" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, January 17, 2013

10 kejayaan besar HKR112


Oleh Abd Shukur Harun

 Walaupun musuh Pakatan Rakyat mencemuh, melemparkan pelbagai kritikan, tuduhan dan pandangan negative terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, namun bagi mereka yang berfikiran rasional, objektif dan terbuka akan mendapati sekurang-kurangnya ada 10 kejayaan Himpunan tersebut, iaitu:



+ Runtuhnya rasa takut rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka, menentang ketidakadilan, perkauman, rasuah, nepotisme, penipuan dalam pilhan raya dan pelbagai lagi.

+ Bukti kemampuan rakyat untuk berhimpun secara aman dan tertib, malah meriah seperti pesta rakyat. Ini berlaku kerana tidak ada sebarang ptovokasi. Untuk itu tahniah kepada penganjur, NGO-NGO, parti-parti politik, tokoh dan pemimpin masyarakat yang bekerja keras mendorong hingga terlaksananya Himpunan itu secara aman.

+  Hilangnya kridibiliti dan pengaruh media tradisional Umno yang tidak henti-hentinya menaburkan fitnah bahawa kononya Himpunan ini akan menyusahkan rakyat dan peniaga, memberikan gambaran buruk terhadap negara dan pelbagai lagi.

+  Runtuhnya fahaman perkauman yang sentiasa dihembuskan oleh golongan tertentu untuk mencapai keuntungan politik murahan mereka. Dalam Himpunan itu, pelbagai kaum – Melayu Cina, India, Kadazan, Bidayuh, Orang Asal dan pelbagai golongan lagi berhimpun dengan satu matlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan demokratik. Mereka sama-sama menentang perkauman, diskriminasi, rasuah, nepotisme dan lain-lain.

+  Isyarat jelas bahawa semakin ramai rakyat mahukan perubahan – dari sebuah pemerintahan yang sedemikian rupa seperti sekarang – kepada pemerintahan yang adil dan demokratik, perjalanan pilihan raya yang bersih dan telus.

+  Isyarat jelas bahawa rakyat benci dengan suasana yang ada sekarang di mana segelintir para kroni membolot segala peluang ekonomi, menyebabkan mereka hidup bermewah-mewah, sedangkan hidup rakyat bawahan sentiasa dibelit oleh kesusahan - harga barangan keperluan yang terus menerus meningkat dan belanja sara hidup terus melonjak.

+  Generasi baru yang berjumlah kira-kira 40 peratus yang menyertai Himpunan itu menggambarkan bahawa generasi ini menuntut perubahan politik, ekonomi, pendidikan dan pelbagai lagi dalam PRU akan datang. Generasi baru ini juga menentang perkauman dan fahaman agama yang sempit.

+  Isyarat tewasnya media tradisional milik Umno/BN di tangan media alternative yang jauh lebih advance dalam melaporkan berita dan rencana, foto-foto dan ulasan bersifat terkini, sedangkan media tradisional masih dengan gaya lama – umpamanya menggelapkan berita dan rencana mengenai kebangkitan rakyat.

+  Kejayaan luar biasa Himpunan adalah manifestasi bahawa media alternative sangat berpengaruh dalam mengundang rakyat ke Himpunan tersebut hingga kehadiran rakyat sangat luar biasa.

+  Memberi kefahaman baru kepada pelbagai pihak bahawa kebangkitan rakyat bukan sesuatu yang negative, tetapi positive dan kebangkitan ini tidak boleh dibendung lagi. Sebab itu pelbagai golongan masyarakat – pelajar, profesional, ahli korporat, artis, bekas pegawai tinggi kerajaan dan swasta, buruh dan petani serta pelbagai menyertai Himpunan itu.
Adapun kejayaan luar biasa Himpunan tersebut ialah hasil perjuangan panjang dan getir rakyat hingga tergubalnya Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 lebih setahun lalu itu.

Memang benar seperti kata Pengarah Himpunan itu, Haji Mohamad Sabu bahawa jelas sekali APA 2012 adalah atas desakan dan tuntutan rakyat yang tidak kenal erti penat dan patah semangat dalam memastikan hak kebebasan bersuara di negara ini didengar oleh pemerintah.

"Ia melalui perjuangan rakyat, bukan kerajaan sengaja nak beri. Untuk mendapatkan perhimpunan ini, rakyat terpaksa melalui perjuangan yang panjang. Akta ini diperoleh kerana perjuangan rakyat, bukan ihsan daripada pemerintah," katanya.

Di samping itu, pada pendapat saya, dengan begitu ramai  jumlah orang Melayu  yang menyertai Himpunan tersebut menunjukkan mereka yang mahukan perubahan semakin ramai. Bagaimanapun yang menyertai Himpunan itu terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Saya menyaksikan bagaimana seorang Cina memberikan payung kepada sekeluarga Melayu di tengah padang Stadium tersebut, di samping seorang Melayu memberikan selendang kuning Tuntutan Rakyat kepada seorang lelaki Cina yang berdiri di suatu sudut yang lain dalam stadium itu.

Di luar stadium kelihatan orang Melayu dan Cina berjalan beriringan dan berbual ketika masuk Stadium dari Jalan Sultan, dari Pasar Seni, dari Masjid Negara dan dari tempat berkumpul yang lain. Demikian juga ketika mereka pulang, betrjalan bersama, saling memberikan minuman yang dijual di tepi Stadium.

Apa erti semuanya ini kalau bukan sebuah ikatan mesra yang tulin pelbagai kaum untuk menuntut perubahan. Ini bukan sebuah lakonan, tetapi sebuah realiti. Mereka tidak diupah dengan wang, bas percuma dan makanan percuma, tetapi mereka datang dengan belanja sendiri. 

Jelas Himpunan itu tidak ada jeritan dan tuntutan perkauman, tetapi suara yang padu mahukan perubahan. Ia datang dari hati rakyat prihatin yang sangat sedar. 

Mereka telah membenamkan isu perkauman yang berbisa, isu agama yang sempit. Juga mereka telah membenamkan isu-isu berbentuk fitnah, tuduhan jahat dari musuh Pakatann Rakyat. 

Inilah natijah dari Himpunan tersebut, sebuah mesej yang sangat jelas, Namun begitu jalan ke Puterajaya masih penuh dengan cabaran, bagaimanapu dengan keazaman yang kuat, destinasi itu akan sampai juga akhirnya.  


* Abd Shukur Harun boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111