" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, February 10, 2013

Pulanglah untuk membuang undi


Oleh Nurul Izzah Anwar

Dalam masa dua minggu terdekat ini, lebih sejuta warganegara Malaysia yang kini tinggal di luar negara mampu merubah lanskapdemokrasi tanah air, sama ada dengan mereka kembali ke Malaysia untuk membuang undi atau dengan mendaftar sebagai pengundi pos.

Ada kemungkinan Parlimen akan dibubarkan di hujung bulan Februari, dan mengikut undang-undang baru berkaitan pengundi pos untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), hanya mereka yang telah mengisi dan menghantar borang pendaftaran pengundi pos sebelum atau padi hari pembubaran akan dibenarkan membuang undi pos bila Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) berlangsung nanti.


Warga negara Malaysia yang berada di luar negara tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi pos akan hilang hak mereka untuk memilih jika proses ini tidak dilengkapkan.

Pihak SPR telah memaklumkan bahawa sehingga jam 8.30 pagi hari Rabu yang lalu, hanya seramai 1,574 orang telah mendaftar sebagai pengundi pos, setelah pihak SPR akur dengan tuntutan NGO-NGO seperti Bersih dan My Overseas Vote, dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Rakyat Malaysia di luar negara yang telah sekian lama hilang hak mereka untuk mengundi kini mesti mengambil kesempatan yang ada untuk menzahirkan semula prinsip satu warga negara, satu undi (one citizen, one vote).
Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya bersependapat dengan Bersih dan My Overseas Vote, bahawa perubahan yang dibuat oleh SPR terhadap sistem undi pos adalah tidak menurut perlembagaan, berdiskriminasi, dan sembarangan.

Saya perjelaskan di sini:

1) Walaupun keputusan untuk membenarkan warga negara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos dialu-alukan, saya bantah syarat-syarat yang tidak menurut perlembagaan, seperti pemohon mestilah berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari (terkumpul) dalam masa lima tahun yang lalu.

2) Mereka yang mampu untuk pulang ke Malaysia untuk membuang undi digesa untuk melakukan sedemikian, oleh kerana sistem undi pos kelihatan seperti mudah terjejas. Tetapi mereka yang tidak mampu untuk pulang perlu mendaftar sebagai pengundi pos dengan mengisi dan menghantar borang 1B yang boleh dimuat turn dari laman web SPR.

3) Semua calon-calon PRU juga perlu diberi senarai pengundi pos bagi kawasan yang mereka bertanding selewat-lewatnya pada penghujung hari penamaan calon, dan parti-parti politik wajib diberi senarai kesemua pengundi pos yang tinggal di luar negara mengikut pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul.

4) Semua parti-parti politik juga perlu dibenarkan memantau pemberian kertas-kertas undi pos di pejabat suruhanjaya tinggi, kedutaan, atau pejabat konsul tersebut.

Saya menekankan di sini yang setiap undi itu penting, dan setiap warga negara Malaysia perlu melaksanakan hak mereka untuk mengundi - oleh itu, walaupun sistem ini tidak sempurna, memboikot sistem tersebut mendatangkan lebih mudarat dari kebaikan.

Buat masa ini, dan sehingga reformasi penuh dilaksanakan terhadap sistem pilihanraya, warga negara yang berada di Malaysia atau di luar negara mesti mengikut proses sedia ada agar hak mengundi semua warga negara tidak terjejas.

Sekali lagi saya tegaskan, buat teman-teman yang berada di luar negara:
Mereka yang tidak dapat pulang, daftarlah sebagai pengundi pos. Masa terhad, dan hari pembubaran Parlimen sudah dekat.

Bila anda sudah mendaftar, maklumkan NGO-NGO seperti My Overseas Vote dan Bersih supaya undi pos anda akan dipantau dan dipertahankan.

Jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, dan oleh itu tidak berhak mendaftar sebagai pengundi pos, sila semak daftar pemilih untuk memastikan nama anda tiada dalam daftar tersebut. Jika ada, laporkan.

Kepada teman-teman di sini:

a) Jika anda punyai sanak-saudara atau kawan-kawan di luar negara, ingatkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos jika belum lagi berbuat sedemikian.

b) Maklumkan juga NGO-NGO dan juga calon-calon pilihanraya yang ahli keluarga atau kawan anda adalah seorang pengundi pos bagi kawasan parlimen atau DUN tersebut.

Saya ingin melihat semangat warga negara Malaysia yang berada di luar negara membuatkan satu kejutan kepada SPR dengan mendaftar beramai-ramai sebagai pengundi pos dalam masa dua minggu ini. Sila rujuk myoverseasvote dan Bersih untuk arahan dan nasihat spesifik bagi proses undi pos.

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111