" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 10, 2013

Dewan Ulamak sokong manifesto PAS Terengganu



MARANG: Dewan Ulamak PAS menyambut baik cadangan yang dikemukakan PAS Terengganu dalam manifestonya menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, kata Setiausahanya, Dr Khairudin Aman Razali (gambar)

Bagi beliau, kesemua 10 cadangan manifesto itu amat wajar untuk keperluan rakyat negeri ini dalam menghadapi kekangan pelbagai masalah di Terengganu khasnya kenaikan harga barangan yang sangat menjolok mata.

Bagi beliau, cadangan pemansuhan cukai pintu untuk rumah kediaman amat perlu.

"Rakyat sudah cukup dibebankan dengan pelbagai cukai di peringkat pusat yang tak nampak dimata seperti cukai kereta. Maka memang sewajarnya PAS mencari ruang-ruang membebaskan rakyat di peringkt negeri dari bebanan cukai seperti cukai pintu," kata Khairudin.

Beliau ditemui di perkarangan Dewan Tok Guru, Rusila selepas Seminar Manifesto PAS Terengganu yang turut disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam.

"Tanah dan kediaman merupakan keperluan asasi kehidupan bagi rakyat sebgaimana ditegaskan oleh Islam. Maka sewajarnya isu tanah kediaman diambil tanggugjawab oleh PAS sebagai kerajaan menanti," kata Khairudin.

Beliau juga memuji cadangan PAS untuk membebaskan ekonomi rakyat melalui program ekonomi.

"Rakyat yang maju adalah rakyat berdikari dari sudut ekonomi. Kerana itu manifesto penting PAS Terengganu ialah membina sifat kendiri ekonomi rakyat menerusi skim pembiayaan yang boleh menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan," katanya.

Sebagaimana kejayaan pemberian air percuma di Selangor, PAS Terengganu juga mencadangkan dalam manifestonya pemberian 20 meter padu air percuma sebulan kepada rakyat negeri ini.

Bagi Khairudin,  air adalah keperluan asasi hidup melibatkan makan minum.

"Kerajaan bertanggugjawab tidak berniaga dengan rakyat dalam menyediakan keperluan asasi hidup seperti air.

"Oleh itu usaha menyediakan air percuma bagi 20 meter padu yang mencukupi keperluan bulanan sekeluarga memang sangat baik dan selaras dengan Islam dan moto negara adil lagi berkebajikan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111