberikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111