" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, January 16, 2013

Kalimah Allah: Tiada ‘U-Turn’ Mursyidul Am PAS selari Majlis Syura

ArtikelSaya diarahkan untuk merujuk kepada laporan New Straits Times pada 15 Januari 2013 di muka hadapan yang membawa tajuk ‘NIK AZIZ MAKES U-TURN ON ‘ALLAH’ berkaitan dengan isu kalimah Allah yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Syura Ulama PAS Pusat pada 13 Januari 2013.

 Sebagaimana yang telah dimaklumi bersama, Mesyuarat Syura Ulama pada tarikh tersebut telah membuat keputusan untuk tidak bersetuju kalimah Allah digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan GOD di dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Amat dikesali apabila New Straits Times di dalam laporannya pada 15 Januari 2013 tersebut membawa pemberitaan yang salah dan boleh mengelirukan apabila membawa tajuk tersebut. Begitu juga dengan Utusan Malaysia hari ini yang juga menggunakan perkataan ‘u-turn’ apabila merujuk kepada pendirian YAB Al-Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura di dalam isu ini.

Suka untuk diingatkan bahawa tidak ada sebarang pusingan ‘u-turn’ khususnya yang melibatkan Tuan Guru al-Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah ini. Ini dapat dilihat di dalam kenyataan awal beliau sebelum mesyuarat syura berlangsung bahawa non muslim perlu diberikan ruang untuk menggunakan kalimah Allah.

Ini selaras dengan firman Allah SWT (yang bermaksud):” Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik)…” -Surah al-Ankabut, ayat 63.

Ayat ini jelas mendatangkan isyarat daripada Allah SWT bahawa ada di kalangan non muslim yang menyebut nama Allah SWT sebagai Pencipta Langit dan Bumi dan ia tidak ditegah. Inilah yang menjadi pegangan YAB Tuan Guru dan beliau konsisten dengan pegangan ini. Dalam erti kata lain, tidak ada mana-mana pihak yang boleh menutup ruang golongan non Muslim untuk menyebut nama Allah SWT dan merujuk nama tersebut sebagai Tuhan Semesta Alam dalam urusan seharian mereka.

Namun demikian, dalam isu terjemahan perkataan GOD daripada bahasa Inggeris kepada perkataan ALLAH dalam kitab Bible berbahasa Melayu, beliau sudah membuat penegasan awal bahawa isu ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura yang akan berlangsung pada 13 Januari 2013. Majlis Syura atas sifatnya sebagai badan tertinggi parti akan melihat dari semua aspek pro dan kontra berasaskan nas-nas al-Quran dan Hadis untuk membuat keputusan berkaitan isu ini.

Sikap YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am ini dapat dilihat dengan jelas melalui laporan berikut:

1. Laporan News Straits Times sendiri pada 9 Januari 2013, halaman 6 di bawah tajuk Opposition coalition defies sultan’s decree yang antara lain memetik kenyataan YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am. Laporan tersebut memetik In Kota Baru, Pas spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said non-Muslims should have the opportunity to use the word Allah in their religion. “There are seven or eight verses in the Quran which relate to this situation, meaning that the use is not limited only to Muslims as it can also be used by non-Muslims,” he said after presenting appointment letters to municipal and district councillors here.
Nik Aziz said he would attend Pas’ syura consultative council’s meeting in Kuala Lumpur on Saturday where the party was supposed to officially decide on the matter. “If the council reaches a decision which is different from my personal view, I will adhere to its stand.”

2. Laporan Sinar Harian pada 9 Januari 2013, halaman 4 yang memetik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu. Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

Di dalam kedua-dua laporan tersebut yang dilaporkan oleh media massa bukan milik parti PAS, jelas menunjukkan sikap YAB Tuan Guru yang daripada awal lagi menyatakan persetujuan agar dibuka ruang kepada golongan bukan Islam untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam urusan mereka. Dalam masa yang sama, beliau juga telah menyatakan bahawa isu terjemahan GOD kepada perkataan ALLAH di dalam kita Bible akan dibincangkan di dalam mesyuarat syura.

Justeru, tidak ada mana-mana pusingan ‘U-Turn’ yang dibuat oleh beliau. Ini diperkukuhkan lagi dengan keputusan Majlis Syura yang bersetuju nama Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak bersetuju nama Allah menjadi terjemahan kepada perkataan God dalam Bible kerana ia tidak tepat, mengelirukan dan boleh membawa kepada silap faham.

Semoga dengan penjelasan ini, kekeliruan yang ditimbulkan oleh laporan New Straits Times dan Utusan Malaysia tersebut dapat dijernihkan.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 2 Rabiul Awwal 1433H bersamaan 16 Januari 2013M

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111